Monday, December 2, 2013

Percarian Kindy Terbaik di Teruskan | BBIM vs GA

As Salam

Sepatutnya bab survey survey kindy dah dibuat lama dulu
Bukan sekarang baru hegeh nak buat
Memang dari awal mami malas nak tukar kindy Akeem
Biarlah dia kat situ dulu
Dia pun masih belum ada mood nak betul betul pergi sekolah
Tapi disebabkan beberapa faktor
Mami usahakan sikit untuk survey kindy lain jugak
Kita berusaha untuk yang lebih baik

Bukan niat menjatuhkan sesiapa
Bukan niat menabur pasir ke dalam periuk nasi sesiapa
Langsung tiada niat memburuk burukkan sesiapa
Mami buat perbandingan ni berdasarkan pandangan ikhlas dari seorang ibu bapa
Melalui pengalaman
Melalui apa yang masa rasa
Kerna apa yang utama
Anak mami bahagia, gembira dan berjaya!

Mari kita bandingkan fees between BBIM, GA dan LC

BBIM
Annual fees = RM1060 + Little Scientist RM200 = RM1260
Uniform = RM50 each pair
Misc = RM300
(graduation, field trip dan sport day, as per 2013 mami bayar RM300 utk semua event)

Monthly = RM580 -- fullday kalau lambat lepas kul 7pm will be charged RM20 per hour


Yang bestnya : Akeem tak payah bawak alat tulis bagai semua dah disediakan, takde homework so tak stress sangat untuk Akeem dan mami!

GA
Annual fees = RM968 (dah termasuk sport dan graduation dan course materials)
Uniform = RM38 each pair
Misc = lawatan dan sebagai nya *ini biasalah

Monthly = RM268 (sekolah sahaja)
Day care = RM350


Yang tak bestnya: GA dah full sesi pagi so kalau nak jugak hantar sini Akeem kena pergi sesi petang -- rasa kesian pulak kat dia nak pergi sessi petang sebab kena let go waktu tido dia.

Mami ada jugak try survey LC kat Cyberjaya

Yang tak bestnya: lawatan mami tak dilayan sebab diorang kata waktu mami datang tu tak sesuai (lunch hour) Diorang suruh datang balik pukul 3++ *mami ni berkerjaya juga so x boleh lah dia tiga kali nak pergi sana sini suka ati. Pastu bila call asyikkkkkkkk tang angkat! mami kecewa lah. So secided tak jadi nak hantar Akeem ke sana

Ohkeh apa kemusykilan mami sekarang adalah :-

Professionalism
Apa yang sedikit mengecewakan kat BBIM (kat rumah mami) terlalu ramai aunties yang muda muda. Bukan mami kata yang muda tak bagus cuma maybe diorang kurang experience handling lil kids. Anak anak comel ni kadang kena guna banyak psychology. Kalau threat nanti diorang takut or langsung tak nak cooperate.

Program BBIM bagus tapi mami musykil adakah program sebagus kakitangan?

Mami rasa pihak atasan BBIM perlu lebih prihatin hal ni. Even though BBIM bukan franchise tapi still carry same brand name -- BBIM -- so semua center perlu ikut satu standard atau criteria yang sama.

Facilities
Rasa agak kesian kat anak anak comel tu sebab ruang adalah limited. Kat hall tu lah tempat gather, belajar, dan tido.

Kat center rumah mami ni banyak yang perlu di upgrade, even ada so called playground area untuk bermain tapi HANYA ada satu tu je lah. Kesian.

Fees
Antara ketiga tiga kindy ni BBIM yang agak keterlaluan fee charges nya. Tapi dengan kudrat yang ada mami dan babah akan berusaha buat apa yang termampu.

Cuma kurang berpuas hati dengan BBIM banyak sangat charges. RM1060 annual tu pun diorang tak specify untuk apa. Macam GA annual fees dah included sport + konvo + books resources... haish kalau BBIM ni sikit sikit nak kena top up sikit sikit nak kena to up. Huhuhuhu.....

Convenience
Yang PALING PENTING mami utamakan convenience, easy access dan tak terlampau membebankan.
Setiap pagi babah yang hantar Akeem. Ada masa babah work from home (selasa dan Jumaat), so kalau hantar LC kat Cyberjaya mami yang kena hantar time babah work from home. Dah satu keje pulak nak kejut Akeem awal giler. Kalau tak, CONFIRM mami masuk lambat (eleh bukan ke tiap2 hari pun lambat?)

Kalau hantar GA pulak kesian kat Akeem sebab kena naik turun tangga ENAM KALI sehari! Sebab GA kat tingkat dua, taska pun kat tingkat dua. Kenapa 6 kali? Sebab GA sesi pagi dah penuh, so kena hantar taska dulu pastu pergi sekolah pastu balik taska pastu balik rumah. Hah baca pun dah penat, belum lagi kena turun naik tangga tu 6 kali. Tambah pulak bila Akeem sekolah sesi petang dia akan sempat untuk tido siang. Kesian anakku!

Jadi bagaimana ye?

Betul setiap center ada kelebihan dan kekurangan masing masing
Mana ada yang 100% perfect -- tanpa cacat cela
Sedangkan kita sendiri pun tak perfect kan?
Tapi kita sebagai parent mencari yang terbaik untuk anak kita
Mana yang kita termampu usahakan kita akan buat

Selepas 2, 3 hari berbincang dengan babah
Kami amik keputusan untuk kekalkan Akeem at BBIM Equine
Harap itu adalah yang terbaik
Sebab mami rasa Akeem pun tak berapa ready nak bersedia dengan homework segala tuh

Harapan mami
BBIM semaikan lah lebih kasih sayang
Pupuk lah lebih professionalism
Tingkatkanlah  komunikasi between parent
Kami as parent sangat mengharapkan hubungan yang rapat between center dan parent
Kalau boleh lebihkan aktiviti center based rather than gather semua center utk satu event
Kurang ikatan ukhwah kalau buat besar besaran sebab ofkos NO COMMUNICATION at all between parent, aunties and bla bla bla...

Kalau boleh setiap aunty perlu menjalani intensive early childhood program or anything similar so diorang lebih experience nak handle tantrum anak anak comel ni.
Maklumlah most of the aunties belum lagi bergelar ibu so maybe agak susah sikit diorang nak adapt dengan kerenah anak anak yang kadang kadang menyentap jiwa.

Walau apa pun mami doakan semuanya akan baik baik aje buat Akeem.

Akeem sayang
Janganlah bersedih lagi ye
Mami akan cuba pastikan segalanya baik untuk Akeem.
Amin.


No comments:

Post a Comment