Friday, February 17, 2017

TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA

As Salam 

Semua nak kulit bersih kudus tulus mulus kan?
Tapi ramai tak yang rajin nak jaga muka

Scrub?
Mask?
Pakai skincare?
ITULAH KITA NAKKKKK JE CANTIK 
Tapi bab bab penjagaan malas kebeno
CULAS!
Iol lah tu

Ni nak citer macam mana nak kulit gebus gojes
Tapi dengan penjagaan minima
Pakai je dalam 30 minit dan secara konsisten
In shaa allah boleh dapat kulit yg diidamkan
GEBU
TAK BERMINYAK
LEMBUT

SAKURA MASK

Jika anda mempunya KULIT WAJAH yang KERING
Kebarangkalian kulit BERJERAGAT sangat tinggi.
Ada 3 tips yang boleh digunakan agar kulit uols tidak berjeragat dan kusam .

  1. Minum air minimum 2Liter sehari.
  2. Ketika keluar waktu siang, sentiasa lindung kulit wajah dengan krim wajah yang mempunyai SPF15++ ke atas. 
  3. Apply SAKURA MASK SEQY BEAUTY agar kulit wajah kekal lembap dan sihat.

In shaa allah dengan pengguna secara konsisten mampu mengatasi masalah kulit

Bukan 1 FUNGSI sahaja 
SAKURA MASK SEQY BEAUTY tu

Beribu-ribu lemon kebaikannya
MULTI FUNCTION GEL.
Dari bayi hingga dewasa boleh guna ye
SAKURA MASK PILIHAN TERBAIK SEISI KELUARGA

Gitu

Sangat berkesan menghilangkan parut


Sakura Mask ni BUKAN macam masker yg keras kat muka tu ye
Dia gel sejuk lembut

Membuat kulit moist selembut bayi.

Ni lagi tips nak kulit glowing sepantas 30 minit.  
Cara pemakaian SAKURA MASK

SATU SAKURA MASK SATU FAMILY
Muahhhh

Untuk pertanyaan lanjut boleh WA/PM
016.4447944
Agent Sah SeqyBueaty
COD: Cyberjaya/Putrjaya?Taman Equine

Monday, February 13, 2017

#IBUMUDA BERGELAR AGENT SAH SEQYBEAUTY

As salam

Maigadddd dah la blog sendu
Menulis setahun sekali
Aduhaiiii bertambah sendu pilu 

Takpe biarlah 
Yang dah berlalu biarkan ia berlalu. 
Gitu

Nak bagitau tahun 2017 ni ibumuda bersemangat nak mencuba benda baru
Ibumuda dah jadi AGENT SAH SEQY BEAUTY 
Apa best nya produk ni?

IG: ms_onie (BUKAN mama_onie)

Best sangat tau
Ibumuda kata best sebab sendiri pun pakai
BEST sebab skincare ni more kepada merawat dan mengembalikan kesihatan kulit wajah
Bukan sejenis yg peeling peeling dan bagi  muka 3 hari terus pom GEBUS, GOJES tu.
Kadang kadang ragu jugak dengan iklan produk kesan seawal 3 hari
Ada ke barang sebegitu baik tanpa side effect ye dok?

So hati hati ye kawan kawan sekelian 
Takmo sebab ghairah nak putih gebu gojes 
Kita terbeli barangan bermekuri
Habis rosak terus kulit muka

Set Skincare diformulasikan khusus untuk kulit Asia dan juga mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat, kusam, dan berminyak. Mengandungi pelbagai extract tumbuhan (alam semulajadi), tidak mempunya merkuri atau bahan-bahan terlarang, dan juga diluluskan pihak KKM.  

