Friday, February 19, 2016

Sekolah Kebangsaan Cyberjaya: Ujian Kelayakan dan Orientasi Akeem

As Salam

Tahun 2016 ni Akeem dah darjah satu
Mula mula ibumuda emosi jugak
Terasa cepatnya masa berlalu
Yang paling terharu bila tengok dia pandai bawa diri
Dah besar rupanya baby mami ni

Sebelum masuk sekolah ada sesi ujian kelayakan
30 May 2015 Akeem menduduki ujian kelayakan
Mami taklah berdebar sangat TAPI risau jugak sebab Akeem tak lancar lagi membaca
Pejabat sekolah pun bagitau very short notice
Sempatlah 3 hari sebelum ujian kelayakan buat latihan tergempar untuk Akeem

Yang mami risaukan bukanlah samada Akeem boleh jawap ke tak
Risau.... nak ke dia masuk hall
Monyok je muka masa berkumpul
Adoi itu betul betul menimbulkan kerisauan
Buat nya dia taknak masuk
HARUUUUU

Hensem betul anak bujang mami (pengsan).. mood 50-50... mami berdoa dia nak masuk hall

Dua jam ya ujian tu
Basic Bahasa Melayu, Matematik dan English yang di tanya
Tapi sapa yang bakal menduduki test ni nanti jangan risau
Anak anak kita hebat
In shaa allah mereka boleh buat

Dengan penuh debaran menunggu
Bulan 9, 2015 dapat keputusan
YEAY AKEEM DITERIMA MASUK SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA!
ALHAMDULILLAH!

21 November
Akeem pergi orientasi sekolah
Mula mula eksaited
Tapi bila kena gather mula monyok semula
Masalah dia ni tak suka orang ramai ramai
Adoi anakkkkkk

Untuk pengetahuan sekelian
Sejak bulan 6 lagi mami dah tanamkan semangat
Supaya dia eksaited nak pergi sekolah baru
Explain kat dia
This is his last year with Brainy Bunch
Bagi dia ready mentally
Phewwwww berbulan train kata hengko!
Inilah hasilnya
Ok lah walaupun ada masam ada manis
Sampai waktu kejadian dia boleh sinyum
Lega hati mami nak!

Selesai sessi orientasi
Pergi kantin - makan
Ada cikgu tegur.. eh dia la tadi nangis dalam kelas
Huwaaaaaaa
Mami tanya kenapa nangis
Rupanya semut gigi
heheheheheh
Bertabahlah mami
Bertabahlah Akeem

Mami doakan yang terbaik untuk anak hensem mami ni
Amin.
Muka ada sinyum


2 comments:

  1. Anak sy pon skrg bbim n ingt nak register sk cbj utk darjah 1 nnti.risau gak ujian kelayan tu susah x.senang x nak dpt sk cbj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa allah yakin anak2 kita hebat. Rasanya takde masalah kot just basic BM, Math dan English

      Delete