Showing posts with label Suka Suka. Show all posts
Showing posts with label Suka Suka. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

Mood Dinasour Pulak

As Salam
Dulu suka jerung
Sekarang suka dinasour pulak
Puas dia paksa babah lukis
Mami memang awal2 surrender
Tak reti weiii....
Bila babah lukis
Memang tak ada gaya dinasour langsung
Memang mengamuk akeem tengok dinosaur tu tak sama dengan yang dia nak
Dia suruh lukis yang ni
Hahahaktuiiiiii
Memang tak reti la weiiii

Tuesday, December 17, 2013

THE BIG BAD WOLF | Book Fair Yang Sangat Berbaloi

As Salam

First time mami pergi crazy books fair macam ni
Memang sangat berbaloi
Pecinta novel mesti boleh pitam membeli
Maklumlah boleh beli novel semurah RM5 hengko!
Mami yang tak berapa suka novel pun terbeli 5 buah untuk anak sedara mami

Niat asal pergi BBW ni sebab nak cari buku "Happy Family" by Janey Fraser
Masuk2 je hall alamakkkkkk
Mabuk buku bila berhadapan dengan lautan buku buku
Tak tau nak mula dari mana
Puas melilau tak nampak pun buku Happy family tu
Takpelah jalan jalan cari buku Akeem dulu

Kawan mami yang suggest baca buku ni.. nanti mami cari lagi ye Yana
Mami pergi BBW ni Jumaat last week
Lepas maghrib terus gerak ke MINES makan dulu -- perut kena isi (^_^)
Semangat Akeem nak cari buku shark dia
Babah dan Akeem
Akeem dan mami -- kena menyorok kat belakang board "teknik kurangkan nampak besar" huhuhu



Humang aiiiiiii ramainya manusia
Siapa kata rakyat Malaysia tak suka membaca
Ni bukti kita rakyat Malaysia suka membaca
Penuh sesak dengan orang dan buku!
TAK NAMPAK RAMAI KAN??
"
"
"
"
HA... NI RAMAI TAK???


Mami tak pernah pergi crazy book fair macam ni
Big Bad Wolf ni laaaagilah tak pernah pergi
Memang tak percaya boleh beli buku buku dengan harga serendah RM5
Buku yang Akeem pegang tu RM6 je
Akeem dan Shark tak dapat dipisahkan.. harga from RM5 - RM8 -- sangat berbaloi!
Novel budak budak remaja pada harga RM5 saja... beli 5 buah untuk anak sedara
So dengan rakusnya mami beli 25 buah buku mostly untuk Akeem
Bayangkan 25 buah hanya pada harga RM153 SAHAJA


Tapi yang sangat sangat berbaloi bukan harga yang mami bayar
Paling berbaloi bila tengok Akeem rajin nak belek buku
Hari hari balik je sekolah terus nak suruh mami bacakan buku untuk dia
That's PRICELESS!



Friday, December 13, 2013

Akeem Yang Semakin Matang

As Salam

Walaupun sekolah cuti tapi Akeem tetap kena pergi 'sekolah'
Mami eh tak cuti
Mami eh kena kerja
Mami eh pun takde bibik
Makanya Akeem kena pergi 'sekolah'

Alhamdulillah
Dia memahami
Semalam masa mami nak pergi kerja
Akeem cakap
"mami work, babah work, Akeem and no crying"
TERIMA KASIH ANAK kerana faham sudah situasi mami dan babah

Mami bertambah lega bila dia dah tak nangis pergi sekolah
Sekarang hanya ada 7 orang budak budak yang di hantar ke sekolah
Maybe yang lain duduk kat kampung dengan nenek
Maybe yang lain ada bibik kat rumah
Dan mami semakin faham kenapa Akeem tak suka pergi sekolah sebelum ni
RUPANYA DIA TAK SUKA RAMAI SANGAT BUDAK BUDAK KAT SEKOLAH
Takpe mami bagi dia masa lagi untuk menyesuaikan diri dengan situasi itu

Kelmarin masa Akeem tengah baca buku shark
Takdelah baca sangat lebih kepada "tengok gambar aje"
Tetiba dia tanya "MANA BABY AKEEM?"
Eh mami macam baby apa? Baby shark???
Kamu jangan mintak macam macam dan bukan bukan ye sayang
Mami tak mampu (^_^)

***********************************************

Sempena cuti hari Rabu (11.12.13)
Fashion Show #Limkokwing @ Black Box, Publika

***********************************************
Bandingkan dulu bulan March dan sekarang bulan December.
Abam dah makin hensem kan????

