Tuesday, January 29, 2013

Adegan SG di Waktu Malam..

As Salam,

Lama tak menulis
Bercuti di kampung sebab ada kenduri kawen
Anak kepada sepupu yang kawen
Tapi rumah mak pun turut 'berkenduri' dengan anak anak dan cucu cucu
Jadi mami bizi tak sempat nak update blog..
Talipon pun manjangggg missed calls -- rumah mak dari dapur nak ke depan je dah boleh buat main bola sepak !!

Nak cerita sikit tentang adegan SG di waktu malam ni
Mami balik rumah mak tengah ari Khamis
Malam tu tido la berimpit impit tiga beranak kat atas katil queen -- biasanya kat rumah katil king + babycot Akeem so puas tido!
Tengah tengah tido Akeem kejut mami...
"Mami tengok babah ni.."
"Nape?"
"Dia dengkur"... HAHAHAHAHA
Itulah adegan SG itu -- adegan SUNGGUH GERAM!
Mami dah agak imune dengan adegan itu
Tapi ada masa cam nak buat amukan jugak

Kadang kadang bila dah tak dapat sangat nak tido di sebabkan adegan SG itu
Mami akan membuat SERANGAN GANAS di waktu malam
Ada orang bagi tips supaya tendang kaki orang yang berdengkur
Jadi tips itulah yang mami amalkan..
Selama hampir 7 tahun kawen ni rasanya dah beratus kali mami buat SERANGAN GANAS itu...
HAHAHAHA ~ maaflah ye babah!

"Menyintai seseorang bukan hanya mencintai kelebihan dia
Tapi kita perlu menrimanya seaadanya -- kelebihan dan kekurangan dia" ~ mami

Bagi mami dengkuran itu adalah kelebihan dia
Iyee la kan bukan semua orang boleh buat dengkuran hebat cam tu
So itu adalah kelebihan cos bukan semua orang boleh buat.. hikhihik...

ihsan from google

Wednesday, January 23, 2013

Angin

As Salam,

Mami ni agak mudah beragin
Bukan bermaksud mudah naik angin -- tapi kekadang mudah jugak naik angin hehe
Angin yang mami maksudkan kalau perut kosong mudah je masuk angin
Lepas tu mudahlah di serang migrain..

Ramai jugak yang diluar sana mengalami nasib yang sama kan?
Kalau kita yang dah tua tua ni kena angin ni kira oklah
Tapi kesian Akeem pun kena cam mami
Kalau perut kosong mudah je masuk angin
Bila masuk angin perut kembung lepas tu mesti muntah..

Bulan lepas dia dah kena muntah muntah dan cirit birit
Sebab angin lah tu
Mula mula demam tak nak makan
Lepas tu berjangkit jadi muntah
Mami pulak bulan lepas masa dia sakit tu terpaksa import nenek dan atok jaga
Hati tak keruan nak outstation
Tapi apakan daya
Mami hanya "yang menurut perintah"...

December Akeem kena serangan angin, muntah dan cibi tu
January (baru minggu lepas) dah kena balik
Adoiiii mana lah yang silap
Maybe sebab Akeem payah nak makan ubat
Bila paksa makan ubat habis dia muntahkan balik
Bukan takat ubat, tapi semua yang dia makan!

Minggu lepas, Rabu dia demam
Mami tak de pilihan terpaksa hantar skul juga -- demam dia dah kebah (tau ke kebah tu apa?)
Tapi malam Khamis tu dia muntah muntah 
Agaknya dia tak makan kat sekolah -- teacher ada ckp dia makan sikiiiiiitttt je
Jumaat babah standby kot kot teacher dia call dia akan terus amik Akeem..
Then memang teacher call sebab dia mula berak berak huhu 

Akeem... sayang jangan lah tak makan kat skul
Nanti perut masuk angin
Mami dan babah susah hati tau!
Mami dan babah dah takde pilihan..
Hantar babysitter Akeem tak nak
Hantar skul Akeem tak makan
Pastu Akeem sakit huhuhu
Apa pilihan kami?
Mami  buat buat jadi hati kering je
Walaupun hati kering tapi dalam hati ada taman!

