Thursday, November 28, 2013

Konvo Pertama Akeem @ PICC

As Salam

Orang lain semua dah siap konvo
Akeem baru konvo Ahad lepas | 24. 11 . 2013
Sebenarnya bukan konvo sangatlah sebab Akeem baru 4 tahun
Ada 2 tahun lagi nak abiskan alam kindy ni
Lagi 2 tahun baru Akeem merasa pakai jubah mini hehe

Rasanya Akeem dah lama prektis kat sekolah untuk concert day @ konvo dia tu
Center Akeem kena hafal surah al-takwir
Malunya mami pun tak hafal surah tu
Susah jugak tau!
Alhamdulillah even tak berapa betul sebutannya tapi Akeem bolehlah ingat surah tu
Selain dari hafazan
Akeem dan kawan kawan dia kena buat persembahan
BBIM Equine buat dikir barat
HAHAHAHAHA macam comel je macam cute je
Yang paling tak tahan siap berlatih kat rumah tu

Bila sampai D-Day mami ada sedikit "rasa rasa"
Rasanya Akeem tak kan cooperate for this event
Rasanya Akeem mesti tak nak naik pentas
Haish apalah mami ni
Be positive!

Mami tak menaruh harapan tinggi
Bayangkanlah 3 bulan pertama persekolahan menangis TANPA GAGAL
Bila dah ada slight improvement pun mami dah happy
Tapi terkilan jugak lah kan
Mami nak jugak tengok anak bujang comel mami ni naik pentas
Nak juga rasa keterujaan macam mak mak ibu ibu mama mama yang lain
Nak juga rasa excited melihat anak comel kita atas pentas!
Takpe lah kita cuba lagi tahun depan

*********Di hari kejadian**********
Mami posing posing dengan Akeem
Masih tersenyum pak imam muda ni... kat belakang tu nenek dan kazen Akeem.. mami malas nak masukkan gambar yg ada ramai2 tu sebab terserlah sangat kegagahan mami -- dasar!
 Baek lah mami masukkan jugaklah gambar ramai ramai ni
Walaupun terserlah kegagahan mami
Ini semua salah orang yang tangkap gambar
Dan salah angle!
Dari kiri: Mami, Pak Imam Muda Akeem, Emmer, Meera, Atok dan Nenek
 Masa masuk dalam hall dia dah mula buat hal
Muka moyok bukan main!

Mak aiiiiiiii masam nya muka! Tengah termenung kata atas tangga... dia dah mula merengek tak nak join persembahan
  Bertambah meragam bila nak pergi register kat registration counter
Nampak je aunties dia terusssss mood makin tak baik
Adesssss
Huhuhuhu rajuk yang tak mudah untuk diubatiiiiiiiiii
Walaupun rajukan dah bermula
Mami buat tak tau je
Tetap hantar dia ke back stage
Memang dah niat awal awal
Sampai je terus tinggalkan Akeem dengan aunties dia
Biar diorang yang handle
Kalau dia nampak mami dia nanti laaaaaaagi mengada!
Psstttttt sentap tau kalau ada yang kata mami terlampau manja kan Akeem -- eh dah habis cool tau mami tinggalkan je dia kat back stage walaupun memang dia mengamuk tak nak stay

Terus dia guna HIKMAT LEKAPKAN DIRI KE LANTAI -- tak mampu hengko mami nak angkat dia!
Bila sampai hall dah ramai jugak yang seated
Kami sesi kedua
So event dia start kul 2pm gitu
Kami sampai dalam pukul 1pm ++
Agak terlambat sikit so tak dapat cop tempat yg strategik
Camera pun dah takde yang muncung panjang panjang
Makanya tak dapat lah nak zoom lebih lebih

Sempat jugak lah mami berposing dengan babah
Terasa macam zaman muda muda pulak
Ada yang kata mami macam budak sekolah 
Muda belia gitu auuuwwwww (^_^) tersipu sipu!