Abam dah besar maklumlah masa pergi Publika March 2013 dulu asyik nak berdokong je. Sekarang dah bagus tak berdokong sudah.
Dulu March, 2013

Dulu, March 2013
Sekarang, December 2013



Makin hari makin besar kesayangan mami ni
Makin hari makin keletah
Makin panjang akal
Makin macam macam pintanya

Terima kasih Tuhan sebab kurniakan Akeem sebagai anak mami
Walaupun mami tak sempurna
Tapi demi dia mami akan cuba berusaha memperbaiki diri -- jadi yang terbaik!



Friday, September 13, 2013

TGIF | Yahooooo mari bercuti uols

As Salam

Tak sabar nak tunggu hujung minggu
Julung julung kali kami satu keluarga pergi bercuti sama sama
Bukan satu keluarga mami, babah dan akeem
Kali ni Satu keluarga besar
Atok | nenek | paklong | maklong | pakngah | makngah | kami | pakcik | makcik | pak usu | mak usu | sepupu sepapat akeem
SEMUA
KAMI SATU KELUARGA KAMISO
Nak pergi cuti ni
Bestttttt....
Jarang ada kesempatan berjalan satu keluarga besar macam ni

Budak budak dari minggu lepas dah excited
Akeem dari minggu lepas asyik rekues nak naik bot
Mak mak budak pun dah excited nak rest and relax
Iye ke boleh relax kalau bawak budak budak jalan?

Ke mana kami?
Dekat je
Pergi Pangkor je pun
Ni kali kedua mami, babah dan akeem ke Pangkor
kali ni mesti nak makan laksa nenek unggai
Mesti nak repeat balik makan lempeng kelapa
Mesti!
Haish makan je kerja kamu ni kan mami.... ^_^

Kali ni dah tak pening kepala nak main banana boat
Atuk nenek boleh tolong jagakan cucu cucus hehehe...

TGIF | Esok dah nak g Pangkor
Hope cuaca elok elok saja
Hope tak hujan
Hope semuanya berjalan lancar!

masa ni akeem umur dalam 2 tahun lebih kot kalau tak silap... baby lagi... ^_^

Wednesday, July 3, 2013

Entry Entah Hapa Hapa

As Salam

Mami ni sebenarnya banyak kerja
Tapi penyakit M dah datang
Makanya merapek entah hapa hapa entah

Semalam lah babah belek belek tepon mami
Tetiba kami terperasan benda kelakar ni - tak tahu lah korang rasa kelakar ke tak ^_^
Kan kat Note II (tak taulah tepon lain pun sama juga) kalau kita tangkap gambar akan keluar kotak kat muka untuk face tagging
Kotak tu akan recognise tu muka sapa

Contohnya;

Ni gambar Akeem, so kotak tu akan recognise itu adalah muka Akeem
Tapi kadang kadang face tagging tu tak berapa bijak juga ia akan salah tag
Contohnya;
Ini adalah muka Baby Arissa (anak adik jantanku) TAPI kotak tu recognise sebagai mami - ooooh mami sedar muka ku adalah baby face...
Tak salahkan face tagging tu sebab muka mami memang baby face
Tapi kan hehehe kesian kat babah
Ada ke patut dia recognise kabinet TV sebagai  muka babah!
Entah hapa hapa hentah
Kesian laki mami yang hensem tu di katakan kabinet TV!
Kuikuikuikui tak boleh blah betul

HAHAHAHAHAHA laki ku yang hensem itu adalah umpama KABINET TV aje!

Tuesday, June 25, 2013

Puasa Pun Belum Lagi Biskut Raya Dah Meninggi

As Salam

Wah bukan main bersemangat nak raya tahun ni
Akeem pun asyikkkkk lah tengok upin ipin edisi raya
Bila dia tengok baju melayu je dia cakap "Ni baju raya kan mami"?
Bestnya Akeem dah ada semangat nak raya
Tapi dia masih takut kat mercun
Macam mana nak main mercun raya ni nanti???
Takde mercun tak meriah lah kan.... (aksi ibu yang tidak boleh dicontohi)

Korang semua mesti dah tempah baju raya kan?
Mami ni bab bab baju sangat bersederhana
Tak pernah nak tempah bagai
Beli kain ela masa bertunang dulu pun tak tempah tempah lagi
Babah pun dah warning tak bagi beli kain ela lagi
Beli pun tak tempah nak buat apa beli kannnn????

