Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

Bazaar Ramadhan Batu Pahat

As Salam

Mami pernah janji nak kurangkan pergi bazaar Ramadhan 
Memang kurang sangat membeli belah kat bazaar Ramadhan tahun ni
Tapi ada satu bazaar Ramadhan yang memang mami tergoyah iman kat situ
Bazaar Ramadhan kat Batu Pahat ni memang irresistibly!
Bak kata orang memang tak mampu nak menahan godaan..
Juadah yang dijual kat Batu Pahat ni memang kelllas jah!
Apa yang spesel kat sini?

BANYAK!

Tapi yang paling paling utama adalah KAMBING MASAK MERAH (iye ke kambing masak merah... tatau lah dia masak apa tapi memang best gilerrrr!!!)

Perghhhh tgk je pun dah boleh menitik air liur *slurpppp
Selain kegilaan kami pada kambing masak merah tu
Kami jugak memang peminat tegar SUP GEARBOX KAMBING kat Batu Pahat ni
Best sangat!
TERBAEK
Kalau korang penggemar air khatira, kat Johor ni lah korang patut cari
Khatira hanya ori di Johor - JDT

Air Khatira ni berasal dari Johor (itu orang Johor yang kata)
Tapi ada jugak yang cakap air Khatira tu berasal dari Singapore
Tak kesahlah sapa yang buat dulukan??
Ada mami kesahh??

Orang kata air Kathira ni boleh sejukkan badan
Maklumlah banyak herba yang digunakan
Antara herba2 yang selalu ada dalam Khatira kembang semangkuk, getah anggur (Khatira), biji selasih, halwa, gula batu dan lain lain
 
TERBAEK!!!!
Ni asam pedas spesel
Memang khas menjual asam pedas sahaja
Close up asam pedas kepala ikan merah - 25 hengget seketul ye!
Ni ayam guling best
Masa beli tu rasa macam nak beli 2 ekor... dugaan bulan puasa T__T
Ni karipap gergasi
SR tu singkatan untuk "Spesel Rusa"
Ha hambek karipap inti rusa ye uols
Karipap ni memang besar, harga pun reasonable tapi rasa takdelah spesel sangat... biasa biasa je
Tak cukup tangan membeli belah juadah berbuka uols... teruk betul!

Akeem muka dah tak boleh blah.. berpeluh lencun habis rambut panjang k-pop dia hahaha
At last babah kena dokong jugak ini budak sebab dah penat sangat nak jalan.. huhuhu
Memang sungguh kepuasan membeli belah juadah berbuka kat sini
Banyakkkkkkk sangat pilihan
Itu baru buat satu pusingan tapi dah tak cukup tangan dah tu
Bersabar lah mami
Bertabahlah babah ^__^
Berniat dan menaruh harapan untuk buat repeat terjahan ke sini
Kambing tunggu mami ye!
 



Tuesday, July 16, 2013

Khas Untuk Babah!

As Salam,

Awak...awak tahu tak arini ari apa...
Selasa..ye..ari selasa...
Itu maknanya dah 7 hari kita berpuasa...


Awak, saya janji
Tengok tapak tangan saya ni (sambil angkat ikrar)
Saya janji..
Saya janji akan masak yang sedap sedap untuk awak
Saya janji akan sentiasa kejut awak bangun sahur tanpa jemu
Saya janji akan cuba kurangkan PARAM tahun ni
Saya janji akan jadikan Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya

Awak, saya janji tau!

PANGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!

Tak payah bajet comel sangatlah
Janji, janji, janji
Janji kena tepati ohkeh
Bukan janji di capati 
Macam babah selalu tak tepati janji.... buwekkkkkkk :p

SAYA JANJI TAU AWAK..... (HAHAHAHA tapak tangan lebih besar dari muka!)


 

Friday, July 12, 2013

MeeGoBa Meriah

As salam

Selamat berbuka untuk hari yang ke #3
Lepas berbuka ni gerak balik Johor
Semua dah pakat nak buka kat kampung minggu ni
Jadi sebabkan nak gerak jap lagi
Mami masak menu berbuka simple je
MeeGoBa meriah

Meriahkan?????
Jadiklah mami ni bukan terror memasak cam uols
Ini je yang termampu
Walaupun nampak tak best tapi best tau...
Bestkan babah
*babah angguk angguk kan kepala ^_^

Thursday, July 11, 2013

Sahur Kedua Yang Sadis

As Salam

tsk tsk tsk *menangis teresak esak
 
Sahur tadi bangun kul 5 pagi
Panaskan nasik lebih berbuka
Panaskan sayur lebih berbuka
Dan siap siap nak masak sambal telur
TUP TUP gas habissssss
Jadilah sahur kedua yang sadis
Makan telur rebus letak kicap je sebagai lauk
Itupun nasib telur dah rebus masa sebelum tidur tu
Kalau tidak bersahur dengan nasik  dan sayur bening je lah

 


Tau tak sayur bening tu apa?
Orang Jawa panggil sup sayur tu sayur bening
Campak campak je sayur dalam tu then rebus - siap sayur bening
Mami ni orang Pahang bukan orang Jawa
Yang jawa itu adalah encik Babah - babah Jawa tok tok tak tahu cakap Jawa sepatah haram pun!


