Wednesday, January 9, 2013

Susahnya Nak Pujuk Pergi Skool!

As Salam,

Hari pertama Akeem bersekolah tidak memberangsangkan.
Dan sudah pasti hari kedua dan ketiga susah nak pujuk dia pergi sekolah.
Pagi2 dah protest tak nak mandi.

Pagi2 dah merayu tak nak pergi sekolah....

Hari kedua mami terpaksa tukar profession jadi cikgu kindy sekejap... kalau mami ada dia OK pulak... siap main lari2 dan berlagak macam hero.
Macam2 tektik dan teknik dah guna supaya dia suka pergi sekolah.
Bila kita cakap "school bestkan?"
Dia jawap "school tak best!"
Bila kita kata "kawan kan ramai kat school.."
Dia kata "Akeem tak nak kawan.." 
Mami dan babah dah rasuah belikan menan, belikan joran (dia suka pancing ikan), mandi kolam etc
Tapi semua tu tetap gagal utk jadikan dia excited pergi sekolah.

Pernah jugak mami tanya dia kenapa tak suka pergi sekolah.
Jawapannya tak suka ramai orang dan takut 'dia' (refer pada kawan2 dia) nangis...
So, mami buat kesimpulan penyakit tak nak sekolah Akeem ni tak kronik sangat.
Just the matter of time.
Lama lama nanti OK lah dia tu.
Maybe syndrom manja terlampau je nih.
Cuma hope Brainy Bunch tingkatkan usaha menaik taraf facilities yang sedia ada.

Setakat hari ke 3 inilah satu satunya permainan yg ada. Boleh dikatakan sangattttttt tidak menepati ciri ciri keselamatan. Longkang pun takde drainage cover. Sabar jelah!




No comments:

Post a Comment