Fungsi dan Kelebihan Skincare SEQYBEAUTY =====================================
Cleanser (KKM Reg No : NOT141102733K) 1. Sebagai pelembap wajah (Vitamin E) 2. Membaik pulih sel kulit (Vitamin C) 3. Membuang kotoran padan wajah 4. Anti-Oxidant 5. Mencerahkan kulit (sumber dari alam semulajad) 6. Anti penuaan. Menegangkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan di wajah 7. Penyejukkan wajah (cooling agen, sumber dari cucumber) 8. Memudarkan jeragat dan bintik hitam. 9. Mengurangkan masalah kulit berminyak (sumber lemon citrus) 10. Anti-microbial
Toner (KKM Reg No : NOT150300575K) 1. Membantu menstabilkan pH kulit 2. Meminimalkan ukuran pori-pori dengan penggunaan yang tepat (menepuk-nepukkan toner pada wajah dengan menggunakan telapak tangan) 3. Memberikan perlindungan dengan mengangkat mineral yang terdapat pada air disaat anda membersihkan wajah. 4. Bertindak sebagai humektan, mengunci kelembaban sehingga mengurangi kekeringan saat kulit terkena sinar matahari. 5. Mengurangkan risiko berjerawat dan berkedut. 6. Mengawal sebum (kelenjar minyak) 7. Mengurangkan radang (kemerahan).
Serum (KKM Reg No : NOT150300577K) 1. Membuatkan struktur kulit lebih tegang dan anjal. 2. Melembapkan kulit wajah yang kering akibat jerawat. 3. Mengurangkan kedutan pada wajah (Anti penuaan) 4. Menghalus serta mencerahkan kulit. 5. Menutrisikan kulit. 6. Mencegah kegatal (iritasi) atau kemerahan akibat jerawat. 7. Menghilangkan flek pada wajah. 8. Mencegah pertumbuhan bakteria dan jerawat, 9. Mengawal sebum.
Day & Night Krim (KKM Reg No : NOT150300576K) 1. Menghilangkan jerawat dan parut bekas jerawat. 2. Memudarkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih di wajah (pigmen) 3. Mengecilkan pori-pori 4. Menegangkan dan menghilangkan kedutan pada wajah. 5. Menghilangkan parut di wajah 6. Menyegarkan kulit wajah. 7. Mengawal minyak 8. Mengurangkan kegatalan dan kemerahan (akibat jerawat) 9. Melicinkan tekstur kulit 10. Melindungi kulit dari sinaran UV
JOM cuba dulu sebotol eh
Sekali cuba
Pasti jatuh chenta!
Gitu.

PM/WA ibumuda 016.4447944

Tuesday, May 24, 2016

Chicken Pie | Mami Baked Sendiri

As Salam

First time nak bake pastry sendiri
Oven mami ni paling hebat mami guna buat chicken grilled, lamb grilled je lah
Okeh kagum tak mami mampu buat chicken pie

Ha ni hasil kejadian
Tak cukup menghairahkan warna dan rupa paras
Tapi sedap!
Taraaaa hebat tak mami?
Wahahahaha
Kalau mami mampu buat
Mami sendiri pun kagum
Ibumuda ni tak berapa pandai bab ni ye
Mami order je dari kawan mami
Frozen Pie
Senang
Bila bila nak makan bake je sendiri

Sapa nak sila WA dia ye
Jangan WA mami plak ^_*

Aduhaiii cecantik sangat hasil kejadian


Thursday, May 19, 2016

Malang Tak Berbau | Mujur Penyelamat Ada

Salam

Mami ni bukanlah cap mami yang rajin
Tapi gagahkan diri demi anak anak
Berazam nak kekal masakkan bubur nasik untuk bekalan Adik Haris
Sampai hari ni masih lagi gagah masak untuk adik Haris

Set alarm pukul 5 pagi
Mula mula liat nak bangun
Tapi lama lama
OK lah
Gagah dan masih berjaya jugaklah bangun masak bubur

Malam semalam adik Haris nangis nangis tak boleh tido
Tatau la kenapa
Balik dari taska babah yang ambil
Pastu dalam pukul 7 pm tertido kepenatan agaknya
Biasanya kami akan lepak lepak kat bilik bawah dulu
So adik Haris tido kat bilik bawah
Teman Abam Akeem siapkan homework
Makan
Kemas kemas sikit
Pukul 10 naik bilik atas

Bermulalah kejadian adik Haris
Nangis
Berguling
Gelisah
Tak dapat tido
Lama jugak
Kira kira sejam lebih
Sampai pukul 11 lebih la dia meragam
Ngantuk
Mata terpejam
Tapi tak boleh tido

Suspek dia kembung
So letak minyak angin
Still sama
Tak boleh tido
Dokong ok sikit pastu sambung amukan
Mami dah susah hati

Last last sebab tak tahu nak buat apa
Mami paksa babah bacakan surah Yaasin
Mami bisikan surah 4 Qul kat Adik Haris
Peluk dia rapat rapat sambil mulut tak henti baca Ayatul Qursi
Penuh harapan
Berserah
Menangis teresak esak mami
Sebab.... entah lah rasa hopeless sangat
Adik Haris slowly bertenang dan tertido dalam pelukan mami

Tatau lah may be perasaan mami
Sejak dua menjak ni adik Haris selalu tak lena tido malam
Pukul 3 pagi dia mula gelisah
Hati rasa tak sedap
Mami kadang kadang over thinking
Fikir yang bukan bukan
Takpe lah kita berserah pada Allah
Hanya dia yang mampu permudahkan segalanya
Hanya dia pelindung kita.


******************************

Eh sebenarnya nak citer lain
Okey memang puncanya dari adik Haris yang nangis nangis semalam dan kelmarin
So sebab dia meragam mami pun tido lambat
Dalam kul satu lebih kot baru tido
Itu pun tido tido ayam je

Bila alarm bunyi pukul 5 pagi
Aduhaiiiii beratnya nak bangun
Tapi bangun jugak
Mami buat bubur dia style tersendiri
Sebabkan dia tak suka ada ketulan tak suka ada rasa chunky
Baik ayam, udang, ikan dan sayur
So mami terpaksa tumiskan protein + sayur
Dah tumis tambah air sikit bagi reneh
Dah siap didih baru mami blend bahan bahan tumisan tu
Masukkan dalam slow cooker yang ada beras
Dalam 2 jam siap la bubur yang adik Haris suka makan
Sedang elok pukul 7 masak then 7.30 gerak pergi taska

Nak jadi cerita maybe sebab lalok tido tak lena
Masa dah siap blend tu
Masa nak tuang dalam slow cooker
Tatau la macam mana boleh tertekan blender kecik yang mami guna tu
Dah la suiz tak off
TERSEMBURLAH 3/4 SUP PANAS
HABIS KENA DADA, LEHER DAN PIPI MAMI
Mami pun maybe confuse
Kenapa tetiba sakit dan panas ni
Lambat berfikir
Then barulah dalam 10 saat reallized apa yg actually happened

Aduhaiiii panas dan perit rasanya
Bukak baju dan yang lain lain
Tengok dada, pipi dan leher dah merah
Tak fikir lain
Lari naik atas sapu SAKURA MASK SQB
Sejuk
Lega
Terus dalam 5 minit slow slow hilang kesan merah
Oh ini bukan cerita dan iklan berbayar ye
Kisah benar
Sebab dah banyak kali mami kena  minyak panas
Habis parut parut tangan
Tapi baru baru ni terkena oven
Sakit Yrabbi!
Melecur tapi bila sapu SAKURA MASK tu Alhamdullillah
Takde langsung kesan parut


Tu nampak kesan letupan minyak
Masa ni tak sakit so malas nak letak SAKURA MASK
Hambek kekal kesan parut hitam

Tak dapat lah ye nak tunjuk bukti kesan kemalangan air panas pagi tadi
Kena kat kawasan rahasia pulak
Kalau tunjuk karang hmmmm jadi lain plak cerita eh

OK kadang kadang malang tak berbau
Macam mami ni memang selalula kena minyak panas
Mujur dah jumpa penawar dan penyelamat
Terima kasih SAKURA MASK

Okeh mami tak jual benda alah ni
Sapa nak pergi cari sapa yang jual

Wednesday, May 18, 2016

Perangai Mak Mak Sangat | Cembeng!