Dah takde gas ni macam mana nak masak berbuka?
Hmmmmmmm
Baru je bersemangat nak menjauhi bazaar ramadhan

TAPI
Apakan daya
Kita hanya merancang
Dia yang menentukan
Jadi terpaksalah petang ni terjah PARAM...

Apa nak beli ek...
Hehehe rasa nak makan ayam percik, tepung pelita dan juga murtabaklah untuk berbuka petang nanti



Tepung pelita ni faveret babah

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Berpuasa Semua!

As Salam

Hari ni 1 Ramadhan
Puasa pertama
Mami berharap semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya
Malam tadi dah masak siap siap untuk sahur
Takut terbabas kesian babah tak bersahur nanti
Hehehe teringat lagi masa mula mula kawin dulu
Kesian kat Babah
Kadang kadang terpaksa makan roti (dah expired) dengan air kosong je
Kes binik dia tak biasa bangun sahur!

Babah
Mami janji akan cuba buat yang terbaik kali ni
Niat di hati nak kurangkan beli makanan kat bazaar Ramadhan
Nak masak juadah berbuka sendiri
Moga niat tulus ikhlas mami ni tertunai (ada tak hadiah henbeg raya untuk mami, babah?)

Haippp
Jangan gugel resepi juadah berbuka lagi
Nanti terliur!

Kawan kawan semua
Di kesempatan ini mami nak memohon maaf
Terlanjur kata
Terlajak perbuatan
Maaf dipinta seikhlas hati

Selamat menunaikan ibadah puasa
Semoga kita semua beroleh keberkatan di bulan yang sungguh mulia ini

taken from gugel

Friday, June 21, 2013

Yeayyyyy Hari Ni Last Ganti Puasa

As Salam,

Akhirnya berjaya jugak menguatkan semangat menghabiskan puasa ganti
Alhamdulillah tahun ni ada peningkatan
Berjaya habiskan ganti puasa 20 hari sebelum Ramadhan
Tahun lepas rasanya dah dekat nyawa nyawa ikan baru habis ganti puasa!
Teruk betul

Esok nak makan ketupat dan rendang lah
Semangat rasa macam nak sambut raya pulak
Suka sebab dah habis ganti puasa
Doakan mami tetap tabah untuk buat puasa sunat Isnin, Khamis ye
Nak kena berlatih sebelum Ramadhan tiba ^__^

Cessss macam budak umur 7 tahun je nak berlatih puasa pulak kekdahnya!

Pada kawan kawan yang tak habis lagi ganti puasa
Selamat berusaha
Chaiyokkk uols can do it!

 

Monday, May 20, 2013

Aktiviti WAJIB Bila Berpuasa

As Salam

Sekejap je dah Rejab kan
Tak lama lagi Ramadhan akan menyusul
Semoga kita semua di panjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini
Huhuhuhuhu tapi mami tak habis ganti puasa lagi
Makanya sekarang tengah pulun mengganti puasa
Kamon mami... tinggal lagi 4 hari nak ganti
You can do it!!!

Apa korang suka buat waktu berpuasa?
Masa suka buat ni --> browse gambar gambar makanan
Gulpppppp... slurrppppp hehehe (^__^)

Sedapnya sirap bandung soda... intai beberapa blog tadi nak cari resepi sirap bandung soda nih.... harus cuba nih!

Tak lengkap rasanya puasa kalau tak de si percik percik.. dari last week lagi nak makan ayam percik tapi masih tak tertunai... slurpppp mana nak cari ayam percik mcm PaRam (pasar ramadhan) ek??
 
Nak ikan bakar nih jugakkk.... huhuhu nafsu melampau hari ni macam macam nak... huhuhu

Terbayang keenakkan bubur cha cha ni... kalaulah duduk ngan mak mesti tak menghampakan cakap je nak makan apa mesti tup tup terhidang depan mata... oh ibu.... rindunya nak makan kuih, bubur yg mak selalu buatkan untuk kitorang masa kecik kecik dulu... ***bila nak balik pahang ek Babah?

OK baiiiiiii...
**nak sambung intai blog masakan lagi...


Monday, August 1, 2011

Sahur Pertama Yg Simple

Selamat Menjalani Ibadah Puasa semua. Maafla agak lambat nak wish.

Pagi ni sahur pertama utk puasa tahun ni.. Bersahur dgn keaadan teramat la simple - (ke mami malas masak?)

Kenapa sahur sangat simple? Puncanya....

Mami ngan babah makan "malam" kul doblas sebab tu perut kenyang lagi.. so makan je lah apa yg ada. Kesian babah cos mami ingat nak masak best2 sempena sahur pertama tahun ni, tp akeem banyak sangat songeh semalam - mami dh naik darah so mood nak masak pun potong!

Selamat Berpuasa semua! Bahagianya kalau duk ngan mak takyah pikir nak msk sahur huhuhu.. wish jadi kecik semula..

Sahur
Sahur hanya dengan secawan nestum

















BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop