Friday, November 15, 2013

Sentuhan | Kecil tapi Bermakna #4

As Salam


Hati sedikit rawan
Mudah sangat melenting
Mudah pula terasa
Akeem pulak macam macam
Suruh buat itu ini dibuat ini yang dibuatnya
Bila kita berlembut
Satu pun pun dia tak endah
Bila kita berkeras
Tetap juga dia tak endah
Saya akur dia masih terlalu kecil untuk mendengar kata
Tapi saya juga kadang terlupa dia insan kecil yang masih tak tahu apa

Benar sukarnya mahu jadi ibu bapa cemerlang
Kadangkala rasa tak mampu menggalas tanggungjawab menjadi yang terbaik
Desakan mahu jadi yang terbaik membuatkan ada masa saya kalah jua
Tak tahu mana silap
Tetap rasa diri tak mampu menjadi yang terbaik
Mohon pada Mu Ya Allah
Bagi ku kekuatan untuk menjaga amanahMu yang satu ini

Babah
Kala mami resah dan gundah
Sudilah kiranya menjadi telinga untuk mendengar
Menjadi bahu untuk bersandar
Kala mami rasa diri tidak mampu
Bantulah mami harunginya dengan belaian
Sentuhlah tanganku
Kerna lembut sentuhan itu
Adalah semangat kental buatku!

Sesungguhnya SENTUHAN itu walaupun kecil tapi bermakna!


No comments:

Post a Comment