Friday, February 8, 2013

Bulan Kedua Pun Masih Menangis

As Salam,

Nak kata susah hati tak juga
Tapi penatnyaaaaaa
Sebab tiap tiap hari
Tiap tiap kali nak kejut bangun pagi Akeem mesti nangis
Tiap tiap hari sepanjang January nangis
Tak nak pergi sekolah
Tiap tiap hari even dah masuk bulan Feb ni pun tetap nangis
Tak nak pergi sekolah
Katanya "Akeem nak duduk rumah je"

Macam macam cara dan tips pujukan mami gunakan
Masih kurang berjaya nak pujuk dia supaya happy nak pergi sekolah

Kejut pagi pagi dengan cara paling ceria -- sudah!
Buat dunno (dekkk dan hati kering) -- sudah!
Ceritakan keseronokan main ngan kawan kawan -- sudah!
Bekalkan kan bantal busyuk kesayangan -- sudah!
Bagi bawa menan kesayangan -- sudah! (menan tu pun dah hilang kat sekolah)
Bagi upah secara meterialistik -- sudah!
Bagi upah pergi main games kat Giant dan Jusko -- sudah! (selang 3 hari mesti main games especially bila dia ada 'slight' improvement)
Penuhi tuntutan dia nak tengok shark kat Aquaria -- sudah!
Bagi 'kuasa' mami kat dia -- sudah!
Dia nak tengok shark kat Australia -- yang ni belum lagi tengah menabung :)

Ginilah caranya mami transfer power mami kat dia -- peluk kuat kuat sebelum dia pergi sekolah sambil buat bunyik otomen yang nak abis power bila lawan ngan resaksa... (ampunkanlah muka mami yang tiada mekap tu, itu muka orang terlambat bangun tido -- pagi ni hujan terlajak terus haha!)

Apa lagi yang mami kena buat supaya dia happy nak pergi sekolah??
Tapi bila mami amik dia waktu petang
Dia macam happy je
Teacher pun heran betul ke Akeem ni nangis pagi pagi
Tak nak pergi sekolah

Tengok... kan main happy je bila petang semalam mami nak amik dia...

Maybe dia ni terlalu attached dengan kami
Pagi pagi tu sayaaaaangggggg sangat
Nak berenggang dengan mami yang gojes dan babah dia yang hensem ni kot (erkk muntah!)
So apa yang mami boleh buat
Hanyalah bersabar
Moga masa akan mengubah segalanya!!

Nota kaki: babah kata Akeem tak nangis pagi tadi... first time tak nangis selepas 24 hari menangis tanpa gagal. Alhamdulillah! #syukur

No comments:

Post a Comment