Thursday, February 28, 2013

Perbualan Suami Isteri, babah dan impian ;-)

Babah cakap nak beli motor kapcai tu... iyelah kat area rumah kami ni jem tak hengat... letih asyik stuck dlm jem... so bila ada moto senang sikit nak merempit...
Tapi mami kurang percaya
Betul ke babah nak pakai motor kapcai tu
Bukan apa
Kesian kat motor kapcai tu nanti nak menampung berat berlebihan kihkihkih..

   
Tetiba.... kunun tak nak beli motor besar cos nanti nak kena join ride ngan geng geng opis... alasan yang mcm tak berapa sesuweiiii kan???

Tapi bila mami bagi GREEN LIGHT boleh ride dengan geng geng opis hah terus survey moto beso ngko!!! Cesss dasar!!


Tapi bagus
Inilah yang kita cari
Suami mithali
Sayang jugak kat bini dia yang hitam dan makin tembam ni
Bila bini dia bagi green light
Terus excited survey motor versys dia
Terus bersemangat nak menabung
Impian dia nak beli motor versys tu cash... (AMIN)
Moga impian mu tercapai ye babah... kihkihkih....

Mami ni tak kesah pun
Babah nak beli motor besar ke
Nak beli kapcai ke
Kalau itu dah hobi dan minat babah
Tunaikanlah impianmu
Life is short
So enjoy it to the fullest, dear!


Wednesday, February 27, 2013

Boleh Tak Jadi Sedikit Professional??

As Salam,

Sungguh mami tak faham
Banyak sangat dah yang mami tolerate dengan skul Akeem ni
Mami bukan nak jadi cerewet or mengada ngada
Cuma mengharapkan sedikit professionalism dari pihak mereka, BBIM

Statement "I think" tu... yang buat mami rasa sungguh tak professional... sungguh sungguh buat mami rasa sentap! Terluka tau!!!
Semalam tetiba mami dapat sms dari sekolah
Kata mami terlupa bayar school fee
Padahal mami dah bayar on 5 Feb 2013 lagi!!!
Kenapa diorg tak check email ke database diorg ke sebelum sms parent
Mami sentap tau!!
Pastu diorg akui
Itu silap mereka
Pehlisss jadilah sedikit professional
Jangan musnahkan credibility anda dan sekolah anda di mata mami!!

Hari ni mami check email
Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) ada hantar invoice
Kata mami ada due payment sebanyak RM2320
Hoiiii apakah?? (hah mula lah mami nak menggunakan bahasa kasar ni)

Terus mami report kat babah
Then babah pun reply email tu

Pre Registration
BBIM Annual Registration            RM1060
Tuition Fee-Full Day (Jan 2013)   RM580
Little Scientists                                RM200
Student Attire                                   RM150 (2 School Uniform + 1 Sports uniform)
  Total  RM1990fully paid before the school start at 2nd Jan 2013. This was paid in cash to Equine Branch Manager. We have the manual receipt at home

Tuition Fee-Full Day (Feb 2013)  RM580 paid on 5th Feb 2013. Attached is the receipt from Maybank2u

Could you please provide us the details on Balance Forward RM1,740.00 as per invoice?

Kalau kejadian ni jadi kat korang
Korang marah tak??
Mami tak marah ohkey
Cuma mengharapkan
Boleh tak BBIM jadi sedikit professional???

Tuesday, February 26, 2013

Bila Mood Rajin Dia Datang

As Salam,

Sejak dah bersekolah ni rajin betul dia pegang pensel dan warna
Melukis melukis melukis
Mewarna mewarna mewarna
menconteng menconteng menconteng

Bila mood rajin dia datang siang malam nak mewarna melukis dan menconteng

Ni malam tadi (tu pakai seluar buruk je sebab tengah training tak pakai pempes -- toward diaper free!)

Ni pagi tadi dah la bangun lambat, nangis pulak tak nak bangun... tup tup sampai kat tangga nak pulak melukis grrrrrr sabarrrrrr lambat la mami ngko masuk opis arini!

Tapi yang paling tak tahan
Habis satu rumah bersepah
Mami sabar kan je lahhh....
Demi dia, mami relakan (^_^)
 
Kalau setakat sepahkan dengan warna je tak pe jugak
Ni ha abis segala barang dalam laci kabinet dapur mami tu dia keluarkan
Aduyaiii anak
Kadang kadang mami bertukar jadi resaksa... grrrrrr!

Semalam sedang mami memasak
Bukan main happy dia teraburkan ruang tamu

Cuba kira ada berapa sudip dan senduk yang korang nampak? Huhuhu....
Ni yang buatkan mami tak sabar nak siapkan projek playroom Akeem
Siap kan?? Hahaha mula pun tidak lagi...
Tapi kalau cenggini lah gayanya skill Akeem mewarna
Memang dah jadi kategori WAJIB buat playroom
Apa kata babah???
Babah jugak jadi rujukan hehe -- rujukan ada makna (^_^)



Monday, February 25, 2013

Maafkan Mami, Kawan

As Salam,

Perasaan bercampur baur-- tatau nak kata happy ke, tenang ke
Tapi rasa sangat "nyaman"
First time rasa macam ni
Buat buat selfish
Durjana sungguh!

Sejak tahun 2007
Setiap kali minggu pendaftaran (enrollment week)
Mami tak pernah tak berpeluh ketiak
Mami antara manusia paling busy
Sejak sekian lama
Tak pernah mami rasa tenang macam ni
Langsung malas nak ambil port
Apa yang berlaku during enrollment
Durjana
Sungguh durjana!

Last week dah hand over apa yang patut dekat team baru
Biarlah tampuk pimpinan baru pulak yang menunjukkan leadership
Mami ni dah agak veteran
Dah tak larat nak menanggung beban emosi -- chewaahhh
Team baru pun semuanya muda belia
Hebat hebat belaka
Datang dari seantaro dunia - France, Nigeria, Tajikistan, Kuwait, Maldives, India...
Pendek kata you name it you'll get it lah!
Kan mami ni kerja kat the  most globalized university kat Malaysia
Lagipun bagilah mami masa nak berehat dan bertenang seketika -- kan planning nak bagi adik kat Akeem, so tak boleh stress stress maa... (^_^) klik sini

So maafkan mami ye
Kalau hari ni you all nampak mami macam goyang goyang kaki je
Mami hanya bekerja di belakang tabir je hari ni okey...

Takde gambar baru lah kat opis... tapi demi nak menunjukkan yang kami ni sungguh international terpaksa lah up gambar ni jugak hehe... see sungguh international kan? Kan? Kan?

Friday, February 22, 2013

Shopping Online

As Salam,

Memang best dan sangat senang kalau shopping online kan?
Tapi mami ni jenis tak berapa nak suka sangat membeli online
Setakat 'window' shopping online
Memang sangat suka!!
Best betul cuci mata dan melampiaskan nafsu bershopping
Sambil duduk depan PC dlm bilik ber aircond dan goyang goyang kaki!

Sepanjang pengalaman mami beli barang secara online
Semuaaaaaanya negative -- huhuhu nasib sangat malang!

Pernah beli tudung kat Rad*****
Dalam online nampak cantik
Tapi bila sampai tak puas hati sangat dengan material tudung tu

Pernah beli baju ala ala peplum kat Oh***ShoppingOnline
Memang baju baju dia sangat murah
Tapi kualiti
HANCUSSSS
Kecewa...

Pernah juga beli baju GAP Akeem -- dah lupa beli kat mana
Selalunya GAP ni kalau beli saiz 24 months
Ngam ngam untuk Akeem -- Akeem ni kecik je..
Tapi bila mami beli online saiz 24 mths
Keciklah pulakkk....
Huhuhu...

Pendek kata semua pembelian mami secara online
Tak berhasil
Kurang memuaskan hati
Keciwa!

Mami ni jenis ortodok kot
Jenis orang orang kampung
Yang tak berapa pandai nak beli online
Kalau beli barang
Mesti nak kena test, rasa dan tengok dengan mata kepala sendiri

OR
Adakah mami ini cerewet???
Oh tidakkkkk
Saya seorang yang sangat sederhana :D



Thursday, February 21, 2013

Mampu ke Korang ??

As Salam,

Cess pagi pagi dah ganggu rutin harian mami
Sepatutnya eh bukan selalunya
Setiap hari lepas stand up meeting
Mami and the gang akan breakfast kat "dining table" kami kat belakang bilik we all tu
Tapi hari ni pagi pagi dah kena pergi IELTS speaking test
As a lecturer at Limkokwing ni kami kena amik IELTS test setiap 2 tahun sekali - huh lap peluh!!
IELTS ni ada beberapa components such as Listening (payoh nok mapoh), Reading dan juga Speaking
Dua components mami dah buat last time
So ni nak buat speaking je lagi

Tak puas hati betul tadi
Banyak kan main soalan tanya masa speaking test
Lelah nak bercakap banyak banyak
Macam macam pulak cikgu tu tanya -- heeee sekali aku jotos karang baru tau!
Mula mula suruh perkenalkan diri -- so mami introduced myself

Pastu tanya pasal BFF -- mami cerita lah serba sedikit
"For me, my husband is my BFF... since we met 15 years ago.. bla bla bla.."
Ha kau semua citer keluar kihkihkih
Pastu cikgu tu tanya lagi dan lagi dan lagi...
Tetiba, "now, you'll be given topic to talk about 2 minutes"
Mami like -- what you haven't give me the topic yet???

Mangkok!
Yang aku cerita panjang lebar tu rupanya baru introduction -- cessss!!!
So dia bagi topik
Seminit prepare seminit lagi untuk bercakap
Tahu tak berapa lama mami amik test tu??
20 minutes bercakap tanpa renti uols!!!
Korang mampu cakap tanpa renti 20 minutes?

HAHAHAHA
Mami mampu
Dalam kelas kan kami kena bercakap 2, 3 jam tanpa renti
takat 20 minutes tu apalah sangat....

Dan
Secara tak sedar
mami akui
Akeem banyak cakap maybe terikut genetik mami kot
Iye ke babah?

Toh Puan sedang bersiap nak pergi speaking test -- testing ninja inner neck baru -- macam rupa singh lah! Cess! Tapi bos mami cakap macam Siti Nurhaliza -- sila muntah darah... buwekkkk!

Wednesday, February 20, 2013

I "Think" I am Ready

As Salam,

I 'think' I am ready to be a 'preggy' mommy again
Wahhhhh kan main buat public confession
Cam tahap retis pulak
Hahahaha ~

Hati ni berat jugak nak bagi (ingat boleh main bagi bagi cenggitu je ke?) adik kat Akeem
Dia selalu cakap
Akeem kan baby -- sedih mami dengar...
Tapi banyak sebab jugak yang membuatkan mami rasa
I "think" I am ready...

Antara sebabnya

Pertama: faktor usia
Mami ni memanglah muda lagi
Baru 24 (+10) tahun
Ramai yang cakap kalau preggy lambat nanti penat

Kedua: Akeem sudah manja terlampau
Kadang kadang memang rasa kesian kat Akeem
Dia terlalu attach dengan kami
Payah nak berenggang
Manja terlampau jugak tu
Walaupun dia masih baby lagi
Tapi kan main bossy
Asyik mengarahhhhhhhh je kerjanya!
Risau jugak kalau terlampau manja nanti
Jadi Anakku Sazali pulak, susah!

Ketiga: Akeem perlukan kawan bermain
Mami dengan babah dah tak larat nak lawan otomen Akeem yang makin kuat dan ganas
Abis muka mami dan babah calar balar kena cakaran otomen
Babah pun dah tak larat nak jadi resaksa
Asyik kena lenyek ngan otomen
Otomen Akeem pulak mesti nak menang je!
Kalau dapat adik lelaki hah biarkan diorang bertumbuk sama sendiri ~ hahahaha ~


Keempat: Babah kata lepas bersalin boleh kurus
BETUL KE BOLEH KURUS KORANG????

Maka
Encik Babah silalah plan honeymoon tripssss yang best best ye! (^_^)


Dia tetap jantung hati kami selamanya!


Tuesday, February 19, 2013

Doa Mami Supaya Dia Jadi Anak Yang Soleh

As Salam,

Petang semalam hujan
Lebat pulak tu
Mami berdoa supaya tak jem teruk sangat
Kalau teruk jem lambatlah ambil Akeem dari kindy dia
Alhamdulillah walaupun hujan
Tapi jalan tak jem teruk
Mungkin ramai lagi yang masih bercuti

Ambil Akeem dari kindy
Pot pet pot pet dalam kereta dengan dia
Macam macam yang dia tanya
Rajin betul bercakap Akeem ni
Betul betul macam mami (^_^)

Babah balik lambat sikit
So sementara mami masak nasi dan goreng ikan
Akeem main sorang sorang
Sempat jugaklah jeling jeling
Apa dia buat
Budak kecik tu bukan boleh percaya sangat
Kalau senyapppppp je
Mesti ada 'agenda' dia yang tersendiri
Selalunya dia akan main air kat sinki
Tak pun  senyap senyap ambil henfon mami dari henbeg

Tapi semalam
Akeem kan main baik
Mami nampak dia sembahyang Maghrib sorang sorang
Walaupun masih tunggang langgang dan tak cukup rakaat lagi
Tapi kira ok lah tu kan...
At least dia ada initiative nak cuba cuba sembahyang
Mami gembira, suka tengok perkembangan positif dia
Doa mami supaya dia jadi anak yang soleh
Amin!

Comel tengok mulut dia terkumat kamit... ntah apa la yang dia baca... hehe

Monday, February 18, 2013

Bapak Borek Anak Rintik

As Salam,

Kalau tak pergi mana mana
Inilah Aktiviti mereka (termasuk mami juga)
Sungguh tak productive dan passive!
Sebab tu jarang sangat wiken duduk rumah
Baik pergi jalan jalan ngeee....

Lihatlah rumah ku syurga ku... tilam spare dalam store tu pun Akeem tak bagi simpan semula dalam store... rumah bersepah tahap melampau... hehe tapi hero berdua ni kool je melayan gadget masing masing -- terbaek!

Sunday, February 17, 2013

Gen2 Merajuk Lagi

As Salam

Kesian Gen2
Makin lama makin sensitip
Maklumlah usia pun dah nak masuk 8 tahun
Silap sikit je merajuk silap sikit je merajuk
Lebih kerap rajukan dia bila babah pakai kereta putih tu

Semalam babah bawak dia pergi mandi
Dah beberapa bulan tak mandi
Elok je lepas siap mandi wangi wangi
Dia meragam
Tak boleh nak start
Tak nak hidup
Nasib baik kedai basuh kereta tu dekat je sebelah workshop je
Macha (or bangla) tu tengok sana tengok sini
Godek sana godek sini
Akhirnya hidup semula
Fuse ke starter ke kunci je longgar (entah mami tak berapa pasti sangat -- tak berapa ingat apa yg babah cakap semalam)

Yg rambut cam megi tu bukan babah (dan pastinya bukan mami) tapi itu adalah macha yang telah menyelamatkan Gen2 (^_^)

Saturday, February 16, 2013

Toward Diaper's Free

As salam,

Hari ni first time mami betul betul tekad nak ajar Akeem diaper's free
Sejak dua menjak ni dia asyik cakap nak kencing kat toilet
Tapi bila bawa pergi toilet
"Tak keluar pulakkk" katanya

Akeem sekarang berusia 3 tahun 3 bulan dan 2 hari
Memang mami agak lewat nak ajar dia diaper's free
Maaf lah
Mami ni malas sikit
Tapi since dia dah pandai cakap ni
Tergerak nak ajar dia diaper's free
Manalah tahu kot tak lama lagi nak dapat adik
Ehh ehh..

Hari ni sejak pagi
Sampai sekarang dah pukul 5pm ni masih berjaya tidak memakai pempes
Dan hanya sekali je dia terkencing
Fuhhhh sib baik dia terkencing kat luar rumah
Haha tapi kelakar pulak tengok dia kejap kejap tarik seluar
Kejap kejap tarik seluar
Tak selesa kot sebab angry bird goyang goyang (^_^)

Susah nya nak tangkap gambar Akeem
Nampak je mami nak tangkap gambar mesti dia lari
So dapatlah sekeping ni aje
Itupun dia baru terlelap ni
Harap harap dia tak terkencinglah masa tido ni

Friday, February 15, 2013

Reward Untuk Diri Ku

As Salam,

Hari ni mandom betul
Mood tak baik
Pagi pagi selalunya mesti bercakap tak berenti
Tak tau lah apa yang menyebabkan mood swing ni
PMSing kah?
Mungkin juga

So lunch tadi terpaksa pergi Alamanda
Bukan saja saja nak berjalan atau curi tulang
Tapi untuk mengembalikan mood yang hilang
Bila mood hilang
Nanti kerja tak produktif
Tak bagus untuk company
Hamboiiii alasan..... kan main!

Tak beli apa apa pun kat Alamanda
Just beli bedak je
Dah lama nak beli bedak
Tapi asyik tangguh je
Mami ni jenis yang sederhana
Beli bedak RM95 ni pun pikir 5, 6, 7, 8 kali tau!!

Beli ni je dan puting botol susu Akeem dan menan Akeem..

Harap Minggu Ini Lambat Berakhir

As Salam,

Hari ni dah Jumaat
Oh cepatnya masa berlalu
Tolonglah
Mami harap minggu ni lambat berakhir

Eh dah kenapa?

Selalunya mami lah orang pertama berdoa cepatlah Jumaat
Tak sabar nak tunggu Sabtu dan Ahad
Nak lepak lepak kat rumah dengan 2 hero kesayangan
Tapi kali ni lain pulak
Mami berdoa supaya janganlah cepat sangat habis minggu ni

Bukan apa
Sepanjang minggu ni
Pergi dan balik kerja macam heaven -- bukan bermakna mami ni suka sangat pergi kerja
Tapi rasa sangat best sebab jalan sangat lengang
Suka suka suka
Cepat je sampai office, rumah
Tak sempat pun nak wassap ke sms ke check FB ke masa dalam kereta

Isnin nanti mesti bermula rutin jem yang menyeksakan itu
Stress
Paling mami stress time petang
Masa nak balik kerja
Bukan mami tak redha, redha je stuck dalam jem
Cuma rasa sangat bersalah dan kesian kat Akeem
Mami terpaksa ambil dia lambat dari kindy
Kesian dia
Rasa cam nak terbang je!

Harap
Jalan yang lengang ini berkekalan.
Amin.

Kat sinilah selalunya mami akan tersangkut hampir 45 minit, kat traffic light paling lama di dunia (16 Sierra) padahal dari sini ke rumah hanyalah 5, 6 km je... arghhhhh banyak banyak bersabar!

NB: sebenarnya sudah sangat pasti jalan akan sesak semula. Ohhhhhh... tinggal harapan je lah harapan ini...


Thursday, February 14, 2013

Asam Pedas Batu Pahat dan Kari Kambing 40 hari

As Salam,

Sempena Chinese New Year baru baru ni mami balik Yong Peng, Johor
Balik Johor ni best sbb makanan best best
Mesti korang semua terbayangkan beriani gam, mee bandung, soto, asam pedas, mee racun, kacang pol etc
Kali ni cuaca mendung -- poket pun agak mendung
So tak sempat nak penuhi misi JJCM
Takat try makan asam pedas kat tempat feveret abah in law kat Batu Pahat -- Asam Pedas Man Cathay
Korang kena try tau asam pedas kepala ikan merah ni...
Ikan memang fresh sangat

Ikan ni memang fresh. Terbaek.

Pastu sarapan kat gerai roti canai kari kambing 40 hari
Perghhhh kambing dia terbaik
Kambing muda 40 hari je umurnya (tekaan mami lah)
Tak pun, kari kambing tu di"peram" 40 hari!!
Nauzubillah... hehehe

Exact location mami tak tahu tapi kalau dari Yong Peng on the way ke Air Hitam akan nampak kedai ni kat tepi jalan je.. kalau datang lambat tak merasalah nak makan kambing sebab orang memang ramai... padat, sendat!

Jangan terpedaya ok Akeem tak makan pun kambing tu dia makan spegeti yang mami masak, kalau korang tak tahan nak tunggu lama kena stenby bawak food sendiri sebab orang terlalu ramai dan food agak lambat sikit sampai. tapi dun wori memang berbaloi baloi...


Tuesday, February 12, 2013

Dia Yang Semakin Keletah

As Salam,

Kejadian ni berlaku waktu subuh tadi
Kami masih berada di Yong Peng -- Kat rumah mak satu lagi
Lepas solat mami sambung tido
Cuaca mendung
Syok nak tarik selimut semula

Baru nak lelap mata
Akeem pulak bangun -- haish potong betul!
Dia tanya "nenek mana?"
Mami jawap "nenek masak"
Dia tanya lagi "mami tak masak?"
Pause
Diam jap
Cari ayat yang sesuai nak bagi tahu dia
Nak kata mami nak tido
Tak patut pulak
So, mami jawap pendek je
"Mami tak masak"
Dia terus cakap "TAK PATUT TAK PATUT"
Ahhhhhhhh sentap!
Upinnnn Ipinnnn marah betullah mami kat uols!!
Akeem dah terpengaruh ngan uols ni!

Tapi memang tak patut kan
Mak sebuk sebuk masak sarapan
Mami bantai sambung tido
Menantu hantu betul!
Tak patut tak patut... :p

Friday, February 8, 2013

Tertido Sudah

As Salam

Dalam kemeriahan dentuman mercun
Anak bertuah ni dah tertido
Penat agaknya sebab dari pukul 8pm tadi
Tak henti henti dia jadi otomen belasah babah si resaksa
Energy dah abis kot...

Pandai la ye ko anak
Esok cuti
Baru je mami plan nak bangun lambat
Kompem la Akeem bangun awal esok nih
Takpelah kalau bangun awal boleh jenjalan Melaka awal sikit
Sebelum bertolak balik ke Yobg Peng -- turn balik rumah mak satu lagi pulak..

Rekod paling awal tido tahun 2013
9.40pm
Sweet dream sweetheart!!
Hah dah berdengkur pun!
Ngeeee anak babah

Bulan Kedua Pun Masih Menangis

As Salam,

Nak kata susah hati tak juga
Tapi penatnyaaaaaa
Sebab tiap tiap hari
Tiap tiap kali nak kejut bangun pagi Akeem mesti nangis
Tiap tiap hari sepanjang January nangis
Tak nak pergi sekolah
Tiap tiap hari even dah masuk bulan Feb ni pun tetap nangis
Tak nak pergi sekolah
Katanya "Akeem nak duduk rumah je"

Macam macam cara dan tips pujukan mami gunakan
Masih kurang berjaya nak pujuk dia supaya happy nak pergi sekolah

Kejut pagi pagi dengan cara paling ceria -- sudah!
Buat dunno (dekkk dan hati kering) -- sudah!
Ceritakan keseronokan main ngan kawan kawan -- sudah!
Bekalkan kan bantal busyuk kesayangan -- sudah!
Bagi bawa menan kesayangan -- sudah! (menan tu pun dah hilang kat sekolah)
Bagi upah secara meterialistik -- sudah!
Bagi upah pergi main games kat Giant dan Jusko -- sudah! (selang 3 hari mesti main games especially bila dia ada 'slight' improvement)
Penuhi tuntutan dia nak tengok shark kat Aquaria -- sudah!
Bagi 'kuasa' mami kat dia -- sudah!
Dia nak tengok shark kat Australia -- yang ni belum lagi tengah menabung :)

Ginilah caranya mami transfer power mami kat dia -- peluk kuat kuat sebelum dia pergi sekolah sambil buat bunyik otomen yang nak abis power bila lawan ngan resaksa... (ampunkanlah muka mami yang tiada mekap tu, itu muka orang terlambat bangun tido -- pagi ni hujan terlajak terus haha!)

Apa lagi yang mami kena buat supaya dia happy nak pergi sekolah??
Tapi bila mami amik dia waktu petang
Dia macam happy je
Teacher pun heran betul ke Akeem ni nangis pagi pagi
Tak nak pergi sekolah

Tengok... kan main happy je bila petang semalam mami nak amik dia...

Maybe dia ni terlalu attached dengan kami
Pagi pagi tu sayaaaaangggggg sangat
Nak berenggang dengan mami yang gojes dan babah dia yang hensem ni kot (erkk muntah!)
So apa yang mami boleh buat
Hanyalah bersabar
Moga masa akan mengubah segalanya!!

Nota kaki: babah kata Akeem tak nangis pagi tadi... first time tak nangis selepas 24 hari menangis tanpa gagal. Alhamdulillah! #syukur

Thursday, February 7, 2013

Dah Pandai Berdikari

As Salam,

Semalam mami kerja over time sikit
Balik awal dalam kul 5pm
Amik Akeem dari kindy
Terus masakkan cekodok untuk babah ngan Akeem
Minum petang la kunun
Pastu kocoh kocoh masakkan nasi goreng paling simple untuk mereka berdua

Cekodok pertama untuk tahun 2013

Kul 7pm mami gerak semula ke opis sambung kerja
Kena sambut Kak Ros untuk majlis dinner meraikan students Generasi Global yang baru balik dari London
IYE betul 4 bulan lepas Limkokwing University bersama sama ngan Felda
hantar 100 students Felda ke London
Untuk belajar satu semester di London -- bertuah betul diorang!
Diorang baru balik dari London bulan lepas
Seronok tengok ramai yang dah transformed
Baguslah itu yang kita mahu
Tapi anak anak dan adik adik sekelian
Sejauh mana kita pergi
Jangan lupa jasa siapa yang mendidik mengasuh kita
Sehingga kita menjadi siapa kita hari ini okeh..

