Friday, June 7, 2013

Cuti Sekolah Sudah Berakhir

As Salam


Cuti Sekolah
Hmmmm terimbau kenangan zaman kanak kanak dulu
Mami dulu
Masa cuti sekolah suka sakan
Mana tak nya masa ni lah nak berkubang mandi paya
Main beskal sampai tak hengat dunia - tengah hari buta terik mengcengkam pun masih mengayuh beskal pusing satu kampung
Masa ni lah nak main polis sentri sampai ke senja
Main aci ligan
Main baling selipar **eh korang pernah main game tu?
Allaa yang buat selipar jepun bentuk piramid pastu baling, dah baling tu satu team akan cuba susun balik selipar tu bentuk piramid, satu team lagi akan cuba baling selipar kat pasukan lawan kalau kena selipar kira mati, kalau berjaya susun bentuk piramid semula team tu kira menang... heee tah apa apa kan?
Apa ada hal
Main selipar pun seronok masa tu! Hewhewhewhew (^__^)


Time tu masa mami kecik kecik zaman sekolah rendah
Zaman paling happy
Takde Ipad
Takde Ipon
Takde Tab
Takde Note 2
Takde Blekberi
Hidup seadanya saja
Tapi zaman tu kami, mami dan kawan kawan tetap gembira
Berjalan satu kampung pun mak mak ayah ayah tak berasa runsing takut anak hilang atau jadi mangsa rogol

Tapi zaman sekarang dah berubah
Cuti seolah je mesti anak anak zaman sekarang fikir tentang jalan jalan - family vacation
Kalau tak bawak karang kesian pulak takde modal nak cerita kat kawan kawan apa aktiviti cuti sekolah
Maklumlah masa cuti sekolah ni ramai yang bawak anak anak berjalan satu Malaysia
Ada yang sampai ke Hong Kong, Jepun Ostrolia bagai
Kalau terperap je sepanjang cuti sekolah mesti anak anak sedih kan?
Tapi kalau setiap kali cuti sekolah nak berjalan sampai ke Hong Kong bagai
Mak bapak pulak lah yang sedih - sedih memikirkan budget T__T
Tapi takpe apalah guna wang ringgit kalau kita tak mampu membahagiakan anak anak kan?
**Tapi nak berjalan tu pun ikutlah kemampuan sendirik ohkeh - biar berpada pada

Buat masa ni cuti sekolah tiadak lah bermakna sangat buat mami
Mami, Babah dan Akeem tak ambil kisah sangat pasal cuti sekolah
Akeem kan baby kecik lagi - tak masuk darjah satu pun lagi kan
Lagipun kalau nak bercuti memanglah mami akan cuba avoid time cuti sekolah
Huhhhhhh tak sanggup nak berpusu pusu ngan orang ramai meremut tuh
paling paling pun cuti sekolah ni mami selalu excited nak tunggu anak buah datang ke rumah mami
Boleh lah kitorang buat acara jalan jalan dan makan makan sikit
Tapi kali ni kesian anak buah mami diorang datang KL tapi tak pergi mana sangat
Takpelah janji 'berjalan' jugak diorang dari Pahang ke KL!

Mak dan family along (kakak mami yang sulung) datang ke rumah mami hari Jumaat lepas
Along dari Pahang
Malam tu angah (kakak mami yang kedua) dan family sampai
Angah dari Kuala Selangor
Patutnya Ateh (adik mami yang bongsu) datang juga
Tapi dia busy dengan kapal kat port JB so tak dapat datang
Kami plan nak bakar bakar
Tapi memandangkan main chef (angah) tak sihat acara bakar bakar di batalkan

Esoknya Sabtu mami, mak dan along + dua anak dara along pergi Nilai
Katanya nak beli kain pasang untuk raya + berniaga sikit
Kononlah tu nak niaga silap silap habis dia yang sapu semunya!
Mula nak pergi jalan TAR tapi ubah fikiran sebab malas nak bersesak sesak dalam cuaca panas ni

Sementara kami kat Nilai
Babah dan abang long Fizow menjaga adik adik
Mereka beriadah main games kat Giant
Takpe janji diorang suka

Esoknya Ahad dah nak balik Pahang
Akeem tak puas bergomol lagi dengan cousin dia
So kebetulan diorang plan nak singgah Ulu Bendul mandi manda
Jadi mami pun ikutlah sama

Tak cukup ahli ni

Sekejapan saja masa berlalu
Itu cerita minggu lepas
Hari ni dah Jumaat semula
Esok lusa dah back to school
Adik adik dan anak anak semua
Harapnya dah puas bercuti
Cuti sekolah pun dah berakhir
Isnin bermula semula espisod kembali ke jalan yang benar sekolah!


2 comments:

  1. lps ni..menempuh jam..jam..jam..akeem..be good to mami ya!

    ReplyDelete
  2. bermulalah episod bz kembali ke sekolah....alahai den kena bangun awal la nampaknya uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete