Showing posts with label Mami. Show all posts
Showing posts with label Mami. Show all posts

Tuesday, May 24, 2016

Chicken Pie | Mami Baked Sendiri

As Salam

First time nak bake pastry sendiri
Oven mami ni paling hebat mami guna buat chicken grilled, lamb grilled je lah
Okeh kagum tak mami mampu buat chicken pie

Ha ni hasil kejadian
Tak cukup menghairahkan warna dan rupa paras
Tapi sedap!
Taraaaa hebat tak mami?
Wahahahaha
Kalau mami mampu buat
Mami sendiri pun kagum
Ibumuda ni tak berapa pandai bab ni ye
Mami order je dari kawan mami
Frozen Pie
Senang
Bila bila nak makan bake je sendiri

Sapa nak sila WA dia ye
Jangan WA mami plak ^_*

Aduhaiii cecantik sangat hasil kejadian


Thursday, April 14, 2016

15.3.2016 - 15.4.2016 | Genap Sebulan Di Tempat Baru

As Salam

Sejak mulakan kerjaya pada tahun 2002
Ni kali pertama mami rasa sukarnya nak menerima perubahan
2002 Olympia College
2004 Shahputra College (masa tu) sekarang dah jadi kolej universiti. Tahniah
2006 Limkokwing University
2016 Tempat baru nama dirahsiakan atas sebab keselamatan puiiiii #poyo

Pejam celik pejam celik
Dah sebulan mami kat tempat baru
Tapi masih terindu rindu tempat lama
Betullah orang kata tempat jatuh lagikan dikenang
Inikan pula tempat jatuh terguling berguling
Dan pelbagai lagi aksi
Yang pastinya tempat lama selamanya di hati

10 tahun mami kat tempat lama
Rindu pasti terasa
Lagipun rasanya jiwa mami di sana
Kawan kawan mami di sana
Di sini pun kawan kawan tapi lain ragamnya
Masih belum boleh baca jiwa masing masing

I have decided to challenge myself - than take the challenge mami!
Tunaikan janji ditempat baru
Berkhidmat dengan setia
Sesetia mencurah bakti di tempat lama!

Terlalu banyak kenangan di tempat lama
10 tahun mengutip pengalaman
Dewasa di situ
Beranak pinak pun di situ
Moga di tempat baru membina semangat yang sama.
Move on.


Thursday, April 7, 2016

Enggang dan Pipit Masakan Terbang Seiring

As Salam

Tak mo sedih sedih
Tak mo
Hidup ni singkat je
Buat apalah nak sedih

Tapi manusia
Suka duka amarah terhina terluka
Semua asam garam di dunia

Selama ni sumpah mami sayang semua kawan kawan mami
Tak sangka gurauan senda yang biasa biasa
Yang dah jadi lumrah dan asam garam
Ada yang tetiba jadi terlalu sensitif
Berjauh hati
Merajuk duka
Sampai sanggup buang persahabatan yang terbina

Takpelah
Mami ikhlas berkawan dengan dia
Sayang seikhlasnya
Tapi sekarang saya pipit tiada kuasa
Tinggallah sendirian membawa hiba

Kalau dia membaca
Ketahuilah saya memang berjauh hati dan rasa hiba

Gurauan yang sama dulu ketawa
Gurauan yang sama sekarang berduka
Gurauan yang sama
Ayat yang sama
Tetapi kenapa sekarang tak suka?

Oh sedarlah diri awak pipit
Masakan dapat seiring bergelak dan senda bersama enggang lagi!

Mohon maaf seikhlas hati sekiranya
Gurauan yg semata mata tiada maksud tersembunyi
Di salah tafsir dan erti
Saya tak mampu mencari awak di Padang Mahsyar nanti
Kalau jumpa di Padang Mat Sirat no problemo!

OK IBUMUDA USAHLAH EMO
HIDUP KITA SEKEJAP JE
ENTAH ESOK ENTAH KAN LUSA
KITA PERGI BUAT SELAMANYA.


