Thursday, May 19, 2016

Malang Tak Berbau | Mujur Penyelamat Ada

Salam

Mami ni bukanlah cap mami yang rajin
Tapi gagahkan diri demi anak anak
Berazam nak kekal masakkan bubur nasik untuk bekalan Adik Haris
Sampai hari ni masih lagi gagah masak untuk adik Haris

Set alarm pukul 5 pagi
Mula mula liat nak bangun
Tapi lama lama
OK lah
Gagah dan masih berjaya jugaklah bangun masak bubur

Malam semalam adik Haris nangis nangis tak boleh tido
Tatau la kenapa
Balik dari taska babah yang ambil
Pastu dalam pukul 7 pm tertido kepenatan agaknya
Biasanya kami akan lepak lepak kat bilik bawah dulu
So adik Haris tido kat bilik bawah
Teman Abam Akeem siapkan homework
Makan
Kemas kemas sikit
Pukul 10 naik bilik atas

Bermulalah kejadian adik Haris
Nangis
Berguling
Gelisah
Tak dapat tido
Lama jugak
Kira kira sejam lebih
Sampai pukul 11 lebih la dia meragam
Ngantuk
Mata terpejam
Tapi tak boleh tido

Suspek dia kembung
So letak minyak angin
Still sama
Tak boleh tido
Dokong ok sikit pastu sambung amukan
Mami dah susah hati

Last last sebab tak tahu nak buat apa
Mami paksa babah bacakan surah Yaasin
Mami bisikan surah 4 Qul kat Adik Haris
Peluk dia rapat rapat sambil mulut tak henti baca Ayatul Qursi
Penuh harapan
Berserah
Menangis teresak esak mami
Sebab.... entah lah rasa hopeless sangat
Adik Haris slowly bertenang dan tertido dalam pelukan mami

Tatau lah may be perasaan mami
Sejak dua menjak ni adik Haris selalu tak lena tido malam
Pukul 3 pagi dia mula gelisah
Hati rasa tak sedap
Mami kadang kadang over thinking
Fikir yang bukan bukan
Takpe lah kita berserah pada Allah
Hanya dia yang mampu permudahkan segalanya
Hanya dia pelindung kita.


******************************

Eh sebenarnya nak citer lain
Okey memang puncanya dari adik Haris yang nangis nangis semalam dan kelmarin
So sebab dia meragam mami pun tido lambat
Dalam kul satu lebih kot baru tido
Itu pun tido tido ayam je

Bila alarm bunyi pukul 5 pagi
Aduhaiiiii beratnya nak bangun
Tapi bangun jugak
Mami buat bubur dia style tersendiri
Sebabkan dia tak suka ada ketulan tak suka ada rasa chunky
Baik ayam, udang, ikan dan sayur
So mami terpaksa tumiskan protein + sayur
Dah tumis tambah air sikit bagi reneh
Dah siap didih baru mami blend bahan bahan tumisan tu
Masukkan dalam slow cooker yang ada beras
Dalam 2 jam siap la bubur yang adik Haris suka makan
Sedang elok pukul 7 masak then 7.30 gerak pergi taska

Nak jadi cerita maybe sebab lalok tido tak lena
Masa dah siap blend tu
Masa nak tuang dalam slow cooker
Tatau la macam mana boleh tertekan blender kecik yang mami guna tu
Dah la suiz tak off
TERSEMBURLAH 3/4 SUP PANAS
HABIS KENA DADA, LEHER DAN PIPI MAMI
Mami pun maybe confuse
Kenapa tetiba sakit dan panas ni
Lambat berfikir
Then barulah dalam 10 saat reallized apa yg actually happened

Aduhaiiii panas dan perit rasanya
Bukak baju dan yang lain lain
Tengok dada, pipi dan leher dah merah
Tak fikir lain
Lari naik atas sapu SAKURA MASK SQB
Sejuk
Lega
Terus dalam 5 minit slow slow hilang kesan merah
Oh ini bukan cerita dan iklan berbayar ye
Kisah benar
Sebab dah banyak kali mami kena  minyak panas
Habis parut parut tangan
Tapi baru baru ni terkena oven
Sakit Yrabbi!
Melecur tapi bila sapu SAKURA MASK tu Alhamdullillah
Takde langsung kesan parut


Tu nampak kesan letupan minyak
Masa ni tak sakit so malas nak letak SAKURA MASK
Hambek kekal kesan parut hitam

Tak dapat lah ye nak tunjuk bukti kesan kemalangan air panas pagi tadi
Kena kat kawasan rahasia pulak
Kalau tunjuk karang hmmmm jadi lain plak cerita eh

OK kadang kadang malang tak berbau
Macam mami ni memang selalula kena minyak panas
Mujur dah jumpa penawar dan penyelamat
Terima kasih SAKURA MASK

Okeh mami tak jual benda alah ni
Sapa nak pergi cari sapa yang jual

No comments:

Post a Comment