Tuesday, December 31, 2013

BYE BYE 2013 | WELCOME 2014

As Salam

Sekejap je masa berlalu
Pejam celik celik celik dah nak habis tahun 2013
Hari ni hari terakhir kita di tahun 2013
Moga 2014 membawa lebih besar erti buat kami sekeluarga
Amin
Suka duka sepanjang 2013
Macam macam
Yang paling mami tak tahan
Bila mengenang tang drama Akeem ke sekolah
Semoga 2014 kuranglah sikit drama
Sepanjang 2013 hoiiiiiiiiii banyak bulan juga Akeem menangis tak nak sekolah
Cerita kat sini, sini, sini, sini, sini dan sini
Banyak lagi sebenarnya.. klik je label "sekolah" macam2 drama kat situ
2013 juga sukan pertama Akeem
2013 juga Akeem pergi first field trip
2013 juga Akeem first konvo -- walaupun langsung tak naik pentas!
Aiseh

Rasanya tahun 2013 ni paling banyak jalan jalan ngan both families
Langkawi
Bukit Tinggi
Pangkor
Morib Gold Coast
Bukit Gambang Resort City, Water Theme Park
Tepek gambar ni je lah sebab ni percutian terakhir tahun 2013
Tahun 2014 plan nak bawak mak pergi Bandung
Then nak pergi KK sebab nak melawat kakak ipar yang baru kena transfer
Nak ulangi makan tomyam kung yang sedapa kat Krabi
And, manalah tahu kalau ada lebih budget ingat nak pergi bawa Akeem tengok ikan jauh sikit
#angan2014

Tahun 2013 juga adalah tahun airmata buat mami
Sikit sikit sentap
Sikit sikit jadi primadona air mata
Sikit sikit emo
Faktor usia kot
Moga tahun 2014 terus tabah mengharungi cabaran

Kali ni mami malas nak cakap pasal azam nak kurus lagi
Tak payahlah sebuk kalau mami ni besar macam peti ais pun
Mami bahagia je (bahagialah sangat) huhuhuhuhu
Biarlah kurus tu datang dengan sendirinya (boleh gitu??)
Tak kurus takpe janji sihat

Pendek kata
Mami mohon yang baik baik saja untuk 2014
2013 was history

HAPPY NEW YEAR SEMUA!!


Monday, December 30, 2013

Settlekan Hal Sekolah Akeem

As Salam

Lepas buat pertimbangan dan perbincangan ngan babah
Kami decided untuk tahun ni Akeem stay lah dulu kat BBIM
Hope 'mereka' getting much better
Tahun depan baru tukar sekolah lain
Lagipun bukan nak suruh Akeem terus jadi genius
Setakat nak biarkan dia biasakan diri dengan suasana sekolah

Esok mami nak settlekan hal sekolah dia
Takdelah settle apa sangat just nak pergi bayar fees je *lap peluh!

Annual fees = RM1060
Little scientist = RM200
Event = RM350
Parent's  Conference = RM70 (boleh tak kalau tak nak bayar yg ni?)
Uniform = RM50 (beli sepasang sudah yang tahun lepas pun muat lagi)
Monthly fees = RM600 (naik RM20 T_T)

TOTAL = RM2,330 -- sekali lagi lap peluh!

Takpelah demimu anak
Duit
Mami dengan babah boleh cari lagi selagi termampu
Yang penting kamu gembira dan mendapat yang terbaik
Itu je yang mampu mami dan babah buat buat masa ni

Akeem must be happy tau at school!



Monday, December 23, 2013

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke 7 Babah

As Salam

Demi Allah dia memang terlalu sempurna buatku
Pintaku
Harapku
Agar diriku yang kurang sempurna ini mampu memberi bahagia buat dia

Ya Allah
Izinkan aku menjadi surinya di dunia ini
Izinkan jua aku menjadi bidadarinya di alam sana

Babah
Happy 7th Anniversary!
23 Dec 2006 -- 23 Dec 2013

Dia kekasihku dunia akhirat!

Wednesday, December 18, 2013

Salam Perpisahan

As Salam

Huhuhuhuhu
Sedih lah
Bulan December ni je 4 orang rakan seofis meninggalkan kami
Takpelah mereka pergi for a brighter future
The grass might be greener out there
Perpisahan kali ni memang sangat terasa buat mami
Bukan apa persahabatan yang terjalin antara kami is genuine 
TULUS, IKHLAS, SUCI, MURNI

Paling sedih bila salah seorang dari mereka mereka itu
Mami anggap macam adik mami
Umur pun sebaya my adik jantan
Marni mesti hengko akan rindukan kami
Kami adalah kekanda mu yang gojes dan sporting tau!

