Monday, March 11, 2013

Cerita Weekend Kami (entry terpanjang setakat ini)

As Salam,

Weekend baru baru ni
Kitorang tak pergi mana mana
Lepak kat rumah aje
Siapkan projek bilik mainan Akeem (nanti mami cerita)

Rasanya ini antara weekend yang rare
Kenapa mami kata rare??
Cos selalunya weekend mesti terpenuh dengan aktiviti jalan jalan

Cerita Weekend 1: Pergi Taman Wetland bagi makan ikan
Selalunya keputusan nak bagi makan ikan ni selalunya dibuat sebab dah takde kerja
Bosan duk rumah
Takde pulak agenda nak buat
So kami selalunya pergi sini untuk relak dan lepak lepak
Akeem pun memang suka sangat bagi makan ikan ni
Kami bagi ikan ikan tu makan roti gardenia je
Lahap jugak diorang (ikan ikan) tu makan

Ini bukan acara special sangat
Tapi kalau tak pergi mana mana mesti bagi makan ikan kat Taman Wetland Putrajaya ini.
Kadang kadang dah jadi cam acara rutin pulak
Walaupun acara ni biasa biasa je 
Tapi dapat happy kan orang orang spesel di hati mami
Mami dah rasa cukup gembira
 
Renung apa lah Abang Akeem tu... sedih je nampak hehe..

Cerita Weekend 2: Pergi MINES naik bot dan bagi makan ikan (ikan lagi!)
Ini adalah kali pertama kami naik bot pergi MINES
Parking kereta kat depan komuter serdang
Pastu tunggu bot masuk dalam MINES
Tiket RM2 sahaja setiap sorang (Akeem dikecualikan)
Budak Kecik tu bukan main excited lagi nak naik bot
Berbaloi baloi bayar RM2
Sebab Akeem happy
Suka suka suka
Bergambar sebelum naik bot... pstttt percaya tak korang ada amoi cakap babah tu chinese look? Errrrrrrrr... pehliss!!
Alamak daguuuuuu berlapis... susahnya nak tangkap gambar Akeem sekarang dia kata malu!

Puaskan Akeem dapat bagi makan beribu ribu ekor ikan?? Satu bundle roti yang bersaiz bonanza abis dikerjakan Akeem khas untuk bagi makan ikan ikan itu

Cerita Weekend 3: Pergi Melaka untuk pancing pancing ikan (dan ikan lagi... Abang Akeem memang suka ikan)

Ingatkan nak buat entry khas episod pergi Melaka ni
Jadi ni cerita ringkas je lah
Kami pergi pun satu malam je
Ingat pergi Melaka kali ni nak buat episod jalan jalan cari makan
Tapi cuaca terlampau panas
Apa pun tak boleh!

Aktiviti kami hanyalah main di kolam, pancing pancing, try coconut shake dan pergi taman rama rama
*** gambar taman rama rama akan menyusul dalam enrty khas Melaka (errr bila lah nak buat tu???)

Kesiannnnn mami lupa nak baak baju renang... sib baik Akeem ok je... suka kan main sampaikan tak nak keluar dalam kolam

Ni di pagi hari kedua, selepas second round mandi kolam.... dapat juga dia pacing pacing di tepian pantai...

Orang kata best bangat Coconut Shake kat Klebang... WAJIB try... hmmmm sedap sedap!

Cerita Weekend 4: Pergi "Happy Birthday to You" kat Rumah Nadia
Weekend keempat adalah semalam
Kami tak pergi mana mana
Just pergi rumah Nadia kat Bangi
Sempena besday her daughter
Happy Birthday Hana Umarah (huhuhu tak sempat pulak nak tangkap gambar dengan birthday girl)

Ini sebahagian dari officemate kami
Ramai tak dapat datang atas sebab sebab tertentu

Bertuah punya anak, tak nak juga dia tengok camera!
Jadi
Inilah sebahagian cerita weekend kami
Banyak lagi kalau nak ceritakan
Tapi nanti muntah pulak korang nak baca!
Hehehehehe....

6 comments:

  1. tak cukup panjang lagi Zam..hehe..
    memang bila anak happy mak akan terlebih happy..aku percaya 100%
    bdw..kudin mmg maintain ngan spek eh..dia tak pakai contact lens lgsg..tp muka tak ubah dr zaman matrik..mmg korang adalah pasangan merpati dua sejoli dr kelas N..err..betul kan korang kelas N..jap aku undur..aku ..Q..Yob..P..lepas tu..O..M...ko hujung sekali kan..N lah?kalau betul mmg tererlah aku..hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terror lah Yana.... kami adalah dari kelas N... Kudin tak sesuwei tak pakai spek tak hensem! Hahaha... doakan kami kekal bahagia hingga hujung

      Delete
  2. pendek lg entry ni.....wat la lagi panjang......btw memang berbaloi naik cruise kat mines tuh .... murah dan anak2 pun happy...kak elly selalu gak bawak anak2 nek hahahahhahaha sebenarnya diri sendiri yang lebih teruja wakkakakakkaa
    apa ke hal la, korang ni semua aktiviti berkaitan ikan kakakakakkakakakkakakka

    ReplyDelete
  3. ni panjang??? sekentot aku dah habis baca.. hahahaha

    mummy bercolor blocking lagi (gmbr last)

    ok, info baru aku dapat.. nak naik boat tu jugak.. tak yah susah2 carik parking dlm mines.. untung2 boleh jumpa org yg tegur kudin chienese look tu.. kah kah kah..

    ReplyDelete
  4. Cantik tak ai bercolor blocking??? Kuning x hengat! best mekchu naik bot tu walaupun sekejap.. tak payah pening nak cari parking juge...

    ReplyDelete