Thursday, November 28, 2013

Konvo Pertama Akeem @ PICC

As Salam

Orang lain semua dah siap konvo
Akeem baru konvo Ahad lepas | 24. 11 . 2013
Sebenarnya bukan konvo sangatlah sebab Akeem baru 4 tahun
Ada 2 tahun lagi nak abiskan alam kindy ni
Lagi 2 tahun baru Akeem merasa pakai jubah mini hehe

Rasanya Akeem dah lama prektis kat sekolah untuk concert day @ konvo dia tu
Center Akeem kena hafal surah al-takwir
Malunya mami pun tak hafal surah tu
Susah jugak tau!
Alhamdulillah even tak berapa betul sebutannya tapi Akeem bolehlah ingat surah tu
Selain dari hafazan
Akeem dan kawan kawan dia kena buat persembahan
BBIM Equine buat dikir barat
HAHAHAHAHA macam comel je macam cute je
Yang paling tak tahan siap berlatih kat rumah tu

Bila sampai D-Day mami ada sedikit "rasa rasa"
Rasanya Akeem tak kan cooperate for this event
Rasanya Akeem mesti tak nak naik pentas
Haish apalah mami ni
Be positive!

Mami tak menaruh harapan tinggi
Bayangkanlah 3 bulan pertama persekolahan menangis TANPA GAGAL
Bila dah ada slight improvement pun mami dah happy
Tapi terkilan jugak lah kan
Mami nak jugak tengok anak bujang comel mami ni naik pentas
Nak juga rasa keterujaan macam mak mak ibu ibu mama mama yang lain
Nak juga rasa excited melihat anak comel kita atas pentas!
Takpe lah kita cuba lagi tahun depan

*********Di hari kejadian**********
Mami posing posing dengan Akeem
Masih tersenyum pak imam muda ni... kat belakang tu nenek dan kazen Akeem.. mami malas nak masukkan gambar yg ada ramai2 tu sebab terserlah sangat kegagahan mami -- dasar!
 Baek lah mami masukkan jugaklah gambar ramai ramai ni
Walaupun terserlah kegagahan mami
Ini semua salah orang yang tangkap gambar
Dan salah angle!
Dari kiri: Mami, Pak Imam Muda Akeem, Emmer, Meera, Atok dan Nenek
 Masa masuk dalam hall dia dah mula buat hal
Muka moyok bukan main!

Mak aiiiiiiii masam nya muka! Tengah termenung kata atas tangga... dia dah mula merengek tak nak join persembahan
  Bertambah meragam bila nak pergi register kat registration counter
Nampak je aunties dia terusssss mood makin tak baik
Adesssss
Huhuhuhu rajuk yang tak mudah untuk diubatiiiiiiiiii
Walaupun rajukan dah bermula
Mami buat tak tau je
Tetap hantar dia ke back stage
Memang dah niat awal awal
Sampai je terus tinggalkan Akeem dengan aunties dia
Biar diorang yang handle
Kalau dia nampak mami dia nanti laaaaaaagi mengada!
Psstttttt sentap tau kalau ada yang kata mami terlampau manja kan Akeem -- eh dah habis cool tau mami tinggalkan je dia kat back stage walaupun memang dia mengamuk tak nak stay

Terus dia guna HIKMAT LEKAPKAN DIRI KE LANTAI -- tak mampu hengko mami nak angkat dia!
Bila sampai hall dah ramai jugak yang seated
Kami sesi kedua
So event dia start kul 2pm gitu
Kami sampai dalam pukul 1pm ++
Agak terlambat sikit so tak dapat cop tempat yg strategik
Camera pun dah takde yang muncung panjang panjang
Makanya tak dapat lah nak zoom lebih lebih

Sempat jugak lah mami berposing dengan babah
Terasa macam zaman muda muda pulak
Ada yang kata mami macam budak sekolah 
Muda belia gitu auuuwwwww (^_^) tersipu sipu!