*** gambar akan di uplot kendian -- ada masalah teknikal la pulakkk!


Sunday, January 20, 2013

Monyet Monyet di Bukit Melawati

As Salam,
Weekend memang jarang kami lepak lepak kat rumah
Boring
So kali ni bawa Akeem tgk monkey
Kan main excited nak tgk monkey
Sekali dah sampai
Dia asyik bergayut ngan babah je
Hahaha takut pulak!
Dia yang rekues nak tengok monkey, tapi dia juga yang berkepit tak sudah ngan babah dia! takut plak kat monkeys tu...
Meriah betul 'mereka mereka' itu... tapi comelll

Friday, January 18, 2013

Saya Ibu Terlampau??

As Salam,

Saya bukan ibu terlampau
Tapi saya risau
Apa yang mami risaukan?

Kerisaun pertama:
Boleh ke dia makan kat kindy? Akeem makan pun masih bersuap.. (ini kategori kerisauan yang mild..)

Kerisaun kedua:
Diorang betul2 ke follow arahan buat susu Akeem -- perut dia sensitive. Susu dia pun kena minum within satu jam je lebih dari satu jam kena terus buang... iye ke kindy ada masa nak melayan sampai cam tu.. (Akeem minum susu hanya 4oz at once. So, tak perlulah diorang buat lebih sebab mami dah siap2 letak sukatan susu tu untuk 4 oz sahaja!))

Kerisauan ketiga:
Apalah yang anak aku makan -- aritu aku mintak menu plan pun principal dia cakap "that not for parent" ah sentap!

Dan kerisauan mami tu bersebab
Kerna sering kali bila mami ambil Akeem dari kindy
Teacher dia cakap "susu ni baru buat"
SENTAP -- baru buat? Sejuk beno ni ko kata baru buat dan yang paling sentap bacuhan susu tu adalah 8 oz bukan 4 oz!! 
Apakah maksudnya??
Maksudnya ..

Andaian pertama:
Diorg bancuh siap2 untuk dua kali minum

Andaian kedua:
Diorang tak ikut arahan -- suruh buat 4oz je tapi tetaaaappppp juga buat 8oz (padahal sukatan susu tu untuk 4oz) So susu yang Akeem minum tu CAIR lah!

So untuk mengelakkan Akeem sakit perut minum susu yang 'lama'
So, mami pun tulis surat kat teachers


Helicopter Parenting vs Attachment Parenting

As Salam,

Baru minggu ni mami dengar pasal helicopter parenting
Itu pun kawan mami yang bagitau
Dia kata "Zam you ni helicopter parent lah -- over protective!"

Statement tu buat mami berfikir
Betul ke mami ni over protected 
Saya ibu yang terlampau?
Hmmm... rasanya tak kot...

Apa itu helicoter parenting?
Dari Mr Google
"Helicopter parents hover over their children constantly. Their unnerving supervision comes from the belief that by always watching and directing their children’s behavior, they will be able to keep their children from harm. Their children have no breathing room. Over-protected, they are suffocated by their parents’ fears and micro-managing."

Oh ini bukan mami! Pasti!
Mami bagi je Akeem buat apa2 yang dia nak
Janji benda tu tak merbahaya sangat.

Dan apa pulak attachment parenting?
Dari Mr Google juga
"Attachment parenting comes from a belief that if you fulfill your child’s needs when she/he is young, she/he will develop into an independent individual who can handle herself/himself with grace and confidence when she/he is ready. You, as a parent, are her/his pillar of strength when she/he is a baby. It is your job to teach her/him what she/he needs to know so that, one day, she/he is able to depend on herself/himself.
Attachment parenting demands a lot of close physical contact with your children but this togetherness is not hovering. The physical closeness with your child when she/he is young is to build her/his self-confidence so, as she/he grows, she/he will be able to go out into the world – independently"\

Mami yakin dan sangat pasti apa yang mami buat
More less adalah attachment parenting..
Tak percaya?
PERCAYALAH!! 