Saturday, March 1, 2014

Makan Ais Krim

As salam

Sejak 10 Feb mami mula berdiet
Dietlah sangat
Takde la diet giler giler
Just nak cuba try test kekebalan
Mampu tak "say NO to nasik"

Hasilnya
YA mami mampu lagi menahan nafsu dari makan nasi
Cuma
Harini kantoi
Nafsu bergelora nak makan aiskrim
Hambek --> aiskrim + dried strawberry!
Berlori lori kalori
Takpe anggap itu treat mampu turun 2 kilos!

Demi VTO

As Salam

Malu nak cerita
Orang lain bertungkus lumus siapkan research paper utk PhD
Mami bersengkang mata dan menahan sakit jiwa
Demi VTO

Kalau ada yang tak tahu *pasti ramai tak tahu
VTO ialah Vocational Training Officer
Mami berlumba lumba nak mendapatkan ceritificate @ sijil
Yang mana mami rasa sangatlah membuang masa!
Bukan makin upgrade skill dan knowledge
Makin down grade ada
Makin down jugak nak buat kerja -- sigh!

Salah mami jugak sebab sendiri tak responsible
Patutnya jangan lagi buat keje last minute
Tapi memang tak terkejar
Tak terlarat nak buat 75 set WIM sensorang
Bila dah siap banyak pulak salah format itu ini

Hoiiiii
Aku buat program structure untuk overseas campus pun tak sesusah nak buat bahan mengajar untuk level sijil ni!!!
Macam macam kerenah
Meluat pulak!

Tapi takpe only loser yang mengalah
Mami bukan loser
Hidup perlu diteruskan
Even memang tak sempat kejar dateline ni
Tapi yang penting mami tetap hantar dan setelkan before presentation day nanti
Bukan nak kerek sangat tapi
Aduyai nak mengajar SKM pun nak kena evaluate teaching skills
Maaf saya dah mengajar since 2002
*kenyataan yg sangat berbaur riak -- saya sangat sakit hati!

Lately saya sangat down.

BE POSITIVE, mami... T_T

Friday, February 28, 2014

Sakit.

As salam

Sakit betul hati ini
Bila kita takde kuasa nak ubah apa apa
Sakit betul hati ini
Bila kita takde suara mengawal situasi
Sakit betul hati ini
Bila kita takde kebebasan memilih
Walhal kita hidup di negara demokrasi

Sakit sangat sakit
Bila kita terpaksa akur walau itu bukan kehendak kita
Sakit sangat sakit
Bila memikirkan hari ini esok lusa akan tetap sama sahaja

Tolonglah
Jika benar saya tiada pilihan
Bagilah sedikit saya bebas dari kesengsaraan

Tolonglah
Jika benar itu tersurat untuk saya
Bagilah saya sedikit ruang bernafas bahagia
Saya tak mampu derita bersama mereka yang katanya pandai
Katanya bijak
Katanya bagus
Tapi semuanya hampas belaka

Tolonglah
At the very least hargailah
Reconize kebaikan kaum sendiri!
Mereka lebih bagus dari mereka mereka yang katanya bijak pandai dan bagus ini!!!

Thursday, February 27, 2014

Sekitar Event Limkokwing International Debate Competition

As salam

Dari 20 Feb - 23 Feb Limkokwing jadi host utk pertandingan perbahasan untuk sekolah satu Malaysia. Mami xde peranan sangat utk event ni. Sekadar buat2 busy aje ^_^

Tugas utama mami dan rakan2 fakulti adalah utk pastikan good rapport dan establish relationship with those yg participated with this event. Kena lah buat muka manis dan mesra pelanggan gitu. Mereka mereka ini could be our potential students next year. Amin.

Cuma yg mami tak mampu nak bertahan dgn cuaca panas ni. Tak larat nak ke hulu ke hilir dgn baju hitam dlm cuaca yg panas membahang. Pitam! Abis cair mekap ai.... tapi demi tugas walaupun dah lemau macam biskut meri terendam air kopi, hospitality kena tip top.. tak gitu puan bos? Huhuhuhu bertabahlah walaupun badan sikit lagi nak sama bau ngan kambing gurun. Bacen sudah...

