Thursday, April 7, 2016

Enggang dan Pipit Masakan Terbang Seiring

As Salam

Tak mo sedih sedih
Tak mo
Hidup ni singkat je
Buat apalah nak sedih

Tapi manusia
Suka duka amarah terhina terluka
Semua asam garam di dunia

Selama ni sumpah mami sayang semua kawan kawan mami
Tak sangka gurauan senda yang biasa biasa
Yang dah jadi lumrah dan asam garam
Ada yang tetiba jadi terlalu sensitif
Berjauh hati
Merajuk duka
Sampai sanggup buang persahabatan yang terbina

Takpelah
Mami ikhlas berkawan dengan dia
Sayang seikhlasnya
Tapi sekarang saya pipit tiada kuasa
Tinggallah sendirian membawa hiba

Kalau dia membaca
Ketahuilah saya memang berjauh hati dan rasa hiba

Gurauan yang sama dulu ketawa
Gurauan yang sama sekarang berduka
Gurauan yang sama
Ayat yang sama
Tetapi kenapa sekarang tak suka?

Oh sedarlah diri awak pipit
Masakan dapat seiring bergelak dan senda bersama enggang lagi!

Mohon maaf seikhlas hati sekiranya
Gurauan yg semata mata tiada maksud tersembunyi
Di salah tafsir dan erti
Saya tak mampu mencari awak di Padang Mahsyar nanti
Kalau jumpa di Padang Mat Sirat no problemo!

OK IBUMUDA USAHLAH EMO
HIDUP KITA SEKEJAP JE
ENTAH ESOK ENTAH KAN LUSA
KITA PERGI BUAT SELAMANYA.


No comments:

Post a Comment