Psttt sekarang jiwa tak tenang
Nanti ada masa mami ulas panjang lebar lagi
In Shaa Allah.




Thursday, January 17, 2013

Gigi Rabbit Itu

As Salam,

Ini style 'sengih' baru Akeem.
Kalau suruh bergambar dan senyum gitu lah gayanya.
Tersengih nampakkan gigi rabbit dia tu..
Tapi gigi rabbit itu tetap comel di mata mami!



Tapi ada kisah di sebalik gigi rabbit itu
Kenapa gigi itu menjadi gigi rabbit??
Sebabnya... tadaaa....

Walau apa jua keadaan puting itu tetap menjadi pujaan!
Mujur sejak bulan December 2012 dia dah 'bercerai' dengan puting kesayangan dia.
Bersyukur sangat.
Mami ingatkan sampai bila bila tak nak 'bercerai' dengan puting tu!
Huh lega....

Wednesday, January 16, 2013

Dulu dan Sekarang

As Salam,

Dulu,
Mami tak bertudung
Zaman sekolah pakailah tudung
Tapi on and off
Pakai kat sekolah je
Lepas sekolah tudung pun terbang

Sekarang,
Alhamdulillah sejak bulan puasa tahun 2012 mami mula pakai tudung
Ada jugak students dan staffs yang tanya "miss are still fasting?"
Hahahaha  kelakar -- sebab kat tempat mami keje ni dah jadi 'budaya' muslim pakai tudung bulan puasa especially dari negara negara tertentu!

Dulu,
Masa mula mula pakai tudung
Mami sendiri pun meragui diri mami sendiri
"Mampu ke aku kekal pakai tudung ni?"
Alhamdulillah sampai sekarang mami masih mampu mengekalkan pakai tudung
Doakan mami selamanya begini ye!

Eh bila bertudung nampak muda 20 tahun plak kikikikik...

Memetik kata kata Ustaz Azhar Idrus

"Bertudunglah walaupun TERPAKSA,
Solatlah walaupun TERPAKSA,
Puasalah walaupun TERPAKSA"

Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya TERPAKSA

Dari keterpaksaan itu
Perlahan-perlahan kita akan menemukan hikmah
Dan akhirnya hati kita menjadi IKHLAS keranaNya.

Tuesday, January 15, 2013

Kayuhan Pertama Akeem

As Salam,

Masih lagi kisah semalam 
(pssstttt ni lah akibatnya jika masa terlampau free, jadi terlampau rajin nak update kisah Akeem -- hope rajin selamanya :D)
Lepas ambil Akeem dari kindy terus dia ajak pergi 'buai'
Sebenarnya 'buai' yang Akeem maksudkan adalah taman (playground)
Penat mami bagitau dia "orang panggil taman bukan buai"...
Dia tetap tak nak panggil taman, tetap panggil buai!

Sebelum buat kayuhan pertama kat 'buai'
Akeem dah tergolek dok kat tepi longkang
Hahaha padan muka itulah tak nak dengar cakap mami
Mami suruh tunggu kejap dia buat tak kesah je
Merasa lah kau anak!
Tak sempat nak snap gambar dia masa jatuh tu mami kelam kabut -- tergezut
Nasib baik tiada kecederaan atau calar calar serius

Dia yang main beskal
Mami yang berpeluh satu badan
Mana tidaknya
Dia kayuh pun tak berapa nak pandai lagi
So, terpaksalah mami tolak dari rumah ke 'buai' -  Adesss sakit pinggang den!

Bakal pengganti AzizulHasniAwang! You go Akeem...




Percubaan Pertama

As Salam,

Semalam pertama kali mami biarkan Akeem kat kindy sampai petang.
Selalunya half day je.
Nak cuba bagi dia stay kat kindy fullday.

TAPI...
Hati sungguh tak keruan.
Buat semua benda tak kena.
Rasa nak balik awal je.