Can uols spot Akeem? Nan hado! Halus amat. tak nampak ye. Semua nampak sama je.... *maklumlah camera tak bleh zoom... ni pakai note 2 je...
Puas mami terbeliak kan bijik mata tercari cari mana lah anak mami tu
Sebab sebelum naik stage aunty ada called "Akeem nangis puan"
Mami cakap "takpe biarkan dia naik stage"
TAPI masa orang sebuk sebuk lining up nampak ada satu uncle tu
KELUARKAN AKEEM DARI BARISAN
Sebab anak kesayangan tu nangis dan tak nak cooperate!
Heeeeeee sabar je lah
Lepas tu babah nampak Akeem di masukkan semula dalam barisan
Tu yang mami beriya terbeliakkan biji mata mencari mana Akeem
Nampak ada sorang budak kat barisan belakang tu
Macam Akeem
Berbunga rasa jiwa terus sejuk rasa dada
Tapi bila perati dan perti dan perati lagi
Rupanya BUKAN
Mami berhalusinasi rupanya
Agak sedikit kecewa
Sikit je, takpe tahun depan cuba lagi

BBIM Equine buat dikir barat -- gambar ni macam weird sikit sebab mami tangkap gmbr yg viewed kat screen nak tangkap direct kat stage memang kecik hamat! Tak terjangkau dek zoom note 2 mami!
Rasa nak luku luku kepala Akeem
Bukan apa
Bila dia tengok balik gambar ni
Boleh pulak dia tanya "mana Akeem?"
Bertuah betul anak!


Setiap center kena ada persembahan tersendiri
Banyak lagi persembahan
Tapi mami takde mood nak tangkap sebab Akeem takde

Habis performance mami pergi cari Akeem kat belakang
Akeem takde kat back stage rupanya dia duduk kat budak budak playhouse (budak budak kecik)
Haish tak malu lah Abang Akeem ni
Terpaksa kawan dengan budak budak kecik (^_^)

Nampak sesuatu?? Tak nampak?

Ha dah nampak? Hehehe... apalah Akeem ni menangis dari start naik stage sampailah habis persembahan. Bayangkanlah berapa jam nangis daaaa
Buat tatapan Akeem nanti. Tahun depan jangan nangis lagi ye sayang!
Mami bukan tak sedih tengok dia nangis sorang sorang kat ceruk tu
Tapi mami malas nak ikutkan dia sangat
Even mami bertegas dengan dia
Ada jugak yang nak kata mami ni manjakan sangat anak
Terlampau ikutkan sangat apa anak nak
Hei kamu tak duduk dengan saya kamu tak tahu apa sebenarnya berlakunya ye

 Babah kata bawa je lah Akeem balik
Tunggu pun tak guna jugak
Sebab Akeem bukan nya nak join apa apa aktiviti

Bila mami dah amik dia steady je dia
Siap boleh lompat sana sini

OK lah tahun ni kasik can dulu nak meragam. tahun depan mesti join tau...
Begitulah serba sedikit pengalaman pertama mami hadiri konvo
Sejak jadi ibu pada anak yang bersekolah ni
Macam macam hal
Tapi redha jelah
Hukuman buat mami kot
Dulu mesti mami pun licik macam ni jugak kan?
Betul tak mak?
Huhuhuhuhuhuhu rasanya mami dulu sangat lah baik ohkeh!





Wednesday, November 27, 2013

Yang Mana Lebih Baik? Daku Dalam Dilemma!

As Salam

Mami dan babah dalam dilemma
Sungguh dalam dilemma
Sumpah tak suka
Susah betul nak buat keputusan yang betul
Sebab kami tak tahu yang mana satu adalah betul
Yang mana satu keputusan yang bakal dibuat adalah TERBAIK
Terbaik untuk semua terutamanya for Akeem's well being
Sumpah susah nak tentukan

Pada kawan kawan yang mengenali mami
Pasti ramai yang tahu mami ada sedikit dilemma dengan isu sekolah Akeem
Akeem ni ada sindrom manja terlampau *agaknya
Dari awal tahun sampailah bulan 11 tetap tak suka pergi sekolah
Ingatkan bila hantar sekolah dia akan happy
Maklumlah kalau kat rumah babysitter kan tak ramai kawan
Kat sekolah ada ramai kawan
Patutnya dia happy
Tapi dah nak setahun dah sekolah
Macam macam dah buat
Tapi tetap jugak tak happy pergi sekolah

Rasanya sekolah yang mami hantar tu pun cukup bagus dah
Apakah yang tak kena?
Atau mami yang terlampau emo lebih lebih
Ikutkan sangat kehendak anak?
Rasanya TIDAK kot
Entahlah

