Friday, February 15, 2013

Harap Minggu Ini Lambat Berakhir

As Salam,

Hari ni dah Jumaat
Oh cepatnya masa berlalu
Tolonglah
Mami harap minggu ni lambat berakhir

Eh dah kenapa?

Selalunya mami lah orang pertama berdoa cepatlah Jumaat
Tak sabar nak tunggu Sabtu dan Ahad
Nak lepak lepak kat rumah dengan 2 hero kesayangan
Tapi kali ni lain pulak
Mami berdoa supaya janganlah cepat sangat habis minggu ni

Bukan apa
Sepanjang minggu ni
Pergi dan balik kerja macam heaven -- bukan bermakna mami ni suka sangat pergi kerja
Tapi rasa sangat best sebab jalan sangat lengang
Suka suka suka
Cepat je sampai office, rumah
Tak sempat pun nak wassap ke sms ke check FB ke masa dalam kereta

Isnin nanti mesti bermula rutin jem yang menyeksakan itu
Stress
Paling mami stress time petang
Masa nak balik kerja
Bukan mami tak redha, redha je stuck dalam jem
Cuma rasa sangat bersalah dan kesian kat Akeem
Mami terpaksa ambil dia lambat dari kindy
Kesian dia
Rasa cam nak terbang je!

Harap
Jalan yang lengang ini berkekalan.
Amin.

Kat sinilah selalunya mami akan tersangkut hampir 45 minit, kat traffic light paling lama di dunia (16 Sierra) padahal dari sini ke rumah hanyalah 5, 6 km je... arghhhhh banyak banyak bersabar!

NB: sebenarnya sudah sangat pasti jalan akan sesak semula. Ohhhhhh... tinggal harapan je lah harapan ini...


No comments:

Post a Comment