********************** Gambar sekitar Event LIDC **************************
 

Dinner served by the pool... meriah uolsss...
Sepanjang event berlangsung mami and the geng bertanggungjawap menjaga makanan untuk budak2 sekolah tu supaya semuanya cukup. Bukan setakat pastikan tapi kami menjadi tukang serve makanan terus -- terus bertukar menjadi makcik kantin! Kami tak kesah yang penting event berjalan lancar.  Begitulah nasib kami yang bukan jelitawan ni huhuhuhu

Makcik makcik kantin waktu lunch
Makcik makcik kantin waktu dinner
Tengoklah ynag jelitawan boleh posing kat pool (tapi tetap kena jadi makcik kantin)

Hadiah dia berbaloi hengko. Grand prize dapat RM10,000 dan free belajar satu semester kat Limkokwing London! Jeles ai!






Tuesday, January 7, 2014

30 + 5 = 35 | Aiseh Cepatnya Menambah

As Salam

Entry ni dah basi
Patut post pada 2 jan 2014
2 Jan genaplah mami 35 tahun... huhuhuhu


Ni yang paling tak syok lahir awal tahun
Masuk je tahun baru umur pun jadi baru
Tapi mami menten muda
Umur tu nombor je (kan?)

Terima kasih pada semua yang beri ucapan
Ucap kat Facebook
Ucap kat whatsApp
Ucap kat instagram
Terima kasih yang tak terhingga

Tahun baru
Umur baru
Moga tahun 2014 ni dimulakan dengan semangat baru

Doakan mami yang baik baik aje ye

Sempena bebeday mami
Malam tu kami pergi makan kat restoren arab kat Cyberjaya
Cantik restoren tu berkonsep Morroco
Takde hadiah mewah yang penting orang tersayang ada di sisi
2 Jan tu jugak Akeem tetiba demam
Kesian Akeem
Tu yang tiup lilin bebeday mami dengan muka muram

Monday, November 25, 2013

M A L A S (Malaskah Aku??)

As Salam

Penyakit M ni memang paling kronik
Payah nak cari ubat
Hoiiiii nyampah betul
Kenapalah mami ni malas sangat!

Babah bersabarlah ye
Kesian dapat binik jelita yang pemalas (mata ke atas) hahahahaha
Mami ni bukan lah pemalas sangat
Tapi bila kena bab kemas rumah, lipat baju, mop lantaiiii
Aduyaiiiiiii bercinta nak buat!
Tak shuke tak shuke

Bila tengok rumah bersepah mula lah terussss rasa nak bibik
Tapi bila memikirkan macam macam hal yang bakal meyesakkan -- huh tak kuasa!
End up mami amik je lah weekly cleaner
Tapi most of the time selalu lah full depa ni tau (maju betul bisnes supply weekly maids)
Kadang kadang terpaksalah babah yang baik hati tu mengerah tenaga
Terima kasih babah -- lebiu!

Sabtu lepas mami buat sikit makan makan >> klik sini
Walaupun sikit kecahnya Yarabbi -- malapetaka
Nak pengsan kepenatan
Tapi seronok bila tengok orang tersayang happy
Jadi disebabkan rumah dalam tahap disater -- lantai melekit yang hamat
Terpaksa jugaklah mop lantai

Me? Mop lantai? Yewwww mami malas ye..

Makanya
Terpaksa rela songlap cleaner daripada opis untuk tolong mopkan lantai
Tahap kerja?
Hmmmmmm boleh lah dari skala 1 to 10, mami bagi 4.5
Hamboiiii ko dah lah pemalas bila orang buat banyak songeh plak eh
Wahahahaha jangan salahkan mami
Itu memang sikap sejak azali -- banyak songeh!

Bukan lah cerewet sangat tapi bila mop tangga nampak capuk capuk (comot je)
Vacuum pun macam tak makan 10 hari -- lemah
Siap mami buat demo dulu -- haish!!
Lap sana lap sini pun macam errrrrr kamu dah lap ke nih?
Tetiba siap -- eh dah siap???
Maaf ler tak mo dah songlap kamu lagi
Bukan murah tau mula mula dia nak RM15 sejam
Hoiiiiii itu dah tahap professional sangat
Bila mami tak jadi nak songlap dia
Dia turunkan RM10 sejam *macam macam kamu ni ek!






Thursday, October 31, 2013

Kerjayaku Bukan Saintis Tapi Aku Tetap Hampir Gila Jua

As Salam

Jarang jarang mami nak highlight pasal kerjaya *kerjayalah sangat!*
Semester ini
Kali ni
Tika ini
Mami sangat GERAM dengan 'anak anak angkat' mami ni

Mungkin ada yang kata "jadi lecturer apalah yang stress sangat.."
Mungkin ada juga yang mencemuh "eleh baru jadi lecturer pun nak serabut kepala ke, bukan jadi  menteri.."
Mungkin ada juga yang senyum senyum kambing "ohhhh ingat kerja aku je yang stress ada jugak orang lain yang stress sama macam aku"

Apa lah yang stress sangat kan kerja mami ni
Meh mami cerita

Situasinya begini
Sekarang kami dah masuk minggu ke 11
Dalam satu semester usually ada 13 - 15 weeks mengajar
Tapi this semester special sebab sem ni pendek (yahoooooo)
So minggu 12 dah abis, minggu 13 dah start final exam
Most assignment's submission adalah dalam minggu ni
TAPIIIIIIIIII heeeeeee mengundang kemarahan betul

Sekor datang kata unaware nak kena submit this week -- padahal 800 kali dah remind
Sekor datang kata tak sempat siap sebab ada itu lah ini lah
Sekor datang cakap tak boleh submit sebab nak kena pergi embassy lah, immegresen lah
Sekor datang kata tak boleh submit sebab soalan assignment diorang takde -- habis yang aku uploaded dalam portal tu hapa????!!!
Sekor datang heeeeeeeeee dengan seribu macam alasan!
Hempuk kepala sekor sekor karang baru tahu!!!

Yang paling tak boleh nak terima asyiklah tak nak terima kesalahan sendiri
Asyik kitaaaaaa je lah yang dipersalahkan

Lepas tu cuba korang bayangkan
Students mami ni bermacam warna bermacam ragam
Pitam!
Warna lain lain takpe sebab tu make us different
Tapi kalau IQ dan tahap kecerdasan below parrrrrrrrr adoi pitam 800 kali!
Berkali kali explain macam mana nak buat assignment
Tetapppppppp kena reject
Heeeeee bersabar sajalah
Tuhan beri ku kekuatan

Kalau nak cerita tentang 'anak anak angkat' mami ni
Sampai tahun 2014 pun tak tentu habis
Cuma harapnya mami bertahan dengan apa yang mendatang
Banyak bersabar, mami!

Walaupun kadang kadang rasa nak gila tapi best jugak sebab ada boss yang gojes (^_^)

Friday, October 11, 2013

Oh Terkejutnya!

Phewwwww nasib baik tak sakit jantung mami arini
Berniat nak keluar awal sikit hari ni
Nak shopping shopping sikit
Maklum lah dah dekat nak raya kan
Sebelum sampai ke kereta pergi singgah shishi jap
Keluar dari toilet alamakkkkkk
Hujan lebat lah pulak
Cesss potong sungguh!

Mami masuk ofis semula
Lepak dalam setengah jam gitu
Then berniat nak keluar semula

Wallet - ada
Tepon - ada
Eh eh mana kunci kereta??

Berfikir sejenak
*
*
*
*
Alamak alamak mesti tertinggal kat toilet ni?
SAH tertinggal kat toile!!



Panik sekejap

Maklumlah kami ni bukan ada personal toilet
Guna common toilet je
Kadang kadang students pun guna jugak toilet yang sama

Alamakkkkkkkkkkkk
Kalau hilang acane?