Tiga dara yang rajin bekerja.. buat buat rajin kat meja registration media, VIP and students

Disebabkan mami adalah seorang pekerja 'yang menurut perintah'
So dengan taat datang balik kerja sampai kul 10pm
Terpaksa jugak balik awal sebab kesiankan Akeem
Babah dah lah meeting -- mujur meeting from home je
Jadi terpaksa lah Akeem berdikari
Main sorang sorang
Makan sorang sorang
Mujur ada otomen buat pantauan dari jauh
Hmmmm kesian anak mami
Terpaksa berdikari :(

Sib baik ada otomen tengo tengokkan Akeem -- time kasih otomen

Aaaaaaaa nganga luas luas mamam sendirik -- babah tak sempat suapkan cos tengah meeting

Wednesday, February 6, 2013

Sentap

As Salam,

Marah sungguh mami ni
Sentap!
Puncanya -- ada orang salah call..
Laaa apalah mami ni cepat sangat berhangin
Orang salah call apa lah sangat kan?

Ini bukan salah call biasa
Salah call yang luar biasa
Yang memang buat mami rasa sangat tak puas hati
Ni dah kali kedua salah call macam ni
Mintak benda yang tak patut pulak tuh... grrrr

Jangan salah paham ye
Bukan call dari budak budak yang cakap benda benda merapu atau tak senonoh tu
Bukan 18SX punya call

Dah dua kali orang orang tidak di kenali cari Rosliza Ahmad
Dan mami pun cakaplah "saya bukan Rosliza Ahmad"
Tak percaya siap diorang suruh bagi last 4 digit IC mami pulak
"Untuk pengesahan" katanya
Bila mami tanya "untuk pengesahan apa"
Dia kata "personal reason" -- ah blah jangan nak menyibuk ohkeh!

Haish tak pasal pasal mintak nombor IC mami
Lepas tu tak nak cakap untuk tujuan apa..
Mau mami tak hangin!
Dahlah cakap dengan sungguh tak professional
Langsung tak introduce nama dia -- kalau official call mesti introduce diri dulu kan?? Selalunya mami buat cam tu kalau call secara rasmi atau atas urusan kerja..
Bila mami refused tak nak bagi last 4 digit tu dia pulak macam marah dan tak puas hati
"Heyy... my IC number is my right nak bagi ke tak bagi ke itu HAK saya ohkeh!" Rasa nak cakap cam tu je kat pompuan tu...

Mami hanya berhati hati
Tak nak senang senang je bagi personal info kita kat sesiapa
Maklumlah sekarang macam macam kes
So kawan kawan semua
Baik kita berhati hati ye.

Pompuan tu call dari IGMS
Mami tak tahu pulak ada such company
Cari kat gugel jumpa lah link tu
Kepada sesiapa yang kerja kat situ
Please take note
I am NOT Rosliza Ahmad ohkeh!  
Do not call me again. 
 









Monday, February 4, 2013

Si Jerung

As salam

Wiken lepas pergi jenjalan kat Alamanda
Ajak Akeem pergi MPH
Maklumkah jarangggg sangat mami belikan dia buku
Sekarang ni ada lah sikit kerajinan Akeem nak 'membelek' buku buku

Masuk je MPH suruh dia carik buku dia sendiri
Haip bukan buku yang dia carik
Tapi menda ni hah -- soft toy JERUNG!
Layan kan je lah RM20 je -- babah belanja :D

Friday, February 1, 2013

1 Feb 2013, Selamat Hari Wilayah

As salam,

Hari ni 1 Feb
Orang orang yang kerja kat KL, Putrajaya sedang bercuti
Untunglah...
Mami kerja kat Cyberjaya
Tapi sedang bercuti juga (^_^)
Ini cuti terpaksa namanya
Sebab???

Sebab kindy Akeem tutup
Hari ni hari khas untuk seluruh warga kerja Brainy Bunch "berehat"
Mereka semua sedang refreshing and reenergize untuk menghadapi anak anak comel kami for the month of Feb...
Sabar je lah terpaksalah mami korbankan annual leave!

Ingat nak bangun lambat sikit -- maklumlah cuti kan...
Tapi budak kecik ni tau tau je arini tak skul
Bangun kan main awal -- kalau hari skul punyalah susah nak bangun pagi!
Bangun bangun je terus nak tengok turtle
Tengok kat tv je lah dulu ye Akeem
Next month plak kita pergi Aquaria okeh!