Tuesday, December 17, 2013

THE BIG BAD WOLF | Book Fair Yang Sangat Berbaloi

As Salam

First time mami pergi crazy books fair macam ni
Memang sangat berbaloi
Pecinta novel mesti boleh pitam membeli
Maklumlah boleh beli novel semurah RM5 hengko!
Mami yang tak berapa suka novel pun terbeli 5 buah untuk anak sedara mami

Niat asal pergi BBW ni sebab nak cari buku "Happy Family" by Janey Fraser
Masuk2 je hall alamakkkkkk
Mabuk buku bila berhadapan dengan lautan buku buku
Tak tau nak mula dari mana
Puas melilau tak nampak pun buku Happy family tu
Takpelah jalan jalan cari buku Akeem dulu

Kawan mami yang suggest baca buku ni.. nanti mami cari lagi ye Yana
Mami pergi BBW ni Jumaat last week
Lepas maghrib terus gerak ke MINES makan dulu -- perut kena isi (^_^)
Semangat Akeem nak cari buku shark dia
Babah dan Akeem
Akeem dan mami -- kena menyorok kat belakang board "teknik kurangkan nampak besar" huhuhu



Humang aiiiiiii ramainya manusia
Siapa kata rakyat Malaysia tak suka membaca
Ni bukti kita rakyat Malaysia suka membaca
Penuh sesak dengan orang dan buku!
TAK NAMPAK RAMAI KAN??
"
"
"
"
HA... NI RAMAI TAK???


Mami tak pernah pergi crazy book fair macam ni
Big Bad Wolf ni laaaagilah tak pernah pergi
Memang tak percaya boleh beli buku buku dengan harga serendah RM5
Buku yang Akeem pegang tu RM6 je
Akeem dan Shark tak dapat dipisahkan.. harga from RM5 - RM8 -- sangat berbaloi!
Novel budak budak remaja pada harga RM5 saja... beli 5 buah untuk anak sedara
So dengan rakusnya mami beli 25 buah buku mostly untuk Akeem
Bayangkan 25 buah hanya pada harga RM153 SAHAJA


Tapi yang sangat sangat berbaloi bukan harga yang mami bayar
Paling berbaloi bila tengok Akeem rajin nak belek buku
Hari hari balik je sekolah terus nak suruh mami bacakan buku untuk dia
That's PRICELESS!



No comments:

Post a Comment