Disebabkan semangat raya tu lebih sikit
Tahun ni mami memasang niat nak buat biskut raya
Resepi dah siap salin
Nanti dah jadi mami buat entry
Kalau jadi ek hehehehe

TAPI kan
Belum sempat mami nak test skill buat biskut raya
Tempahan cookies raya dan kuih raya berderet deret masuk
Alahaiiiii puasa pun belum lagi biskut raya dah meninggi kat depan mami ni
Apa lagi ngap ngap ngap, dap dap dap
Sedap betul makan tat nenas tu
Korang nak ker?
Ha boleh order dari opismate mami ye

Ni pulak sample yang mami dah ngap dua jenis. Nak Order boleh contact Pn Rohaya klik sini

Ni tat nenas yang hampir 10 bijik dah masuk dalam perut mami. Nak order boleh contact Cik Nadia klik sini

Ni kuih gunting Cik Nadia bagi untuk food sample... rasa jangan tak rasa... ni resepi rahasia dari MIL Nadia tau!
Nanti mami buat biskut raya mami korang kena order dari mami pulak ye
HAHAHAHAHA kalaulah mami berjaya buat biskut tahun ni
Mau terpengsan babah agaknya
Kagum sangat dia binik dia yang ayu ni berjaya buat biskut raya

Raya, raya jugak ek kawan kawan
Yang tak abis ganti puasa lagi tu cepat cepatlah ganti (hehehe kereks mami dah abis ganti)
Dah tak lama dah nak puasa
Harap mami dapat bertemu Ramadhan kali ini

cut and paste je ni


Monday, June 24, 2013

Kami di Wisma SHELL Cyberjaya

As Salam

Berpeluang meneroka wisma SHELL di Cyberjaya adalah satu pengalaman yang sangat mengujakan
**Wah ayatttt kan main hehehe tersampuk kah? Ini bukan mami yang menulis ni..

Sabtu 22 June 2013
Mami dan Akeem berpeluang masuk opis babah
Kalau tanpa jemputan jangan harap selain pekerja nak masuk bangunan tu
Pak guard dia strict gilessss
Tak bagi langsung orang luar masuk - bagus pak guard bekerjalah penuh dedikasi!

Ada yang tertanya tanya Akeem nak pergi mana pakai carseat bagai ni (selalunya Akeem jarang pakai car seat ye)
Akeem nak pergi opis babah je
Opis babah ni strict sikit
Kalau drive dalam kawasan opis kena pakai seatbelt dan kanak kanak mesti duduk dalam car seat
Jauh betul bezanya dengan opis mami
Heh kat opis mami korang nak drive macam bawak kereta F1 pun ohkeh!

Dulu susah betul nak suruh dia duduk dalam car seat, skrg dah OK maybe dia rasa syok kot macam orang besar sebab ada kerusi sendiri dan boleh nampak semua view

Kami kat wisma SHELL ni sempena SHELL Family Day
Ada beberapa acara mainly untuk anak anak lah
Akeem macam biasalah mula mula susah nak panas
Tak nak join acara yang ada
Itu mula mula lah..

Sebelum apa apa kena register dulu
 Lepas tu bermula acara
Mula mula berfikir jap.... "hee tak minat lah naik main ni"
Yeyyyy selepas mami paksa dia berjaya jugak masuk dan bermain - tapi jap je.. memang dia tak minat main kat dlm tu
Yang ni tak payah paksa dia main. Nampak je ball terus nak sepak sampai tak nak bagi orang lain sepak... moga moga satu hari nanti Akeem bola jadi Beckham ye dear!

Terus ke gawang gollllllll... terror anak mami ni main ball!
Apa lagi yang ada ek... hmmm ada puppet show, ada magic show, face painting
Fun jugaklah
Ramai budak budak yang terbahak bahak ketawa
Akeem je yang tak ketawa dia asyik tanya "nape mami?"
Hahahaha kesian anak mami tak paham lagi orang buat lawak

Akeem tak suka clown ni... so dia tak nak duduk dekat. Sib baik clown tu bagi jugak "sword" kat Akeem

Malew malew tengah tunggu uncle lukis karikatur Akeem. Bila dah siap hoh bukan main masam muka bergambar dengan karikatur sendiri hehehe... pemalu macam mami lah Akeem ni
 
Cak! Enjin sudah panas so dah mula main sampai tak nak berenti
 
Ada POOH... aduhaiiii mami dah menyorok belakang babah pun tetap nampak gagah.. tak sabar nak tunggu bulan puasa nak menjalankan projek D (huh harapan nak kurus tu tipis ye mami!)