Oh..
Rasa tak sabar nak ambil dia.
Rasa sebak.
Terbayang dia tengah tunggu mami.
Terasa rasa dia cakap "kenapa mami tak ambil Akeem..?"
Huwaaaaa...


Rasa macam nak terbang je pergi kindy dia.
Dapat jenguk sekejap pun jadilah.
Buat pelepas rasa resah ni.
Over ke?

Akhirnya,
Mami tewas.
Niat hati tak nak balik awal.
Nak tunjukkan yang mami ni kuat -- berjiwa kental!
Kihkihkih tak mampu jua mami menahan diri.
So, maafkan saya Incik Bos,
Kerna terpaksa pulang awal juga semalam -- 5.40 je pun... 20 minit awal!

Memecut dengan kelajuan maksima
Sesampai kat kindy Akeem
Fuhhhh sangat lega sebab 
Nampak dia tersenyum senyum.
Maknanya dia dah OK la tuh kan???
Mami suka!

Ya Allah Syukur KepadaNya! Alhamdulillah...

Hope keceriaan ini kekal dan semakin ceria


Monday, January 14, 2013

Hadiah Untuk Akeem

As Salam,

Hari ni punyalah susah nak kejut Akeem bangun.
Dah pukul 7.40 pagi pun liat sangat nak bangun.
Terpaksalah mami dokong turun ke bawah dan umpan ngan otomen supaya bangun mandi.
Liat sungguh nak mandi -- perangai siapalah dia ikut nih...(maklumlah mak bapak dua dua zodiac Capricorn!)
Mami tahu 'keliatan' Akeem nak bangun dan mandi bukan sebab genetik tapi sebab Sabtu dan Ahad cuti dan bangun lambat, so Isnin kompem liat nak bangun!

Hari Jumaat minggu lepas dia dah makin improve kat sekolah.
Dah mula nak menyanyi dan makan kat kindy.
Mami sangat lega.
So, sebagai ganjaran mami ngan babah bawak dia pergi beli basikal baru!

Tadaa... mami tak sabar nak ajak dia buat kayuhan pertama kat taman :)
Untuk bagi dia lebih bersemangat nak pergi sekolah mami beli juga otomen untuk dia...
Otomen dan pedang... walaupun pedang tu RM10 je tapi itulah yang dia paling sayang (setakat semalam)

Dan benda alah ini juga... (babah yang nak main sebenarnya)
Harap lepas ni dia semakin bersemangat nak pergi sekolah. Amin.

Friday, January 11, 2013

Yoga @ Office

As Salam,

"Kesihatan adalah kekayaan" ~ Mekchu.

Sangat betul apa yg Mekchu cakap tu.
Bila dah sakit letaklah rib dari Tony Roma's pun tetap rasa tak sedap.
So, kawan kawan semua jom kita jaga kesihatan kita.

Yehaaaaa ini dia gaya yoga dari kami semua!
Love...

Dare to challenge us??? HAHAHAHA...
Setakat acara regang meregang je 10 minit pertama pun dah berpeluh bagai nak rak!


Baru nak Bernapas Lega

As Salam,

Penat rupanya bila jadi driver.
Ingatkan glamer hikhikhik..
Tahun 2013 ni harap menjadi titik mula untuk mami berubah.
Mami nak menjadi ibu yang lebih baik dan lebih rajin.
Tapi, bukan senangkan?

OK berbalik pada kisah driver tadi.
Sekarang setiap hari pagi2 babah akan hantar Akeem pergi sekolah.
Tengah hari, setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis mami akan ambil dia dari sekolah hantar ke rumah pengasuh kat tingkat 3 apartment yang TIDAK ada lif ye. Nak pitam rasanya bila time Akeem tak nak jalan sendiri terpaksa mami dokong!
Lepas hantar Akeem terus pecut semula balik ofis.
Memanglah ofis mami takde 'restriction' sangat nak keluar lunch berapa lama pun.. tapi bila ke hulu ke hilir dalam cuaca panas -- adoi basah ketiak dibuatnya!