Can uols spot Akeem? Nan hado! Halus amat. tak nampak ye. Semua nampak sama je.... *maklumlah camera tak bleh zoom... ni pakai note 2 je...
Puas mami terbeliak kan bijik mata tercari cari mana lah anak mami tu
Sebab sebelum naik stage aunty ada called "Akeem nangis puan"
Mami cakap "takpe biarkan dia naik stage"
TAPI masa orang sebuk sebuk lining up nampak ada satu uncle tu
KELUARKAN AKEEM DARI BARISAN
Sebab anak kesayangan tu nangis dan tak nak cooperate!
Heeeeeee sabar je lah
Lepas tu babah nampak Akeem di masukkan semula dalam barisan
Tu yang mami beriya terbeliakkan biji mata mencari mana Akeem
Nampak ada sorang budak kat barisan belakang tu
Macam Akeem
Berbunga rasa jiwa terus sejuk rasa dada
Tapi bila perati dan perti dan perati lagi
Rupanya BUKAN
Mami berhalusinasi rupanya
Agak sedikit kecewa
Sikit je, takpe tahun depan cuba lagi

BBIM Equine buat dikir barat -- gambar ni macam weird sikit sebab mami tangkap gmbr yg viewed kat screen nak tangkap direct kat stage memang kecik hamat! Tak terjangkau dek zoom note 2 mami!
Rasa nak luku luku kepala Akeem
Bukan apa
Bila dia tengok balik gambar ni
Boleh pulak dia tanya "mana Akeem?"
Bertuah betul anak!


Setiap center kena ada persembahan tersendiri
Banyak lagi persembahan
Tapi mami takde mood nak tangkap sebab Akeem takde

Habis performance mami pergi cari Akeem kat belakang
Akeem takde kat back stage rupanya dia duduk kat budak budak playhouse (budak budak kecik)
Haish tak malu lah Abang Akeem ni
Terpaksa kawan dengan budak budak kecik (^_^)

Nampak sesuatu?? Tak nampak?

Ha dah nampak? Hehehe... apalah Akeem ni menangis dari start naik stage sampailah habis persembahan. Bayangkanlah berapa jam nangis daaaa
Buat tatapan Akeem nanti. Tahun depan jangan nangis lagi ye sayang!
Mami bukan tak sedih tengok dia nangis sorang sorang kat ceruk tu
Tapi mami malas nak ikutkan dia sangat
Even mami bertegas dengan dia
Ada jugak yang nak kata mami ni manjakan sangat anak
Terlampau ikutkan sangat apa anak nak
Hei kamu tak duduk dengan saya kamu tak tahu apa sebenarnya berlakunya ye

 Babah kata bawa je lah Akeem balik
Tunggu pun tak guna jugak
Sebab Akeem bukan nya nak join apa apa aktiviti

Bila mami dah amik dia steady je dia
Siap boleh lompat sana sini

OK lah tahun ni kasik can dulu nak meragam. tahun depan mesti join tau...
Begitulah serba sedikit pengalaman pertama mami hadiri konvo
Sejak jadi ibu pada anak yang bersekolah ni
Macam macam hal
Tapi redha jelah
Hukuman buat mami kot
Dulu mesti mami pun licik macam ni jugak kan?
Betul tak mak?
Huhuhuhuhuhuhu rasanya mami dulu sangat lah baik ohkeh!





2 comments:

  1. hihi samela kak zam..ritu buat family day skul farhi,org lain sporting je join die xnak....dah blk rumah baru kalut mntk sudu nak bwk bola dgn sudu...xpela..kenangan tu bile die besar nnt..

    ReplyDelete
  2. aku yg paling xcited tgk video insta akeem prektis dikir barat tu.. siap tunjuk dgn abam mi yg akeem (rumah ada akuarium besar) berani, tak malu & good..

    last2 meragam jugak.. instict mummy selalu nya betul.. tak pe, cuba lagi thn dpn.. 1st experience utk akeem, mummy & kudin..

    but akeem kena tahu yg akeem ada mummy yang gagah :) muahhhh

    ReplyDelete