Rushing pergi toilet
Alhamdulillah
Masih berada di tempat yang mami tinggalkan tadi
SELAMAT!


Aduyai usia makin meningkat agaknya (^_^)

Monday, October 7, 2013

Mood Sangat Tak OK!

Grrrrrrrrrrrrrr


Tolong berikan daku kekuatan
Tolong berikan daku kesabaran
Tolong.... tolong.... tolong!

Mood tak pulih pulih sejak Sabtu hari tu
Kenapalah cepat sangat naik darah ni?
Tolong bagi petua supaya tak mudah naik darah

OK
Kenapa mami marah?
Entahlah makin lama makin tak terbendung perasaan menyampah ni
Tak suka sila berambus betul tak?
Tapi mami masih belum ada kekuatan untuk berambus lagi
Tunggulah
Satu hari pasti tercapai juga cita cita itu

Wahai dugaan
Tolong lah be nice to mami ohkeh

Ahhhhh takde pape sebenarnya
Cuma bila mood sedikit terganggu
Perkara kecil pun sangat mengganggu

Sebenanrnya punca hangin mami adalah kerna seorang budak dari Timur Tengah yang dopod
Tak paham paham bahasa
Tak reti nak paham apa orang cakap
Diaaaaaa je yang betul
Kamu berada di negara ku
So please behave dan sadar diri
Ini tidak!
Berlagak macam kita kena ikut cakap dia
Dah lah bengap tahap gaban
Tak nak dengar cakap orang
Heeeeeeee ikutkan hati mau ku hempuk saja itu budak grrrrrrrrrrrrrrrr

Takpe lah
Abaikan
Life goes on

**Owh indahnya jika dapat tengok cerita Korea sekarang
*** Psttttt bos saya mau pulang, boleh?



Friday, September 27, 2013

TGIF | Nafkah

As Salam

Dah hujung hujung bulan ni biasalah
Mesti kering sikit
Hari ni Jumaat
Dan selalunya ada jualan kat StreetMall kat Cyberjaya ni
Nak pergi cuci mata je

Pagi pagi tadi sebelum pergi kerja mintak  nafkah dari babah
Hehehe.. terussss je dia letak RM50 kat depan mami
Terima kasih babah.... ^_^

Friday, September 20, 2013

TGIF | Ofisku Blackout

HOREYYYYYYYYYYYYY


Double happiness
Hari ni Jumaat
Tetiba ofisku pulak blackout
Wahhhhh happy nya

5 minit kendian
Cessss baru nak bergembira
Keadaan kembali pulih
Kenapa tak blackout lama lama?????
Memang dasar!

Wednesday, September 11, 2013

Berat

tsk tsk tsk

Berat mata memandang
Berat lagi bahu yang memikul

Mungkin tak semua mengalami masalah yang sama
Tapi percayalah
Mesti ramai di luar sana yang mempunyai masalah berat

Ada yang makan banyak tapi berat tak naik naik *syukurlah, untunglahhh
Ada yang tak makan banyak tapi berat naik mencanak canak *oh mami pasrah


Lepas raya badan rasa makin berat
DENGGGGG
Walaupun mami kadang tak makan nasik pun
Tapi berat naik jugak (kot)

Hari ni kecewa sebab badan rasa makin berat
Sejak semalam sarungkan Corset PB semula
Mulai hari ni nak jadi vege je
Makan nasik hanya dengan sayur pftttt!

Macam takde makna je
Sebab mami ni sweet tooth
Suka sangat makan benda manis (patutlah mami manis)
Wiken baru baru ni mami ada buat tiramisu
Ohhhh sejak pandai buat tiramisu asyiklah buat dan hadap tiramisu ni
Tiap tiap petang belasah tiramisu
Adakah ini punca berat mami meningkat?

Eh tak mungkinlah
Sebab mami tak buat manis manis pun
Just tambah cream cheese banyak banyak
Salah ke?