Semalam dah 7 hari Akeem sekolah.
Alhamdulillah perkembangan Akeem sangat memberangsangkan.
Walaupun pagi2 masih nangis -- dan sangat susah nak pujuk untuk bangun, mandi dan masuk kereta.
Tapi sekurang kurangnya dia dah banyak sangat improve.
Hari ni teacher cakap dah mula nak nyanyi kat sekolah.
Leganya. Sukanya!

Tak tahu nak cerita macam mana gembiranya mami bila tengok dia happy je masa amik dari sekolah tadi. Thanks teachers for your endless effort!
TAPI, fuhhh baru nak bernapas lega... tetiba masalah lain pulak muncul!
Dia bersungguh sungguh nangis tak nak pergi rumah pengasuh.
Mami takde pilihan lain.
Kena tinggalkan juga dengan  pengasuh.
Kalau tinggalkan full day kat sekolah, masalah jugak sebab dia tak nak makan.
So macam mana ni???
Harap semua akan bertambah baik.




Thursday, January 10, 2013

Our Pride, Our Nation.

As Salam,

Sekarang hangat balik isu bendera Malaysia ni.
Bendera yang menjadi kebanggaan mami.
Jangan salah faham.
Mami menulis ini bukan kerna nama eh bukan kerna isu politik.
Mami tak suka pun berpolitik.
Politik kat ofis pun dah rasa macam nak muntah!

Pakcik Mano ni tak serik2 asyik menyentuh isu isu sensitif je.. tak baiklah buat macam tu tau!
Mengikut pandangan mata kasar mami (mata ai je tau)
Bendera kita yang berjalur gemilang tu lebih cantik.
Lebih melambangkan semangat 1Malaysia.
Lebih gagah.
Lebih gemilang dan terbilang.

Jom nyanyi sama sama.

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang!


 

Wednesday, January 9, 2013

Susahnya Nak Pujuk Pergi Skool!

As Salam,

Hari pertama Akeem bersekolah tidak memberangsangkan.
Dan sudah pasti hari kedua dan ketiga susah nak pujuk dia pergi sekolah.
Pagi2 dah protest tak nak mandi.

Pagi2 dah merayu tak nak pergi sekolah....

Hari kedua mami terpaksa tukar profession jadi cikgu kindy sekejap... kalau mami ada dia OK pulak... siap main lari2 dan berlagak macam hero.
Macam2 tektik dan teknik dah guna supaya dia suka pergi sekolah.
Bila kita cakap "school bestkan?"
Dia jawap "school tak best!"
Bila kita kata "kawan kan ramai kat school.."
Dia kata "Akeem tak nak kawan.." 
Mami dan babah dah rasuah belikan menan, belikan joran (dia suka pancing ikan), mandi kolam etc
Tapi semua tu tetap gagal utk jadikan dia excited pergi sekolah.

Pernah jugak mami tanya dia kenapa tak suka pergi sekolah.
Jawapannya tak suka ramai orang dan takut 'dia' (refer pada kawan2 dia) nangis...
So, mami buat kesimpulan penyakit tak nak sekolah Akeem ni tak kronik sangat.
Just the matter of time.
Lama lama nanti OK lah dia tu.
Maybe syndrom manja terlampau je nih.
Cuma hope Brainy Bunch tingkatkan usaha menaik taraf facilities yang sedia ada.

Setakat hari ke 3 inilah satu satunya permainan yg ada. Boleh dikatakan sangattttttt tidak menepati ciri ciri keselamatan. Longkang pun takde drainage cover. Sabar jelah!




Tuesday, January 8, 2013

Hari Pertama Akeem @ Brainy Bunch

As Salam,

Mami start cuti sejak 28 Dec 2012.
Kononnya nak ready emosi, fizikal dan segalanya lah demi Akeem yang akan masuk kindy 2 Jan 2013.
Cuti punyalah lama tapi tetap last minute jugak baru siap semua preparation -- terasa best dan kelam kabut bila last minute baru nak prepare :)


Gundah betul hati nak kejut Akeem pagi2 dan mandikan dia pagi2 cos selama ni dia tak pernah mandi seawal 7.30 pagi.
Sejak bersekolah ni rutin dia (mami dan babah juga) berubah!
Kejut dia seawal 7.30 pagi, mandikan, pakai baju dan hantar pergi sekolah.
Bab hantar pergi sekolah tu adalah sangat mencabar!


