Friday, November 22, 2013

Baked Macaroni Pertama | Kecil tapi Bermakna #5

As Salam

Pestime buat baked macaroni ni masa besday Akeem
Phewwww berdebar jugak
Mana lah tahu jadi ke tak kan
Lega bila kawan kawan mami kata sedap *uols saja nak amik ati ekkkkk???
Mami buat dua peket macaroni
Ada satu potion terlebih (simpan dalam peti)
So bila tengok bahan bahan cheese ada lagi
Mami buat sekali lagi
Khas untuk Akeem
Masa besday aritu dia tak jamah pun
Maklumlah sebuk sangat bermain ngan kawan kawan

Fresh from oven
1/4 dah diabiskan oleh Akeem... selebihnya mami bawak pergi opis -- sarapan!

Suka tengok Akeem bila dia suka makan apa yang mami masak
Mungkin itu perkara kecil tapi ia bermakna buat mami!

Bahan bahan
Macaroni
Sos preggo -- mami guna tin yg warna kuning tu (selasih dan bawang putih *kot)
Cendawan butang --  babah tersalah beli, dia terbeli straw mushroom *pun boleh
Carrot, Capsicum *takde pun takpe
Bawang besar *sebijik (potong dadu kecik kecik)
Bawang putih *secukup rasa (2, 3 ulas cukup)
Oregano leave
Sos tomato, sos cili *sos cili tu untuk up kan sikit kepedasan -- tak letak pun takpe
Cheese -- mami guna mozzarela, cheddar dan parmesan (semua ai guna!)
Cheesedale -- apa2 brand pun boleh
Buter 

Bahan bahan sos putih / white custard
5 bijik telur
2-3 sudu besar tepung gandum
Garam *secukup rasa (2 sudu teh)
Gula * secukup rasa (2 sudu teh)
**semua bahan bahan white sauce dipukul sebati -- guna whisk boleh (mami blend je dalam blender)

Cara memasak
1. Rebus macaroni secukupnya *sampai agak lembut -- sangat sampai terlampau lembik
2. Toskan -- gaulkan dengan butter untuk elakkan macaroni melekat
3. Tumiskan bawang bawang (besar + putih) dengan butter
4. Campurkan cendawan
4. Masukkan carrot (atau apa sayuran yg uols nak masuk)
5. Masukkan sos preggo, cili (tomato + cili)
6. Campur sedikit air
7. Masukkan macaroni yang dah direbus tadi
8. Rasa dulu kalau nak rasa sedikit masin boleh letak garam
9. Kacau seketika dan angkat

Cara Bakar
1. Masukkan macaroni yg dah dimasak tadi dalam bekas pembakar
2. Ratakan, taburkan cheesedale yang dah dicarik carik *koyak2
3. Tabur segala bagai cheese yang korang suka
4. Tuangkan rata rata white sauce
5. Last but least letak (sprinkle) sedikit oregano leave
6. Bakar lebih kurang 20 - 30 minit pada suhu 180 celcius - 200 celscius
7. Siap untuk di makan panas panas!

Wakakakaka
First time share resepi kat sini
Malew
Kalau tak sedap jangan marah ye (^_^)


2 comments:

  1. Dah edit it sos putih letak lepas letak cheesedale.. no 4 ke no 5..

    ReplyDelete