Lepas insiden dia jatuh longkang tu >> cerita di sini
Dan lepas insiden dia cerita kawan dia pukul dia >> cerita di sini
Mami ada buat survey kat GA
Memang mami berkenan kat GA
Environment GA much better kalau nak compare dengan BBIM
From the first glance nampak mcm GA more focus on pembelajaran
Equipment nampak lebih tiptop dan more towards students centeredness
Tapi masalahnya
SESI PAGI DAH PENUH
So kalau nak join jugak GA kena enroll sesi petang

Masalah di situ bila sesi petang Akeem takde nap time
Dan kesian pulak Akeem nak kena turun naik tangga ENAM KALI uolsss
GA kat tingkat dua (class only no extended day care)
So kalau masuk GA Akeem kena pergi taska
Taska pun kat tingkat dua
Bayangkan -- pagi hantar taska, pastu dia akan pergi sekolah -- balik semula taska -- balik rumah
Tak ke ENAM KALI nak memanjat tangga dua tingkat
Kuruslah dia nanti dahlah tak sempat nak tido siang
Naik turun tangga sampai 6 kali
Kesian pulak kat Akeem
Ohhhhhhhhhhhh kebuntuan!

Hari ni nak survey pulak Little Caliph kat Cyberjaya ni

Tolonglah
Mami dilemma nak pilih between kekalkan dia kat BBIM or tukar GA or Little Caliph

Daris Hakeem Khairudin di hari pertama persekolahan -- sekejapan je dah hampir setahun sekolah
Hanya ada 12 orang je satu kelas

Walaupun sekolah dah best muka tetappppp masam dari bulan Januari sampai November tetap masam! Aduh anakku!

Tuesday, November 26, 2013

Fridge Magnet. Bahayakah?

As Salam

Dua tiga hari lepas ke minggu lepas mami ada terbaca pasal satu artikel menegenai bahaya fridge magnet. Ye lah ramai yang suka letak fridge magnet di kat petis (nama pun "fidge magnet" kan mesti lah letak kat petis)

*****************kopipes dari FB**********************

 
Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk

Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk.

Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser.

Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan.

Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi.

Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan. Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini.

Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh Islam akan menang.

Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton

Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan.

Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain.

Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.
Aqidah tentang kuasa magnet.

Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma'niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua.
 
***************************************************

Bagaimana pun kesahihan artikel ini mami tak berapa pasti. Tapi rasanya tak salah kalau kita mengubah sedikit habit meletakkan FM kat petis kat tempat lain. Iye ke idok??

Mami letak kat sini

Banyak lagi tapi tak muat pulak nak letak kat CPU.. ke nak kena ada dua CPU?? Apakah??

Monday, November 25, 2013

M A L A S (Malaskah Aku??)

As Salam

Penyakit M ni memang paling kronik
Payah nak cari ubat
Hoiiiii nyampah betul
Kenapalah mami ni malas sangat!

Babah bersabarlah ye
Kesian dapat binik jelita yang pemalas (mata ke atas) hahahahaha
Mami ni bukan lah pemalas sangat
Tapi bila kena bab kemas rumah, lipat baju, mop lantaiiii
Aduyaiiiiiii bercinta nak buat!
Tak shuke tak shuke

Bila tengok rumah bersepah mula lah terussss rasa nak bibik
Tapi bila memikirkan macam macam hal yang bakal meyesakkan -- huh tak kuasa!
End up mami amik je lah weekly cleaner
Tapi most of the time selalu lah full depa ni tau (maju betul bisnes supply weekly maids)
Kadang kadang terpaksalah babah yang baik hati tu mengerah tenaga
Terima kasih babah -- lebiu!

Sabtu lepas mami buat sikit makan makan >> klik sini
Walaupun sikit kecahnya Yarabbi -- malapetaka
Nak pengsan kepenatan
Tapi seronok bila tengok orang tersayang happy
Jadi disebabkan rumah dalam tahap disater -- lantai melekit yang hamat
Terpaksa jugaklah mop lantai

Me? Mop lantai? Yewwww mami malas ye..

Makanya
Terpaksa rela songlap cleaner daripada opis untuk tolong mopkan lantai
Tahap kerja?
Hmmmmmm boleh lah dari skala 1 to 10, mami bagi 4.5
Hamboiiii ko dah lah pemalas bila orang buat banyak songeh plak eh
Wahahahaha jangan salahkan mami
Itu memang sikap sejak azali -- banyak songeh!