Salam

Sejak beranak dua ni
Makin sensitip plak jiwa
Tanda penuaan ke hapa ni?
Tapi ibumuda masih muda
Baru 27 tahun ye tahun ni
Susah nak terima hakikat usia sebenar
Aduhai hidung masak ranum. Mcm jambu air huhuhu. 
Kita wanita (erk) betullah semakin berusia semakin matang
Semakin wiser
Semakin jelita (tetiba pulak)
Semakin cembeng!
Mudah tacing tacing sangat sekarang ni



Semalam masa nak pergi keje nampak ada adik tu
Duk elok je dalam bakul moto babah dia
Tetiba jadi sayu je rasa
Sedihnya kecik kecik terpaksa bekorban bangun awal
Pepagi ni naik motor sangatlah bahaya
Semua terutamanya those yang bawak kenderaan 4 roda
Memecut acah acah bawak ferarri
Yang giler stereng bawak laju nak mamp*s
Tak hirau pengguna jalan yang lain
Yang lemb*p
Bawak hegeh hegeh kadang kadang tak tengok orang lain
Macam macam peel
Yang kesian dan bahaya pengguna kenderaan 2 roda lah!
Moga perjalanan adik tu bersama babah dia dipermudahkan
Selamatlah mereka pergi dan balik
Sampai ofis lap air mata!


Dari dalam kereta mami peratikan je adik pakai baju sekolah agama tu tertido kat situ. Dia habis sekolah pukul 5pm. bermakna dah sejam dia duk situ. T_T
Petang semalam
Mami sampai awal amik abam Akeem kat sekolah dia
Lama mami peratikan
Ada boy around darjah darjah 5 kot
Lama dah dia tertido kat bus stand kat situ
Ada la dalam 15 minit
Tengok macam mencurigakan sebab tak bergerak gerak
Tido ke pengsan?
Mami pun perasaan kesian kejutkan dia perlahan lahan
Tak bangun
Nyenyak sangat tido
Kejut lagi sentuh bahu dia
Baru dia sedar terkulat kulat
Kesian
“Adik OK? Kenapa? Demam ke?”
“Tunggu siapa?”
“Tunggu ayah”
“Pukul berapa ayah amik?”
“Pukul 6”
Jam menunjukkan pukul 6.15
Jem kot kesian kepenatan may be adik ni
Semalam cuaca memang panas
Tak lama pastu ayah dia sampai
Budak tu bangun jalan terhuyung hayang
Maybe pening may be demam may be tak larat

Apa yang buat mami sedih
Kenapalah ayahnya langsung tak tanya
Abang OK? Abang tak sihat ke?
Jalan terus ke depan
Tinggallah anak tu jalan tak berapa betul ikut ayah dari belakang
Salah ke kalau pimpin tangan dia?
Salah ke kalau jalan dan genggam tangan dia?
Masa mereka kecik ni je lah masa kita nak pimpin, gengam, peluk cium mereka
Dah besar nanti kita dah tiada masa!
Mereka akan sibuk dengan kehidupan mereka pula

Dan mami pun jadi cembeng
Teringat
Cukup tak layanan yang mami berikan buat dua putera mami
Cukup tak kasih sayang dan perhatian buat mereka
Cukup tak quality time yang mami curahkan untuk mereka
Atau...... mami pun sama saja
Abaikan amanah Allah ini
Cembeng. Sedih. Sayu.
Haish aku nak monopos ke hewhewhew

Macam mak mak sangat dah perangai!!!
Kesayangan hamba!