Taken from gugel
Memang mami buat sendiri tiramisu (takutlah ada yang meragui)
Tapi malas nak snap picture
Tapi memang puas hati lah buat sendiri
Letak cream cheese banyak banyak
Letak choc powder banyak banyak
Yummehhh!!

Hmmmm lepas tu menangis menyesal badan makin "gebu"

Monday, August 19, 2013

Back To Work!

As Salam

Betul betul bercuti raya mami kali ni
Dua minggu cuti
Dua minggu langsung tak menulis

Hari ni hari pertama kembali bekerja setelah sakan berpoya poya
Walaupun hanya melepak lepak kat rumah dan kawasan sekitar
Tapi syok jugak eh tak kerja

Semalam sangat excited nak pergi kerja
Al maklumlah agak lemau lama lama jadi suri rumah ni
Tapi bila dah masuk kerja ni lain pulak jadinya
Rasa macam serba tak kena
Rasa macam tersisih pulak (*eh hentah hapa hapa plak perasaan ni)

Malas lah nak layan perasaan yang bukan bukan
Orang tak suka sudahhhhh
Baik kita buat hal kita je..

Jom keluar jumpa babah
Tenangkan hati

cantik tak kak ton *jangan rebah pingsan ye uols.... (pakai tudung yg tak payah nak iron bagai adalah paling selamat terutamanya pada hari Isnin setelah 2 minggu tak kerja!)





Wednesday, July 31, 2013

Bazaar Ramadhan Batu Pahat

As Salam

Mami pernah janji nak kurangkan pergi bazaar Ramadhan 
Memang kurang sangat membeli belah kat bazaar Ramadhan tahun ni
Tapi ada satu bazaar Ramadhan yang memang mami tergoyah iman kat situ
Bazaar Ramadhan kat Batu Pahat ni memang irresistibly!
Bak kata orang memang tak mampu nak menahan godaan..
Juadah yang dijual kat Batu Pahat ni memang kelllas jah!
Apa yang spesel kat sini?

BANYAK!

Tapi yang paling paling utama adalah KAMBING MASAK MERAH (iye ke kambing masak merah... tatau lah dia masak apa tapi memang best gilerrrr!!!)

Perghhhh tgk je pun dah boleh menitik air liur *slurpppp
Selain kegilaan kami pada kambing masak merah tu
Kami jugak memang peminat tegar SUP GEARBOX KAMBING kat Batu Pahat ni
Best sangat!
TERBAEK
Kalau korang penggemar air khatira, kat Johor ni lah korang patut cari
Khatira hanya ori di Johor - JDT

Air Khatira ni berasal dari Johor (itu orang Johor yang kata)
Tapi ada jugak yang cakap air Khatira tu berasal dari Singapore
Tak kesahlah sapa yang buat dulukan??
Ada mami kesahh??

Orang kata air Kathira ni boleh sejukkan badan
Maklumlah banyak herba yang digunakan
Antara herba2 yang selalu ada dalam Khatira kembang semangkuk, getah anggur (Khatira), biji selasih, halwa, gula batu dan lain lain
 
TERBAEK!!!!
Ni asam pedas spesel
Memang khas menjual asam pedas sahaja
Close up asam pedas kepala ikan merah - 25 hengget seketul ye!
Ni ayam guling best
Masa beli tu rasa macam nak beli 2 ekor... dugaan bulan puasa T__T
Ni karipap gergasi
SR tu singkatan untuk "Spesel Rusa"
Ha hambek karipap inti rusa ye uols
Karipap ni memang besar, harga pun reasonable tapi rasa takdelah spesel sangat... biasa biasa je
Tak cukup tangan membeli belah juadah berbuka uols... teruk betul!

Akeem muka dah tak boleh blah.. berpeluh lencun habis rambut panjang k-pop dia hahaha
At last babah kena dokong jugak ini budak sebab dah penat sangat nak jalan.. huhuhu
Memang sungguh kepuasan membeli belah juadah berbuka kat sini
Banyakkkkkkk sangat pilihan
Itu baru buat satu pusingan tapi dah tak cukup tangan dah tu
Bersabar lah mami
Bertabahlah babah ^__^
Berniat dan menaruh harapan untuk buat repeat terjahan ke sini
Kambing tunggu mami ye!
 



Tuesday, July 30, 2013

Balik Beraya Di Mana?

As Salam

Cepatnya masa berlalu
Sedar tak sedar kita dah di penghujung Ramadhan kan?
Dah rancang perjalanan balik kampung?
Tahun ni korang balik beraya di mana?

Mami macam biasa
Macam tahun tahun yang sudah
Tetap akan balik beraya di kedua dua belah pihak
Cuma akan buat sistem giliran untuk raya pertama akan beraya di kampung siapa
Tahun ni turn babah beraya raya pertama di kampung dia - Yong Peng, Johor
Raya ke tiga pagi pagi akan gerak pulang ke kampung mami - Chini, Pahang

Huhuhuhuhuhu
Agak sedih sedikit sebab raya ketiga baru dapat jumpa mak
Owh drama sangat kan?
Takpe lah mak kandung ke
Mak mertua ke
Sama je
Dua dua adalah mak jugak!

Tak kira lah macam mana pun
Dalam bab balik kampung ni mudah menimbulkan amarah kalau tidak berlaku keadilan di situ
Jadi mami ni seorang yang baik hati
Mami putuskan keputusan balik kampung ni dengan seadil adilnya

Malam 5hb balik Pahang kejap
Nak jugak rasa berpuasa dan berbuka dengan mak kat kampung
7hb gerak ke Johor untuk sambutan raya
10hb kembali ke Pahang untuk beraya dengan mak dan rumah barunya ^__^
13hb kembali ke home sweet home di Seri Kembangan

ADILKAN MAMI???


Kali ni rasanya kali pertama mami bercuti paling lama dalam sejarah
Bukan suka sangat nak cuti lama
Tapi sekolah Akeem tu tutup DUA MINGGU uols!
Adoiiiiii sesak napas memikirkan nak kena cuti 2 minggu
Bukanlah suka sangat nak pergi kerja punnnnn
Tapi mami sayangkan cuti mami yang hanya berbaki 16 hari tu
Huhuhuhu
Ingat nak simpan cuti untuk cuti cuti Malaysia hujung tahun ni ^__^
Jarang dapat peluang ronda ronda hujung tahun
Coz most of the time babah on stenby
Cuma kali ni nasib baik babah tak kena stenby

OK uols pulak macam mana?
Balik beraya di mana tahun ni???

Walau di mana pun kita menyambut syawal
Paling penting jaga keselamatan diri
Pandu dengan berhemah
Ingatlah orang orang tersayang ye semua!

Selamat Membuat Persiapan Raya dan Berhati hati Memandu ye Kawan Kawan! **gambar tiada kena mengena dengan suasana persiapan raya.

Tuesday, July 16, 2013

Khas Untuk Babah!

As Salam,

Awak...awak tahu tak arini ari apa...
Selasa..ye..ari selasa...
Itu maknanya dah 7 hari kita berpuasa...


Awak, saya janji
Tengok tapak tangan saya ni (sambil angkat ikrar)
Saya janji..
Saya janji akan masak yang sedap sedap untuk awak
Saya janji akan sentiasa kejut awak bangun sahur tanpa jemu
Saya janji akan cuba kurangkan PARAM tahun ni
Saya janji akan jadikan Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya

Awak, saya janji tau!

PANGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!

Tak payah bajet comel sangatlah
Janji, janji, janji
Janji kena tepati ohkeh
Bukan janji di capati 
Macam babah selalu tak tepati janji.... buwekkkkkkk :p

SAYA JANJI TAU AWAK..... (HAHAHAHA tapak tangan lebih besar dari muka!)


 

Thursday, July 4, 2013

Wish Me Luck!

As Salam

Banyak unexpected things berlaku lately
Uols wish me luck!
Wish luck untuk apa?
Nanti mami story ohkeh...