Sunyi la meja depan mami nanti
Tiada lagi suara beliau yang lantang itu
Tiada lagi pipi bulat mu menjadi tatapanku
Nanti kami dah takde topik nak gosip pasal kemantapan ____ mu itu
Kemantapan apa?
Biarlah rahsia.... hehehe hanya kita kita yang tahu (^_^)

Bila lah pulak masanya mami akan mengucapkan salam perpisahan
Heeeeeeeeeeeeeeeee
Mami sudah tepu!

Gambar gambar sekitar farewell party -- ikhlas dr sumber2 FB opismate
******************************************************************

Maafkan kami kerana tiada hadiah mahal yang dapat diberikan
Tapi kami menghargai saat kita bersama sama kat sini

Tengok Kak Lai pun dah mula nangis
Saat mengharukan -- sebak kan nak tinggalkan kami?


Hey sebenarnya GEMBIRA lah nak tinggalkan korang penat tau layan peel korang ni HAHAHAHA... ok baiiiii

 

Ahhhh what ever lah Marni
Kami love you
Mami love you
Till we meet again
Muahhhh!

Tuesday, December 17, 2013

THE BIG BAD WOLF | Book Fair Yang Sangat Berbaloi

As Salam

First time mami pergi crazy books fair macam ni
Memang sangat berbaloi
Pecinta novel mesti boleh pitam membeli
Maklumlah boleh beli novel semurah RM5 hengko!
Mami yang tak berapa suka novel pun terbeli 5 buah untuk anak sedara mami

Niat asal pergi BBW ni sebab nak cari buku "Happy Family" by Janey Fraser
Masuk2 je hall alamakkkkkk
Mabuk buku bila berhadapan dengan lautan buku buku
Tak tau nak mula dari mana
Puas melilau tak nampak pun buku Happy family tu
Takpelah jalan jalan cari buku Akeem dulu

Kawan mami yang suggest baca buku ni.. nanti mami cari lagi ye Yana
Mami pergi BBW ni Jumaat last week
Lepas maghrib terus gerak ke MINES makan dulu -- perut kena isi (^_^)
Semangat Akeem nak cari buku shark dia
Babah dan Akeem
Akeem dan mami -- kena menyorok kat belakang board "teknik kurangkan nampak besar" huhuhu



Humang aiiiiiii ramainya manusia
Siapa kata rakyat Malaysia tak suka membaca
Ni bukti kita rakyat Malaysia suka membaca
Penuh sesak dengan orang dan buku!
TAK NAMPAK RAMAI KAN??
"
"
"
"
HA... NI RAMAI TAK???


Mami tak pernah pergi crazy book fair macam ni
Big Bad Wolf ni laaaagilah tak pernah pergi
Memang tak percaya boleh beli buku buku dengan harga serendah RM5
Buku yang Akeem pegang tu RM6 je
Akeem dan Shark tak dapat dipisahkan.. harga from RM5 - RM8 -- sangat berbaloi!
Novel budak budak remaja pada harga RM5 saja... beli 5 buah untuk anak sedara
So dengan rakusnya mami beli 25 buah buku mostly untuk Akeem
Bayangkan 25 buah hanya pada harga RM153 SAHAJA


Tapi yang sangat sangat berbaloi bukan harga yang mami bayar
Paling berbaloi bila tengok Akeem rajin nak belek buku
Hari hari balik je sekolah terus nak suruh mami bacakan buku untuk dia
That's PRICELESS!



Friday, December 13, 2013

Akeem Yang Semakin Matang

As Salam

Walaupun sekolah cuti tapi Akeem tetap kena pergi 'sekolah'
Mami eh tak cuti
Mami eh kena kerja
Mami eh pun takde bibik
Makanya Akeem kena pergi 'sekolah'

Alhamdulillah
Dia memahami
Semalam masa mami nak pergi kerja
Akeem cakap
"mami work, babah work, Akeem and no crying"
TERIMA KASIH ANAK kerana faham sudah situasi mami dan babah

Mami bertambah lega bila dia dah tak nangis pergi sekolah
Sekarang hanya ada 7 orang budak budak yang di hantar ke sekolah
Maybe yang lain duduk kat kampung dengan nenek
Maybe yang lain ada bibik kat rumah
Dan mami semakin faham kenapa Akeem tak suka pergi sekolah sebelum ni
RUPANYA DIA TAK SUKA RAMAI SANGAT BUDAK BUDAK KAT SEKOLAH
Takpe mami bagi dia masa lagi untuk menyesuaikan diri dengan situasi itu

Kelmarin masa Akeem tengah baca buku shark
Takdelah baca sangat lebih kepada "tengok gambar aje"
Tetiba dia tanya "MANA BABY AKEEM?"
Eh mami macam baby apa? Baby shark???
Kamu jangan mintak macam macam dan bukan bukan ye sayang
Mami tak mampu (^_^)

***********************************************

Sempena cuti hari Rabu (11.12.13)
Fashion Show #Limkokwing @ Black Box, Publika

***********************************************
Bandingkan dulu bulan March dan sekarang bulan December.
Abam dah makin hensem kan????