Bukan lah cerewet sangat tapi bila mop tangga nampak capuk capuk (comot je)
Vacuum pun macam tak makan 10 hari -- lemah
Siap mami buat demo dulu -- haish!!
Lap sana lap sini pun macam errrrrr kamu dah lap ke nih?
Tetiba siap -- eh dah siap???
Maaf ler tak mo dah songlap kamu lagi
Bukan murah tau mula mula dia nak RM15 sejam
Hoiiiiii itu dah tahap professional sangat
Bila mami tak jadi nak songlap dia
Dia turunkan RM10 sejam *macam macam kamu ni ek!






Friday, November 22, 2013

Apa Salah Ku?

As Salam

Ini cerita sentap malam tadi
Mami tengah busy nak update data alumni anak anak mami
Nak tahu working status mereka
Alhamdulillah ramai yang berkerjaya

Cuma kadang kadang bila tengah gundah cepat melatah

Semalam, dah malam ada 3 missed calls dari satu nombor ni
Biasalah bila dah kat rumah ni banyak sangat kerja nak buat
Lepas masak mami lepak2 main dan tengok TV
Tak perasan ada call masuk
Lepas tu mami sms la nombor tak dikenali tu
*mami agak mesti ex anak anak mami nak update working status

Hasil perbualan (sms) mami dan dia
Buat mami sedikit sentap
Menitik setitik dua air mata
Terasa --- hmmmm takde secebis pun ruang untuk dihargai
Anak anak International sekian perangai
Anak anak melayu kita pun sekian perangai
Sedihnya
Rasa macam -- apakah aku tiada nilai di mata mereka?
Ahhh lupa kan lah
Lumrah pendidik kan?
Menjadi lilin membakar diri supaya dapat menerangi yang lain


Tak mengapa
Betul Tun M kata
Melayu mudah lupa
Lupa asal usul dan lupa nak berbudi bahasa

Sudahlah mami
Usah sedih
Jika tiada bahu untuk bersandar
Mami masih ada dahi untuk bersujud!


Baked Macaroni Pertama | Kecil tapi Bermakna #5

As Salam

Pestime buat baked macaroni ni masa besday Akeem
Phewwww berdebar jugak
Mana lah tahu jadi ke tak kan
Lega bila kawan kawan mami kata sedap *uols saja nak amik ati ekkkkk???
Mami buat dua peket macaroni
Ada satu potion terlebih (simpan dalam peti)
So bila tengok bahan bahan cheese ada lagi
Mami buat sekali lagi
Khas untuk Akeem
Masa besday aritu dia tak jamah pun
Maklumlah sebuk sangat bermain ngan kawan kawan

Fresh from oven
1/4 dah diabiskan oleh Akeem... selebihnya mami bawak pergi opis -- sarapan!

Suka tengok Akeem bila dia suka makan apa yang mami masak
Mungkin itu perkara kecil tapi ia bermakna buat mami!

Bahan bahan
Macaroni
Sos preggo -- mami guna tin yg warna kuning tu (selasih dan bawang putih *kot)
Cendawan butang --  babah tersalah beli, dia terbeli straw mushroom *pun boleh
Carrot, Capsicum *takde pun takpe
Bawang besar *sebijik (potong dadu kecik kecik)
Bawang putih *secukup rasa (2, 3 ulas cukup)
Oregano leave
Sos tomato, sos cili *sos cili tu untuk up kan sikit kepedasan -- tak letak pun takpe
Cheese -- mami guna mozzarela, cheddar dan parmesan (semua ai guna!)
Cheesedale -- apa2 brand pun boleh
Buter 

Bahan bahan sos putih / white custard
5 bijik telur
2-3 sudu besar tepung gandum
Garam *secukup rasa (2 sudu teh)
Gula * secukup rasa (2 sudu teh)
**semua bahan bahan white sauce dipukul sebati -- guna whisk boleh (mami blend je dalam blender)

Cara memasak
1. Rebus macaroni secukupnya *sampai agak lembut -- sangat sampai terlampau lembik
2. Toskan -- gaulkan dengan butter untuk elakkan macaroni melekat
3. Tumiskan bawang bawang (besar + putih) dengan butter
4. Campurkan cendawan
4. Masukkan carrot (atau apa sayuran yg uols nak masuk)
5. Masukkan sos preggo, cili (tomato + cili)
6. Campur sedikit air
7. Masukkan macaroni yang dah direbus tadi
8. Rasa dulu kalau nak rasa sedikit masin boleh letak garam
9. Kacau seketika dan angkat

Cara Bakar
1. Masukkan macaroni yg dah dimasak tadi dalam bekas pembakar
2. Ratakan, taburkan cheesedale yang dah dicarik carik *koyak2
3. Tabur segala bagai cheese yang korang suka
4. Tuangkan rata rata white sauce
5. Last but least letak (sprinkle) sedikit oregano leave
6. Bakar lebih kurang 20 - 30 minit pada suhu 180 celcius - 200 celscius
7. Siap untuk di makan panas panas!

