Friday, January 11, 2013

Baru nak Bernapas Lega

As Salam,

Penat rupanya bila jadi driver.
Ingatkan glamer hikhikhik..
Tahun 2013 ni harap menjadi titik mula untuk mami berubah.
Mami nak menjadi ibu yang lebih baik dan lebih rajin.
Tapi, bukan senangkan?

OK berbalik pada kisah driver tadi.
Sekarang setiap hari pagi2 babah akan hantar Akeem pergi sekolah.
Tengah hari, setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis mami akan ambil dia dari sekolah hantar ke rumah pengasuh kat tingkat 3 apartment yang TIDAK ada lif ye. Nak pitam rasanya bila time Akeem tak nak jalan sendiri terpaksa mami dokong!
Lepas hantar Akeem terus pecut semula balik ofis.
Memanglah ofis mami takde 'restriction' sangat nak keluar lunch berapa lama pun.. tapi bila ke hulu ke hilir dalam cuaca panas -- adoi basah ketiak dibuatnya!

Semalam dah 7 hari Akeem sekolah.
Alhamdulillah perkembangan Akeem sangat memberangsangkan.
Walaupun pagi2 masih nangis -- dan sangat susah nak pujuk untuk bangun, mandi dan masuk kereta.
Tapi sekurang kurangnya dia dah banyak sangat improve.
Hari ni teacher cakap dah mula nak nyanyi kat sekolah.
Leganya. Sukanya!

Tak tahu nak cerita macam mana gembiranya mami bila tengok dia happy je masa amik dari sekolah tadi. Thanks teachers for your endless effort!
TAPI, fuhhh baru nak bernapas lega... tetiba masalah lain pulak muncul!
Dia bersungguh sungguh nangis tak nak pergi rumah pengasuh.
Mami takde pilihan lain.
Kena tinggalkan juga dengan  pengasuh.
Kalau tinggalkan full day kat sekolah, masalah jugak sebab dia tak nak makan.
So macam mana ni???
Harap semua akan bertambah baik.




No comments:

Post a Comment