Abam dah besar maklumlah masa pergi Publika March 2013 dulu asyik nak berdokong je. Sekarang dah bagus tak berdokong sudah.
Dulu March, 2013

Dulu, March 2013
Sekarang, December 2013



Makin hari makin besar kesayangan mami ni
Makin hari makin keletah
Makin panjang akal
Makin macam macam pintanya

Terima kasih Tuhan sebab kurniakan Akeem sebagai anak mami
Walaupun mami tak sempurna
Tapi demi dia mami akan cuba berusaha memperbaiki diri -- jadi yang terbaik!



Wednesday, December 11, 2013

Manfaatkan Waktu Cuti | Football is His Passion!

As Salam

Hari ni 11.12.13
Selangor cuti sempena keputeraan Sultan Selangor
Babah on standby so boleh nak ke mana mana
Mami tak kisah yang penting mami cuti

Jadi sempena cuti nan sehari ni
Manfaatkan lah sebaik mungkin
Inilah masanya nak main main dengan hero bujang mami ni
Hero bujang ni memang sangat passionate about football
Masa mami tengah type entry ni pun dia masih berhuha huha lagi kat luar main bola
Sebelum pergi sarapan dah siap berposing dengan ball dia... konon terus nak ke taman
Babah janji tadi lepas sarapan nak terus main bola kat taman
On the way nak pergi mamak babah kena call pulak -- potong betul!
So plan nak main kat taman cancel le pulok
Tapau food -- makan kat rumah -- lepak tengok kartun je laaa
Babah work mami tak mampu nak teman dia main bola
Eeeeee tak larat!

Tak dapat main kat taman main kat garaj kereta pun jadilah
Kesian Akeem takde tempat nak main bola
Laman pun sekangkang kera
 
 

 
 
Football is his passion
Moga satu hari nanti dia berjaya jadi pemain bola sepak yang disegani
Proud of my little David Beckham

 

Patutlah Akeem hebat sebab babahnya pun tak kurang hebatnya ^_^

Monday, December 9, 2013

Maafkan Mami! | Mami Cuai Akeem Yang Menderita

As Salam

Jumaat mami halfday sebab sekolah (daycare Akeem tutup)
Pagi dia duduk ngan babah jap
Tengah ari babah ada meeting so mami balik
Kesian pulak tajkde orang jaga dia

Tengah hari tu panaskan ikan tongkol kicap semalam
So bagi Akeem makan ikan tongkol tu lah
Mami yang carik carik kan isi ikan
dah picit picit dah
Babah tanya "tengok elok2 nanti ada tulang"
Mami cakap " dahhhh dah picit picit dah tadi"
So babah bagi Akeem makan
Babah yang suap pakai sudu

Tetiba
Sakit lahhhhh
Eh tak kanlah, tadi mami dah pastikan takde tulang
Sakit lahhhhh mami
Akeem mula menangis - SAH NI BUKAN MAIN MAIN
Mula muntah - MAMI RASA BERSALAH
Muntah lagi
Suruh dia bukak mulut
Ya Allah nampak tulang tercucuk kat tekak dia (sebelah tonsil dan dekat anak tekak)

Lepas muntah berkali kali pastu nampak ada keluar darah sikit
Terus kami bersiap nak bawak dia pergi klinik
Mulanya babah nak keluarkan sendiri
Mami tak yakin
Takut nanti makin teruk luka ke apa ke tekak dia
Baik bawak pada yang pakar

Babah mulanya nak bawak pergi klinik biasa je
Tapi doktor tu cakap baik bawak pergi hospital
Mereka ada alat yang sesuai
Terus pecut pergi Columbia, Puchong
Dalam kereta pun muntah beberapa kali
Aduh rasa nak terbang je masa ni!

Sampai register kat emergency terus refer kat pakar ENT
Sementara tunggu doktor terpaksa bagi Ipad
Nak kasi dia leka sikit
Nak kasi dia lupakan sakit kejap

Muka tak ceria walaupun ada Ipad
Mami pun tak ceria sebab rasa sangat bersalah -- pucat lesi tanpa lipstick!
Aaaaaa bukak mulut... dah nampak tulang tu.. tapi tak nak cooperate

Muka malu malu sebab mami cakap dia comeyyyy (apada!) Terpaksa bungkus sebab meronta ronta bila doktor nak masukkan alat nak tarik tulang tu



Walaupun babah cukup gagah
Tapi tak cukup kuat nak pegang Akeem
Kalau mami yang pegang mesti dah lama terbalik kot ^_^
Terpaksa tambah 4 orang nurse utk pegang baru boleh duduk diam

Peratikan betul2 ada segaris warna putih kat dasar botol tu -- itu ler tulang yang tercucuk kat tekak Akeem -- plus minus sepanjang 1.5cm!
Maafkan mami!
Mami cuai mami leka mami tak sengaja
Mami yang bersalah
Akeem yang menderita

ALHAMDULILLAH
Berjaya dikeluarkan tanpa masalah lain
Tekak pun OK tak luka
Sementara tunggu GL lepak lepak makan kat cafe dulu
Total cost perubatan RM172 (thanks to MiCares kami tak payah bayar apa apa!)

Eeeeee cubit kang!











Friday, December 6, 2013

Banjir 2013 | #Pray4Kuantan

As Salam

Allahu Akbar!!!!
Setiap tahun negeri negeri Pantai Timur tak pernah miss kena banjir
Tapi tak pernah lah ada orang yang rapat dan mami kenali terlibat sama
Kali ni sebak dan terharu lain macam

Risau kat adik ipar mami yang terkandas kat Sungai Isap, Kuantan
Bertambah risau bila terkenangkan anak buah yang masih kecik tu
Kesian Icha terpaksa bergelap dan takde air
Diorang tak pindah kat tempat pemindahan mangsa banjir
Kalau pindah lagi sedih tengok keadaan kat tempat pemindahan
Ramai yang update kat facebook kata bekalan makanan tak mencukupi
Ya Allah tabahkanlah mereka mereka yang terlibat dalam banjir kali ni

Kami risaukan budak kecik yang comel ni... rasanya Tok Kinah tah berapa kali menangis sudah (kerisauan)

Hujan mula turun pada 2 Disember
Adik ipar kat Sungai Isap update situasi mereka melalui wassap
Air mula naik tapi still OK lagi

Air dah mula naik
Mereka bersiap sedia kemas barang barang penting naik tingkat atas
Dalam pukul 10 lebih gitu air dah mula masuk dalam ruang tamu




Gambar kat bawah tu adalah kolej lama mami
Dulu pernah bekerja kat sini
Rasa sayu tengok bangunan kolej dinaiki air
Tabahlah semua menghadapi ujian ini 
Dia sayangkan hambaNya yang diuji

Sumber dari: facebook (tak ingat siapa)
Ni pun amik dari facebook page Kuantan... sedihnya tengok kereta kerata yang hanya tinggal bumbung kat Terminal Sentral, Kuantan.
Abah dengan mak mami ada kat Muadzam Shah (rumah kakak) sejak hari Khamis
So bila hujan mula turun hari Jumaat tanpa henti
Diorang dah kalut nak balik Chini
Tapi apakan daya jalan menghubungkan Kuantan - Segamat terputus sebab jambatan runtuh
Tak dapat lah mak dan abah balik rumah
Mesti diorang tak senang duduk tu

Berkeras jugak abah ajak anak buah pergi tinjau kawasan runtuhan... jambatan in the process nak buat
Abah mami (atok) sedang menemuramah mangsa yang terkandas juga... tak sabar sungguh nak balik rumah dia!

Inilah mangsa yang diajak meninjau kawasan kejadian heheh ^_^

Ni gambar jalan bypass Kuantan
TokAki (ayah adik ipar) dah hantar kereta diorang kat sini
Hope segalanya baik seperti sediakala

Ni kawasan belakang rumah adik ipar mami
Kawasan ni agak rendah dan berhampiran paya
Sayu hati tengok rumah nampak bumbung je
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
Bersabarlah kawan kawan semua
 

Sumber daripada facebook: ni katanya area Sungai Isap
Hari kedua banjir keadaan semakin gawat bila bekalan letrik terputus
Bertambah risau sebab tak dapat hubungi diorang
Ramai yang sudah kehabisan bateri telefon tak boleh nak caj takde letrik
Kami berserah segalanya padaMu Ya Allah!
#Pray4Kuantan

Lega sangat bila malam tadi dapat update diorang dah pindah ke Bukit Istana
Fuhhhhhhhhhh lega sangat bila diorang dah ada letrik
Alhamdulillah sikecik Icha ni dapat tidur lena dalam ekon



Ni update terkini as for today, 6 Dec
Alhamdulillah semalam mentari sudah bersinar di Kuantan
Air dikebanyakan kawasan dan surut sikit





Harap harap semua mangsa banjir boleh pulang semula ke rumah masing masing secepat mungkin. Harap tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Semoga dipermudahkan segalanya buat mereka. Hati hati mungkin banyak encik "U" yang berkeliaran, mungkin juga ada encik "B" yang tersesat dari sungai. Mohon semua lebih berhati hati. 

TAPI KALAU JUMPA DUGONG JANGAN LARI YE!