Hari Pertama Pesekolahan
Mula mula dia ok je bila cakap nak hantar pergi sekolah.
Masa nak pakai baju je susah sikit maybe dia tak biasa pakai uniform.

Tengok... kan main excited je dia nak pergi skool... berkesan jugak tengok upin ipin hari2 so dia bersemangat nak pergi skool (on the first day!)

Tapi bila sampai je sekolah ramai budak2 nangis, so dia pun start rasa takut -- ikut nangis sama lah :((
Puas jugak mami dan babah nak tenteramkan tapi tetap nangis.
Mami rasa agak sayu gak tengok dia menangis.
Tapi kuatkan semangat, kiss, say good bye dan terus pergi tinggalkan dia.
Mami dan babah mengintip dari luar je.
Menaruh sepenuh kepercayaan pada teachers dan mami tinggalkan dia di kindy.
Ohhhh hati punya lah berat nak pergi tapi takpe mami sangat yakin dia OK.
Dalam pukul 11 lebih principal talipon katanya "Akeem wants his mommy".
Hati dah jadi tak keruan bila principal cakap Akeem nangis non - stop.
Tanya principal "so, what is your suggestion..?"
Dia pun tak tahu macam mana nak pujuk Akeem sebab asyik nangis nak mami dia! Oh anakkk....rosak plan mami nak celebrate birthday ngan babah berdua duan!

Hati dah rasa tak best.
So, bergegas dari SOGO (hah tengok dah sampai SOGO dah pun!) terus pergi amik dia kat kindy.
Sayu jugaklah bila tahu dia tak nak makan tak nak minum.
Nak mami dengan babah je.

Bila sampai rumah cakap "Akeem tak nak school"
Dia masih lagi menangis dan cakap sakit "nonet"
Tak nak pakai seluar baju.
Nak bogel je...
Siap suruh babah urut "nonet' dia.. huhuhu

Makan pun sambil baring dan bogel. tapi tengok muka ceria je...


Ini kisah hari pertama.
Dia dah fobia kot tengok budak2 menangis.
Esok hari kedua lain pulak ceritanya.
Dan lagi susah nak suruh dia pergi sekolah.
Sebut perkataan sekolah, skool dan seumpanya pun boleh mengundang amarah!


Monday, January 7, 2013

2013

As Salam,

Rasanya tak terlambat kot nak ucapkan HAPPY NEW YEAR utk semua.

Lamanya tak menjenguk blog nih.
Makan hati kot :) -- sebenarnya mami sangat MALAS.
Itu yang hampir setahun tak menulis.
Lagipun tak banyak benda nak diceritakan.
Rutin setiap hari sepanjang 2012 sama je - bangun tido - kerja - balik kerja - tido.
Tak banyak agenda besar yang berlaku -- adalah satu dua yg menjadikan hidup 2012 bermacam color!

Tetiba 2013 ni rasa cam nak menulis semula.
Nak abadikan kenangan Daris Hakeem masuk kindy.
Banyak drama dan ayer mata dari Akeem dan juga mami (tapi mami nangis dlm toilet je laaa)

Atas nasihat semua supermaks di luar sana, mami kuatkan juga semangat, keraskan jugak hati -- tetap antar dia pergi skul walaupun Akeem tak nak. Hai anak macam2 la ko ye!
Mami hampir tewas, hampir mengalah sebab kesian kan dia, tapi bila fikir balik ini adalah lumrah -- ramai kot jugak parent2 lain yang mengalami situasi yg sama cam apa yg mami alami nih. Betul kan??

Gambar passport Akeem -- sungguh tak formal cos sibuk nak buat 'peace' je!