Jumaat mami halfday sebab sekolah (daycare Akeem tutup)
Pagi dia duduk ngan babah jap
Tengah ari babah ada meeting so mami balik
Kesian pulak tajkde orang jaga dia
Tengah hari tu panaskan ikan tongkol kicap semalam
So bagi Akeem makan ikan tongkol tu lah
Mami yang carik carik kan isi ikan
dah picit picit dah
Babah tanya "tengok elok2 nanti ada tulang"
Mami cakap " dahhhh dah picit picit dah tadi"
So babah bagi Akeem makan
Babah yang suap pakai sudu
Tetiba
Sakit lahhhhh
Eh tak kanlah, tadi mami dah pastikan takde tulang
Sakit lahhhhh mami
Akeem mula menangis - SAH NI BUKAN MAIN MAIN
Mula muntah - MAMI RASA BERSALAH
Muntah lagi
Suruh dia bukak mulut
Ya Allah nampak tulang tercucuk kat tekak dia (sebelah tonsil dan dekat anak tekak)
Lepas muntah berkali kali pastu nampak ada keluar darah sikit
Terus kami bersiap nak bawak dia pergi klinik
Mulanya babah nak keluarkan sendiri
Mami tak yakin
Takut nanti makin teruk luka ke apa ke tekak dia
Baik bawak pada yang pakar
Babah mulanya nak bawak pergi klinik biasa je
Tapi doktor tu cakap baik bawak pergi hospital
Mereka ada alat yang sesuai
Terus pecut pergi Columbia, Puchong
Dalam kereta pun muntah beberapa kali
Aduh rasa nak terbang je masa ni!
Sampai register kat emergency terus refer kat pakar ENT
Sementara tunggu doktor terpaksa bagi Ipad
Nak kasi dia leka sikit
Nak kasi dia lupakan sakit kejap
Muka tak ceria walaupun ada Ipad |
Mami pun tak ceria sebab rasa sangat bersalah -- pucat lesi tanpa lipstick! |
Aaaaaa bukak mulut... dah nampak tulang tu.. tapi tak nak cooperate |
Muka malu malu sebab mami cakap dia comeyyyy (apada!) Terpaksa bungkus sebab meronta ronta bila doktor nak masukkan alat nak tarik tulang tu |
Tapi tak cukup kuat nak pegang Akeem
Kalau mami yang pegang mesti dah lama terbalik kot ^_^
Terpaksa tambah 4 orang nurse utk pegang baru boleh duduk diam
Peratikan betul2 ada segaris warna putih kat dasar botol tu -- itu ler tulang yang tercucuk kat tekak Akeem -- plus minus sepanjang 1.5cm! |
Mami cuai mami leka mami tak sengaja
Mami yang bersalah
Akeem yang menderita
ALHAMDULILLAH
Berjaya dikeluarkan tanpa masalah lain
Tekak pun OK tak luka
Sementara tunggu GL lepak lepak makan kat cafe dulu
Total cost perubatan RM172 (thanks to MiCares kami tak payah bayar apa apa!) Eeeeee cubit kang! |
oiii pjg nya tulang si tongkol tu... aduhh mummy.. yg ini akeem kena mintak bawak gi ostolia ni..
ReplyDeletemau nya tak cuak.. kemain ramai nurse tolong.. tp yg sorang tu mcm adira :)