Wednesday, January 23, 2013

Angin

As Salam,

Mami ni agak mudah beragin
Bukan bermaksud mudah naik angin -- tapi kekadang mudah jugak naik angin hehe
Angin yang mami maksudkan kalau perut kosong mudah je masuk angin
Lepas tu mudahlah di serang migrain..

Ramai jugak yang diluar sana mengalami nasib yang sama kan?
Kalau kita yang dah tua tua ni kena angin ni kira oklah
Tapi kesian Akeem pun kena cam mami
Kalau perut kosong mudah je masuk angin
Bila masuk angin perut kembung lepas tu mesti muntah..

Bulan lepas dia dah kena muntah muntah dan cirit birit
Sebab angin lah tu
Mula mula demam tak nak makan
Lepas tu berjangkit jadi muntah
Mami pulak bulan lepas masa dia sakit tu terpaksa import nenek dan atok jaga
Hati tak keruan nak outstation
Tapi apakan daya
Mami hanya "yang menurut perintah"...

December Akeem kena serangan angin, muntah dan cibi tu
January (baru minggu lepas) dah kena balik
Adoiiii mana lah yang silap
Maybe sebab Akeem payah nak makan ubat
Bila paksa makan ubat habis dia muntahkan balik
Bukan takat ubat, tapi semua yang dia makan!

Minggu lepas, Rabu dia demam
Mami tak de pilihan terpaksa hantar skul juga -- demam dia dah kebah (tau ke kebah tu apa?)
Tapi malam Khamis tu dia muntah muntah 
Agaknya dia tak makan kat sekolah -- teacher ada ckp dia makan sikiiiiiitttt je
Jumaat babah standby kot kot teacher dia call dia akan terus amik Akeem..
Then memang teacher call sebab dia mula berak berak huhu 

Akeem... sayang jangan lah tak makan kat skul
Nanti perut masuk angin
Mami dan babah susah hati tau!
Mami dan babah dah takde pilihan..
Hantar babysitter Akeem tak nak
Hantar skul Akeem tak makan
Pastu Akeem sakit huhuhu
Apa pilihan kami?
Mami  buat buat jadi hati kering je
Walaupun hati kering tapi dalam hati ada taman!

*** gambar akan di uplot kendian -- ada masalah teknikal la pulakkk!


1 comment: