Wednesday, January 16, 2013

Dulu dan Sekarang

As Salam,

Dulu,
Mami tak bertudung
Zaman sekolah pakailah tudung
Tapi on and off
Pakai kat sekolah je
Lepas sekolah tudung pun terbang

Sekarang,
Alhamdulillah sejak bulan puasa tahun 2012 mami mula pakai tudung
Ada jugak students dan staffs yang tanya "miss are still fasting?"
Hahahaha  kelakar -- sebab kat tempat mami keje ni dah jadi 'budaya' muslim pakai tudung bulan puasa especially dari negara negara tertentu!

Dulu,
Masa mula mula pakai tudung
Mami sendiri pun meragui diri mami sendiri
"Mampu ke aku kekal pakai tudung ni?"
Alhamdulillah sampai sekarang mami masih mampu mengekalkan pakai tudung
Doakan mami selamanya begini ye!

Eh bila bertudung nampak muda 20 tahun plak kikikikik...

Memetik kata kata Ustaz Azhar Idrus

"Bertudunglah walaupun TERPAKSA,
Solatlah walaupun TERPAKSA,
Puasalah walaupun TERPAKSA"

Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya TERPAKSA

Dari keterpaksaan itu
Perlahan-perlahan kita akan menemukan hikmah
Dan akhirnya hati kita menjadi IKHLAS keranaNya.

2 comments:

  1. really ko mmg lagi nmpk muda bila berhijab.. fren, tolong doakan aku ikut jejak ko suatu hari nnti

    ReplyDelete
  2. memang nampak lagi cun bila berhijab, keep it up!

    ReplyDelete