DANNNNN ada juga hero kesayangan ramai... BOBOIBOY! Hahahaha Akeem muka malu malu kena himpit dengan Boboiboy
Hallamakkkk hero mami nangis pulak takut kat Boboiboy...
Yang bestnya ada makan makan
Tapi food kira OK OK je lah takde lah superb sangat (heh ada makan makan pun dah kira OK lah tu kan?)

Ini je (ini je???) yang mami makan... tak puas pulak rasanya.. heheehe

Wah terkagumnya tengok opis babah
Rasa oh sedih dan kerdilnya diri ini
Opis mami dengan opis babah ni macam langit dengan bumi
**Tak payah lah nak banding sangat mami buat sakit hati je nanti T__T

Best ada indoor garden ni Akeem terkagum jap sebab ada banyak batu dan kolam... dia memang obses dengan batu dan kolam sebab dia ingat kalau ada kolam mesti ada ikan... heh!


Apa yang best pasal opis babah?
Hmmm malas nak cerita panjang cer baca kat sini :: petikan artikel daripada Kosmo!Online

Ada opis tour tapi pukul 2.00 tapi tak sempat nak pergi sebab pukul 1.30 babah dapat duty call
Babah tengah stenby wiken ni
So sebab tak dapat pergi formal tour babah ajak naik tengok opis dia je lah
Best ada opis macam ni
Rasa macam tetiba bersemangat nak pergi kerja (kalaulah opis mami cantik macam ni)

Tengok di sebab kan suasana best Akeem pun tetiba ada mood nak keje
Apa apa pun kami semua seronok kat wisma SHELL hari ni
Walaupun nampak macam kedekut sikit (ahemmm yelah kannn ajak makan makan pun kat opis je)
Tapi yang paling best kami dapat spend masa sama sama
Wiken ni babah on stendby so jangan ada menaruh harapan lah nak pergi jenjalan jauh jauh

Eh dah lama kita tak tido rumah kecik ek babah?
Panas panas ni best jugak kalau pergi Cameron makan strawberry.... (menaruh harapan)

Thursday, June 20, 2013

Syiling Itu dan RM150

As Salam

Ini adalah sambungan dari kisah semalam >>> klik sini 

Kita hanya merancang Tuhan yang tentukan
Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari
Owh sedihnyaaaaaaaaa
Harapan untuk memiliki RM150 hasil daripada penukaran syiling dengan Encik Lee telah berkecai!

RM150 yang telah terlepas dari tanganku.... grrrrr sayang sungguh!!

Huhuhuhuhukkkkk
Kau kijam Encik Lee
"Apakah tidak sudi memberiku hadiah saguhati?"
Boleh lah ye bolehlaaaaa
"apakah kamu hengat ini adalah pertandingan? manyak cantik muka lu mau saguhati bagai"

Ini hasil perbualan wassap antara mami dengan Encik Lee

Mami wassap tanya syiling ni accepted tak?

Dia taknak! Dia nak yang bergigi yang mami jumpa tu yang berbelah... huh KECEWA!

Semalam petang dia ada wassap "harlo" katanya
Mami agak excited kot kot lah dia tukar fikiran nak jugak bagi saguhati
Dapat RM100 pun mami suka
TAPI tetiba dia tanya "where you fron?" HOH SPELL FROM pun typo!
Hah usah nak menggatal tanya dari mana ku datang
Arghhhhhh berambus
Tak kuasa lagi nak cari duit syiling tuh!

Maybe En Lee tu ingat mami ni gadis suweet 17 kot
Maklumlah bila guna wassap gambar profile kita orang boleh nampak kan??
Huh nak tukar profile picture terus!
Saya adalah ibu muda beranak satu yang masih hot oh yeahhhhh
Buwekkkkkkk! Silalah muntah uols....

Inilah wajah ibu muda beranak satu yang ramai orang ingat masih gadis simanis 17!!! ^__^