Wednesday, October 23, 2013

Drama

As Salam

Sejak Isnin nenek belah Pahang Akeem (mak mami) datang
Aduyaiiiiii tiap tiap pagi bertambah drama nak bangun - mandi - dan pergi sekolah
Bila dia tahu ada orang kat rumah bertambah tambah lah drama tak nak pergi sekolah
Isnin mami relakan dia tak pergi sekolah
Selasa dengan paksaan hantar jugak ke sekolah.. tengah hari dah amik
Kan main suka mami datang pukul 12.30 semalam
Akeem cakap "Akeem good, Akeem no cry"
Huh padahallllll abis keluar air mata air hidung semua!
Lepas tu boleh pulak dia tanya "kenapa mami lambat?"
Ewahhhhh selalunya ko balik 6.30 petang paling awal ye anak!
 
Beginilah keadaan pagi pagi kalau nak ke sekolah pffftttt (terima kasih babah kerna banyak berkorban demi mami dan Akeem -- masihkah berani nak tambah lagi satu? ^_^)
Semalam mami saja tak bagi tahu aunty dia yang mami nak amik Akeem awal
Masa mami sampai tu anak2 comel tu tengah makan lunch
Ada sorang budak tu about 3 year old kot tengah nangis sebelah Akeem
Lepas tu nampak macam kena arahkan tinggalkan meja
Budak tu (Aqashah kot namanya) bawa bowl rice dia pergi makan kat bilik sorang2

Sedih pulak mami tengok keadaan tu
Mesti Aqashah rasa helpless
Mami doakan yang baik baik saja untuk anak2 comel itu semua

Okeh berbalik semula pasal drama boy mami ni
Sejak semalam dia merengek "Akeem nak duduk rumah aje.. Akeem tak nak school"
Mami buat dek je malas nak layan
Pujuk jugak suruh dia pergi school hari ni
Sampai ke malam protes tak nak tido atas ngan mami
Nak tidur kat bawah ngan atuk dan nenek
Pujuk punya pujuk
Paksa  punya paksa tetap tak makan saman ini budak
Melalak lalak tak nak naik atas sebab tak nak tidur
Dia ingat dengan tak tidur dia tak payah pergi school.. pffttt!
Kesian pulak tengok dia dah kul 11 malam
Mata pun dah kuyu tapi tetap lawan tak nak tidur sebab tak nak pergi school
Mami beralah
"OK ESOK NO SCHOOL, tapi kena janji bla bla bla..."
Teruss tidur!

Pagi tadi sedang mami tengah mandi
Babah cakap Akeem dah turun bawah (tak perlu dikejutkan pun)
Terus baring sebelah atuk
Katanya kaki sakit tak boleh pergi school
Pandailah kamu anak!
Terus melepek tak boleh bangun
Padahal semalam bukan main sihat menendang bola sana sinun!
Sungguh berdrama.. tsk tsk tsk

Pagi tadi terus melepek tak mampu bangun -- sakit kaki katanya (huh alasannnn)
Adakah sesiapa di luar sana yang mengalami situasi sama?
Apakah tindakan?
Perlukah membuat sedikit siasatan tentang sekolah?
Atau biarkan saja?
Tolonglah.....

4 comments:

  1. perlu!! sbb dia dah pernah ok dulu.. dh happy2 dulu.. atau pun sbb atuk n nenek ada kot...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum momi akeem.. ni mama aqasha.. btul ke mami nampak aqasha (kalau ari selasa, aqasha dh botak)?.. mami nampak tak aqasha diarahkan msk bilik mane? sorg2? aunty mane yg arahkan die tinggalkan meja? mami tau tak knape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Aqasha jgn risau.. xde pape kot mami pun nampak dr luar aje... mungkin mami salah... tapi Akeem cakap Aqasha mkn penuh penuh (maybe masukkan banyak food dlm mulut) so kena tegur kot... they just fine... *kita doakan yg terbaik ok..

      Delete
  3. salam perkenalan...

    sedey nya ada budak kena makan bawak bowl g sengsorang....kenapa??

    ReplyDelete