Monday, January 14, 2013

Hadiah Untuk Akeem

As Salam,

Hari ni punyalah susah nak kejut Akeem bangun.
Dah pukul 7.40 pagi pun liat sangat nak bangun.
Terpaksalah mami dokong turun ke bawah dan umpan ngan otomen supaya bangun mandi.
Liat sungguh nak mandi -- perangai siapalah dia ikut nih...(maklumlah mak bapak dua dua zodiac Capricorn!)
Mami tahu 'keliatan' Akeem nak bangun dan mandi bukan sebab genetik tapi sebab Sabtu dan Ahad cuti dan bangun lambat, so Isnin kompem liat nak bangun!

Hari Jumaat minggu lepas dia dah makin improve kat sekolah.
Dah mula nak menyanyi dan makan kat kindy.
Mami sangat lega.
So, sebagai ganjaran mami ngan babah bawak dia pergi beli basikal baru!

Tadaa... mami tak sabar nak ajak dia buat kayuhan pertama kat taman :)
Untuk bagi dia lebih bersemangat nak pergi sekolah mami beli juga otomen untuk dia...
Otomen dan pedang... walaupun pedang tu RM10 je tapi itulah yang dia paling sayang (setakat semalam)

Dan benda alah ini juga... (babah yang nak main sebenarnya)
Harap lepas ni dia semakin bersemangat nak pergi sekolah. Amin.

4 comments:

  1. banyak nya umpanan akeem... paling best yg last tu.. aku tau kudin yg nak sangat benda tu kan..

    ReplyDelete
  2. babah nak main tu? biar betul wkakakakakkakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kat Elly... dah try naik kat rumah Pak Omar ritu..

      Delete
  3. Hahaha tiap petang Sue Kudin naik menda alah tu... umpanan yg murah2 je... dia bukan kira mahal ke murah ke...

    ReplyDelete