Tuesday, May 17, 2016

Hari Guru 16 Mei 2016

Salam 

Mami bukan cikgu
Tapi merasalah jugak 14 tahun mengajar budak budak
Di Olympia College 2002 sampai 2004
Di Shahputra University College  2004 sampai 2006
Di Limkokwing University 2006 sampai 2016
Sekarang kat tempat baru dah tak mengajar
Tapi still berkaitan dengan mengajar

********************

Okeh meh kita cite pasal sambutan Hari Guru Akeem
Tahun ni tahun pertama dia sambut Hari Guru di Sek Kebangsaan
Rugi Parents tak involve so takdelah gambar sambutan hari Guru
Sambutan di buat sessi pagi
Seawal pukul 7.10 dah gerak pergi sekolah
Kagum harini Akeem bangun pukul 6.45am!
Tahniah Akeem
Tahniah babah
Tahniah mami
Kitalah guru dia yang paling rapat dengan dia

Petang sambutan hari guru KAFA plak
Eksaited sebab masuk sekolah pukul 3 hari ni
Akeem sekolah KAFA Al - Firdaus kat area D Atmosphere, Equine Park
Alhamdulillah dia suka sekolah situ
Even kadang kadang dia cerita ustazah akan buat cakaran harimau kalau ada budak budak nakal
Tapi so far takde sorang pun lagi yang terkena cakaran harimau ustazah tu
Ganas jugak ustazah nih hehehe

Terima kasih tak terhingga buat semua guru guru
Semua ustazah ustaz Akeem
Tanpa kenal penat jemu bosan mendewasakan anak mami
Akeem, dia budak hebat
Akeem, dia anak bertuah
Bantulah kami dalam mendidik dia menjadi insan berguna
Berbakti pada agama dan bangsa

TERIMA KASIH CIKGU, USTAZ DAN USTAZAH
Jasa kalian tidak terbilang
Priceless
Akeem kata nak bagi hadiah cincin kat Teacher Anisah
Nak bawa kek 3 tingkat untuk ustazah KAFA
Takpelah sayang kita bagi apa yang termampu
Yang penting ikhlas dari hati
Eksaited pergi pilih kek ngan babah
Ini untuk jamuan makan makan sekolah KAFA

Bakal imam muda dan al hafiz. Amin.
Aunty Aida Akeem still rindukan aunty
Aunty yang menjaga Akeem selama 3 tahun di Brainy Bunch Equine.
Terima kasih Aunty Aida!
Kat sini ada cerita Akeem dan Aunty Aidanya @ Brainy Bunch
Sambutan Teacher's Day @ Brainy Bunch Equine
Ikhlas Dari Hati
Akeem dan classmate masa ni tahun 2015. Sebelah Akeem adalah Aunty Aida. Skrg dah jadi senior kat center lain. Good luck Aunty Aida.

Akhir kalam, HAPPY TEACHER'S DAY TO ALL TEACHERS!!

Monday, May 16, 2016

Serba Salah di Buatnya

As Salam

Lepas kena admitted 4 hari due to pneumonia (cerita kat sini)
2 minggu Adik Haris duk rumah nenek jaga
Dah nampak bambam dan berisi sikit badan
Alhamdulillah demam dan selsema tak datang menjengah dah since duk rumah

Tapi harini ni kena pergi taska semula
Nenek dah balik
Aduh beratnya hati
Sakitnya tuh di sini!
Pukul 7.30 dah hantar dia
Moyok je muka tak ceria langsung
Aduh sedih betul tengok dia moyok je

Sampai taska lagilah mami berat hati
Sorang budak selsema
Sorang budak sakit mata
Kemon la mak mak, ibu ibu sekelian
Anak ko sakit mata tu kan jangkit nanti
Usah lah hantar
Eee sabar je lah!

Tengoklah macam mana nanti
Test 2 minggu ni
Kalau kesihatan Adik Haris tak memberangsangkan
Mami pilih antara plan A, B dan C
Plan A: cari sampai dapat babysitter or nanny yang sudi datang rumah
Plan B: cari dan terpaksa juga ambil maid
Plan C: mami lah harus bekorban. Duk rumah jadi fulltime housewife.

Ni  taska antara terbaik dah mami cari
Baby tak ramai
Environment ter bersih
Water filter guna coway
Tapi still budak budak ni mudah kena penyakit berjangkit
Demam, batuk selsema
Adoiiii
Serba salah di buatnya!

Si comel ni dah mula bambam.. pipi pun dah berisi. Tuhan jaga dia untuk kami. Tak mo dah demam batuk selsema lagi.