Thursday, February 7, 2013

Dah Pandai Berdikari

As Salam,

Semalam mami kerja over time sikit
Balik awal dalam kul 5pm
Amik Akeem dari kindy
Terus masakkan cekodok untuk babah ngan Akeem
Minum petang la kunun
Pastu kocoh kocoh masakkan nasi goreng paling simple untuk mereka berdua

Cekodok pertama untuk tahun 2013

Kul 7pm mami gerak semula ke opis sambung kerja
Kena sambut Kak Ros untuk majlis dinner meraikan students Generasi Global yang baru balik dari London
IYE betul 4 bulan lepas Limkokwing University bersama sama ngan Felda
hantar 100 students Felda ke London
Untuk belajar satu semester di London -- bertuah betul diorang!
Diorang baru balik dari London bulan lepas
Seronok tengok ramai yang dah transformed
Baguslah itu yang kita mahu
Tapi anak anak dan adik adik sekelian
Sejauh mana kita pergi
Jangan lupa jasa siapa yang mendidik mengasuh kita
Sehingga kita menjadi siapa kita hari ini okeh..

Tiga dara yang rajin bekerja.. buat buat rajin kat meja registration media, VIP and students

Disebabkan mami adalah seorang pekerja 'yang menurut perintah'
So dengan taat datang balik kerja sampai kul 10pm
Terpaksa jugak balik awal sebab kesiankan Akeem
Babah dah lah meeting -- mujur meeting from home je
Jadi terpaksa lah Akeem berdikari
Main sorang sorang
Makan sorang sorang
Mujur ada otomen buat pantauan dari jauh
Hmmmm kesian anak mami
Terpaksa berdikari :(

Sib baik ada otomen tengo tengokkan Akeem -- time kasih otomen

Aaaaaaaa nganga luas luas mamam sendirik -- babah tak sempat suapkan cos tengah meeting

No comments:

Post a Comment