Friday, December 6, 2013

Banjir 2013 | #Pray4Kuantan

As Salam

Allahu Akbar!!!!
Setiap tahun negeri negeri Pantai Timur tak pernah miss kena banjir
Tapi tak pernah lah ada orang yang rapat dan mami kenali terlibat sama
Kali ni sebak dan terharu lain macam

Risau kat adik ipar mami yang terkandas kat Sungai Isap, Kuantan
Bertambah risau bila terkenangkan anak buah yang masih kecik tu
Kesian Icha terpaksa bergelap dan takde air
Diorang tak pindah kat tempat pemindahan mangsa banjir
Kalau pindah lagi sedih tengok keadaan kat tempat pemindahan
Ramai yang update kat facebook kata bekalan makanan tak mencukupi
Ya Allah tabahkanlah mereka mereka yang terlibat dalam banjir kali ni

Kami risaukan budak kecik yang comel ni... rasanya Tok Kinah tah berapa kali menangis sudah (kerisauan)

Hujan mula turun pada 2 Disember
Adik ipar kat Sungai Isap update situasi mereka melalui wassap
Air mula naik tapi still OK lagi

Air dah mula naik
Mereka bersiap sedia kemas barang barang penting naik tingkat atas
Dalam pukul 10 lebih gitu air dah mula masuk dalam ruang tamu




Gambar kat bawah tu adalah kolej lama mami
Dulu pernah bekerja kat sini
Rasa sayu tengok bangunan kolej dinaiki air
Tabahlah semua menghadapi ujian ini 
Dia sayangkan hambaNya yang diuji

Sumber dari: facebook (tak ingat siapa)
Ni pun amik dari facebook page Kuantan... sedihnya tengok kereta kerata yang hanya tinggal bumbung kat Terminal Sentral, Kuantan.
Abah dengan mak mami ada kat Muadzam Shah (rumah kakak) sejak hari Khamis
So bila hujan mula turun hari Jumaat tanpa henti
Diorang dah kalut nak balik Chini
Tapi apakan daya jalan menghubungkan Kuantan - Segamat terputus sebab jambatan runtuh
Tak dapat lah mak dan abah balik rumah
Mesti diorang tak senang duduk tu

Berkeras jugak abah ajak anak buah pergi tinjau kawasan runtuhan... jambatan in the process nak buat
Abah mami (atok) sedang menemuramah mangsa yang terkandas juga... tak sabar sungguh nak balik rumah dia!

Inilah mangsa yang diajak meninjau kawasan kejadian heheh ^_^

Ni gambar jalan bypass Kuantan
TokAki (ayah adik ipar) dah hantar kereta diorang kat sini
Hope segalanya baik seperti sediakala

Ni kawasan belakang rumah adik ipar mami
Kawasan ni agak rendah dan berhampiran paya
Sayu hati tengok rumah nampak bumbung je
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
Bersabarlah kawan kawan semua
 

Sumber daripada facebook: ni katanya area Sungai Isap
Hari kedua banjir keadaan semakin gawat bila bekalan letrik terputus
Bertambah risau sebab tak dapat hubungi diorang
Ramai yang sudah kehabisan bateri telefon tak boleh nak caj takde letrik
Kami berserah segalanya padaMu Ya Allah!
#Pray4Kuantan

Lega sangat bila malam tadi dapat update diorang dah pindah ke Bukit Istana
Fuhhhhhhhhhh lega sangat bila diorang dah ada letrik
Alhamdulillah sikecik Icha ni dapat tidur lena dalam ekon



Ni update terkini as for today, 6 Dec
Alhamdulillah semalam mentari sudah bersinar di Kuantan
Air dikebanyakan kawasan dan surut sikit





Harap harap semua mangsa banjir boleh pulang semula ke rumah masing masing secepat mungkin. Harap tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Semoga dipermudahkan segalanya buat mereka. Hati hati mungkin banyak encik "U" yang berkeliaran, mungkin juga ada encik "B" yang tersesat dari sungai. Mohon semua lebih berhati hati. 

TAPI KALAU JUMPA DUGONG JANGAN LARI YE!

 

1 comment: