Thursday, June 6, 2013

Kenapa Mami Bertudung?

As Salam

Mami dah tahu lama
Lama dulu lagi yang wanita / gadis beragama Islam perlu menutup aurat yakni bertudung
Eh bukan perlu tapi WAJIB menutup aurat
Mami bukan nak bagi ceramah
Maaf ilmu tak sampai tahap tu lagi
Cuma ada sorang dua kawan bertanya
"Apa yg mendorong ko pakai tudung?"

Dulu, dulu dulu
Abah selalu tanya
"Bila kamu nak pakai tudung ni?"
Pandai pulak menjawab "dah sampai seru nanti pakai laaa.."
Haippppp jgn ikut perangai mami ni sukaaaaa menjawab
Tambahan tak baik cakap macam tu
Bila sampai seru nak menyahut seruan Illahi (sampai ajal kita) dan masih tak sempat pakai tudung dan bertaubat, hah acane?

Ramadhan ni genap setahun mami bertudung semula
Eh bertudung semula?
Iye... dulu zaman sekolah bertudung tapi bertudung sebab itu peraturan sekolah - bukan ikhlas Lillahi Taala
Lepas tu Ramadhan tahun 2008 pernah cuba bertudung (niat nak bertudung terus)
Tapi tak mampu bertahan
Sebelum habis tahun 2008 tudung entah hilang ke mana!
Terasa diri sangat goyah masa tu
Ramai yang persoalkan kenapa mami bertudung time tu
Takde moral support - jadi pendirian tak tetap
Heh nak moral support bagai, padahal bertudung itu wajib. Tak perlu moral support lah sangat mami oiiii...

Tapi Alhamdulillah
Lepas bersalin kan Akeem niat nak pakai tudung tu ada
Tapi rasa macam tak yakin pada diri sendiri
"Mampukah aku?"
Soalan tu selalu menghantui mami
Perkara yang betul betul membuatkan pintu hati mami terbuka nak bertudung bila abah dan mak pergi Mekah menunaikan haji tahun 2011
Mungkin juga itu doa mereka di sana
Supaya anak mereka yang degil ni berlembut hati untuk bertudung
Mami rasa sangat bersalah pada abah
Pada babah (dia suamiku)
Mungkin perjalan mereka ke Jannah terhenti sebab dosa dosa mami
Abah tidak mendapat jalan yg mudah ke Jannah sebab anak dia tidak menutup aurat
Babah (dia suamiku) tersangkut di pintu Jannah menunggu isterinya tak kunjung tiba

from mr gugel
Maka mami nekad
Kuatkan semangat teguhkan pendirian
Ramadhan 2012 mami menyarung kembali tudung
Harapnya mami mampu pertingkatkan diri dari masa ke semasa
Mami mahu jadi mami yang terbaik buat Akeem
Isteri yang solehah buat babah
Tapi mami masih jauh dlm mencari redhaNya
Cuma harap mami supaya sesiapa yg lebih arif mampu dan sudi membimbing mami!


Dulu mami pernah cakap "aku akan pakai tudung bila betul betul bersedia" "aku tak nak pakai sebab ikut trend, nak pakai biar ikhlas dari hati"
Betul buat semua perkara perlu ikhlas
Tapi kalau nak tunggu ikhlas sampai bila kita tak kan buat apa apa
Tanya diri kita, apa yang kita buat benar benar ikhlas???
Puasa? Errrrr ganti puasa pun tak habis lagi, baju raya dah siap beli
Solat? 5 waktu tu pun kadang kadang terlingkup
Pergi kerja? Rasanya mami tak pernah ikhlas pagi pagi bersemangat nak pergi kerja! Neva!
Jaga anak? Kadang kadang ada juga perasaan adoiiiii letihnya lah jaga budak nan sorang tu! (^__^)
Layan suami??? Erkkk nak basuh baju dia pun kadang kadang malas...
Jadi jangan kata nak buat sesuatu yang baik nak tunggu hati ikhlas
Sebab kita ni manusia jarang sangat nak buat sesuatu tu dengan ikhlas (mami lah tu)


Motip??? Nak tunjuk tudung baru (see tak ikhlas kat situ) tudung seploh hengget je pun!

2 comments:

  1. Takpe.. yang penting terbuka pintu hati untuk berhijrah sementara masih bernyawa... amin

    ReplyDelete
  2. Ko bkn x ikhlas..cuma x yakin..ikhlas blh di banding dgn riya'..ko x riya' ..humble lagi..yg penting ko usaha..berjaya atau x..Tuhan yg tentukan

    ReplyDelete