Wakakakaka
First time share resepi kat sini
Malew
Kalau tak sedap jangan marah ye (^_^)


Wednesday, November 20, 2013

Rasanya Sudah Sampai Masanya............

As Salam

Mami ni bukan orang yang cerewet sangat
Tapi bila bab anak anak ni mami akan jadi extra attentive pulak
Semalam sebelum tidur
Macam biasa Akeem akan rekues

Akeem: Esok tak nak school ye mami
Mami : Kenapa sayang?
Akeem : Cikgu jahat ** tersentap jap
Mami : Haish takdelah... aunty kan baikkkkk
Akeem : Danish jahat
Mami : Kenapa Akeem kata Danish jahat? Tak baik tau.. kan kawan kawan....
Akeem : Dia buat cam ni, cam ni, cam ni
*sambil membuat aksi melempang mukanya, tangannya dan kakinya

Tambah Akeem lagi dia nak bawak pedang pergi school nak tikam Danish sebab buat (pukul) dia

Mami menagis dalam hati
Dua persoalan
Pertama: apakah salah didikan mami sehingga Akeem menjadi begitu ganas -- sampai nak menikam kawan kawan dia
Kedua: apakah betul betul dia tak gembira -- sehingga dia sanggup nak menikam kawan kawan dia

Mami rasa
Sudah sampai masanya mami confront aunties dan pihak sekolah
Mencari punca masalah
Bukan niat mencari salah

Dan mami rasa juga
Sudah sampai masanya mami tukar sekolah
Hampir setahun di situ sudah
Hatinya tetap gundah

Semoga hijrah kesekolah baru
Akeem lebih bahagia di situ!
Amin

Mami dan babah akan sentiasa cuba mencari yang terbaik untuk Akeem. Itu janji kami

Tuesday, November 19, 2013

Double Celebration | Birthday | Anniversary

As Salam

Mulanya niat malas nak buat bday Akeem tahun ni kat rumah
Cukuplah buat kat school je
Tapi rasa macam ralat pulak
So last minute tetiba nak buat makan makan kecilan kat rumah
Hanya family member berdekatan dan kwn2 rapat je yg datang
Food pun tak semeriah selalu
Simple simple je

Lain macam betul penat kali ni buat makan makan
Maklumlah banyak yang masak sendiri
Oh bagus mami!
Mami masak soto, baked macaroni dan buat rojak buah
Adik beradik yang lain ada bawa pizza, Big Apple, spaghetti
Mak bawak pulut kuning dan rendang
Mami macam biasa kalau buat makan makan mesti tuan rumah tak lalu makan
Rugi betul!

Seronok melayan Akeem yang dah besar
Sebab dia dah pandai rekues nak apa yang dia suka
Tema kat sekolah aritu dia nak BEN10
Kat rumah ni dia nak Jake and the Pirate pulak
Jenuh jugak la nak cari kek Jake -- nan hado
Jadi babah terpaksa buat buat kretip buat kek tema Jake sendiri

Suka betul sekarang ni Akeem tengok Jake and the Pirate...

Gigih menyiapkan deco dinding dia pukul 1am baru tido semua tu DIY -- babah yang cari dan print -- thank you babah












Double celebration | Birthday | Anniversary
4th Birthday celebration untuk Akeem | 13-11-13
40th Anniversary untuk mak dan abah | 15-11-13

Semoga semuanya di limpahi rahmat dan diberkati olehNya sentiasa
Amin






Friday, November 15, 2013

Sentuhan | Kecil tapi Bermakna #4

As Salam


Hati sedikit rawan
Mudah sangat melenting
Mudah pula terasa
Akeem pulak macam macam
Suruh buat itu ini dibuat ini yang dibuatnya
Bila kita berlembut
Satu pun pun dia tak endah
Bila kita berkeras
Tetap juga dia tak endah
Saya akur dia masih terlalu kecil untuk mendengar kata
Tapi saya juga kadang terlupa dia insan kecil yang masih tak tahu apa

Benar sukarnya mahu jadi ibu bapa cemerlang
Kadangkala rasa tak mampu menggalas tanggungjawab menjadi yang terbaik
Desakan mahu jadi yang terbaik membuatkan ada masa saya kalah jua
Tak tahu mana silap
Tetap rasa diri tak mampu menjadi yang terbaik
Mohon pada Mu Ya Allah
Bagi ku kekuatan untuk menjaga amanahMu yang satu ini

Babah
Kala mami resah dan gundah
Sudilah kiranya menjadi telinga untuk mendengar
Menjadi bahu untuk bersandar
Kala mami rasa diri tidak mampu
Bantulah mami harunginya dengan belaian
Sentuhlah tanganku
Kerna lembut sentuhan itu
Adalah semangat kental buatku!

Sesungguhnya SENTUHAN itu walaupun kecil tapi bermakna!


Thursday, November 14, 2013

13.11.13 | Happy 4th Birthday Abang Akeem

As Salam

Tahun ni tahun pertama Akeem bersekolah
Makanya mami dan babah decided nak bagi dia celebrate birthday kat sekolah
Maklumlah setiap tahun celebrate dengan anak kawan kawan mami dia je
So tahun ni bagi peluang dia excited dengan his friends pulak
Memang suka sangat dia!
A happy birthday boy... bukan main gembira nak tiup kek
Sekarang dah makin besar
Dah makin pandai demand nak itu ini
Tahun ni Akeem request nak Ben 10
Jadi macam tahun tahun yang lepas mami akan tempah kek dari Sugarrush
Kek mereka tak pernah mengecewakan!

 
Tak sempat rasa kek ni.. semua dah di makan oleh kawan kawan Akeem.. siap bertambah dua kali ^_^
Tak sabar nak tiup kek

The Ben10 boy
The star of the day
Happy sangat hero mami ni

Sabar menunggu
Harapan mami dan babah semoga Akeem membesar jadi anak yang soleh
Berbakti pada agama, bangsa dan negara
Jadi anak yang berguna, bijak, pandai, berjaya, bahagia dunia akhirat
Bila mami dan babah dah tua nanti
Jangan lupa jaga mami dan babah tau
AMIN


Tuesday, November 12, 2013

Mood baru Nak OK



Cerita Jumaat lepas
Pagi sudah berwajah ceria dan sudi memakai uniform sekolah
Alhamdulillah
Lega dan sejuk hati mami

Petang sekolah called cakap Akeem jatuh longkang
Kesiannnnn anak mami
Mendapatlah benjol kat dahi
Mujur takde yang luka atau terseliuh

 

Macam macam dugaan tentang sekolah
Dah lah lama bercuti sejak atok nenek datang
Mood pun kurang OK nak ke sekolah
Bila mood dah OK sikit
Jatuh longkang pulak!
Potong betul
Terus mood kembali tak OK

Terpaksa gunakan Ipad jugak sebagai umpan untuk masuk kereta!

Maaf.. Mami Takde Bakat Seni, Babah Pun Sama!

As Salam

Sejak Sabtu Akeem kuat beno merajuk nya
Sikit sikit "huh tak nak kawan babah!"
Sikit sikit -- tarik muka masam
Sikit sikit -- merajuk duduk tepi pintu
Hadoi manjanya anak mami nan sorang ni

Sejak hari Sabtu jugak mood Akeem nak belajar menjadi jadi
Tapi bila silap tulis angka 5 terus dibalingnya pensel dan buku tsk tsk tsk
Kalau bab tulis menulis nak perfect
Tak betul sikit je habis buku pnsel melayang
Sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrr je lah mami ngan babah ni ha

Tetiba dia paksa suruh babah lukis shark
Pastu tetiba merajuk sebab babah lukis shark tak cantik
Aduhhh bertabahlah babah

Aksi rajukan Akeem 



 
Ini Akeem yang lukis -- dia tak puas hati
Yang belah kanan tu percubaan pertama Akeem lukis, yang macam jadi sikit tu babah yang lukis
Babah cuba buat shark yang ganas -- huh Akeem tak suka -- MERAJUK!
Mami pulak cuba tapi shark mami semua manja manja -- Akeem tak suka!
Ada sikit sinyum sebab mami boleh laaaa accept shark mami
OK lah kan walaupun ada yang kata itu ikan gelama tsk tsk tsk
Maaf.. Mami Takde Bakat Seni, Babah Pun Sama!