Thursday, October 31, 2013

Kerjayaku Bukan Saintis Tapi Aku Tetap Hampir Gila Jua

As Salam

Jarang jarang mami nak highlight pasal kerjaya *kerjayalah sangat!*
Semester ini
Kali ni
Tika ini
Mami sangat GERAM dengan 'anak anak angkat' mami ni

Mungkin ada yang kata "jadi lecturer apalah yang stress sangat.."
Mungkin ada juga yang mencemuh "eleh baru jadi lecturer pun nak serabut kepala ke, bukan jadi  menteri.."
Mungkin ada juga yang senyum senyum kambing "ohhhh ingat kerja aku je yang stress ada jugak orang lain yang stress sama macam aku"

Apa lah yang stress sangat kan kerja mami ni
Meh mami cerita

Situasinya begini
Sekarang kami dah masuk minggu ke 11
Dalam satu semester usually ada 13 - 15 weeks mengajar
Tapi this semester special sebab sem ni pendek (yahoooooo)
So minggu 12 dah abis, minggu 13 dah start final exam
Most assignment's submission adalah dalam minggu ni
TAPIIIIIIIIII heeeeeee mengundang kemarahan betul

Sekor datang kata unaware nak kena submit this week -- padahal 800 kali dah remind
Sekor datang kata tak sempat siap sebab ada itu lah ini lah
Sekor datang cakap tak boleh submit sebab nak kena pergi embassy lah, immegresen lah
Sekor datang kata tak boleh submit sebab soalan assignment diorang takde -- habis yang aku uploaded dalam portal tu hapa????!!!
Sekor datang heeeeeeeeee dengan seribu macam alasan!
Hempuk kepala sekor sekor karang baru tahu!!!

Yang paling tak boleh nak terima asyiklah tak nak terima kesalahan sendiri
Asyik kitaaaaaa je lah yang dipersalahkan

Lepas tu cuba korang bayangkan
Students mami ni bermacam warna bermacam ragam
Pitam!
Warna lain lain takpe sebab tu make us different
Tapi kalau IQ dan tahap kecerdasan below parrrrrrrrr adoi pitam 800 kali!
Berkali kali explain macam mana nak buat assignment
Tetapppppppp kena reject
Heeeeee bersabar sajalah
Tuhan beri ku kekuatan

Kalau nak cerita tentang 'anak anak angkat' mami ni
Sampai tahun 2014 pun tak tentu habis
Cuma harapnya mami bertahan dengan apa yang mendatang
Banyak bersabar, mami!

Walaupun kadang kadang rasa nak gila tapi best jugak sebab ada boss yang gojes (^_^)

Tuesday, October 29, 2013

Kalau Dah Suka

As Salam

Korang pernah tak mengalami situasi ini
Kalau suka kan sesuatu buat berulang kali pun sanggup
Pergi tempat yang sama berulang kali pun tak jadi hal
Pernah tak?

OK mami, babah dan Akeem selalu buat macam tu

Mami tak tahu kenapa
Suka sangat pergi Colmar Tropicale, Bukit Tinggi tu
Maklumlah nak ke Perancis enggak mampu
Dapat pergi sini pun best jugak
Dapat jugak merasa french-themed architecture
Terasa macam kat French kan? Kan?
Ini kali pertama mami ke sini tahun 2007
Zaman baru kawen ngan babah
Hanya berdua -- masih bewajah remaja masa ni..
Romantik tau dikala malam suasana kat atas tu...
Ahad akan ada show ala ala princess gitu
Ini kali kedua ke sini tahun 2012 (Akeem dah wujud)
Ni tak plan sebenarnya
Singgah masa balik dari kenduri kawen kat Raub
Kalau tak salah ni tahun 2012
Kali ketiga mami, babah dan Akeem tidur sini (2012)
BEST
Memang rasa nak repeat banyak kali
Suasana sejuk
Akeem pun boleh lari sana sini tanpa kawalan dan tanpa kerisauan
** puas cari gambar tapi dah tak ingat simpan kat mana huhuhuhuhuhu.. belek belek album terjumpa gambar lama ni**
Cepatnya Akeem membesar.. rindu saat itu... tapi now enjoying every moment dia membesar!
 Ini kali keempat pergi bawa mak abah dan Akeem jalan jalan (2013)
Ni kat Japanese Garden... best bawak Akeem sebab ada ikan Koi menanti diberi makan.. ikan Koi tu gemuks gemuks semuanya sama besar cam peha mami tu ha *peha hengko!!!!
Ces hero dah mula offer diri untuk didokong atok
Takut takut nak dekat dengan rabbit tu sebenarnya
Lama jugak lepak lepak kat rabbit farm ni sebab best menikmati cahaya matahari dan ditiup angin sepoi sepoi bahasa yang nyaman -- entry fees RM3 per adult, budak bawah 2 years free
Atok yang sentiasa cool dan mak mami

Kami
Ini kali kelima bawa mak dan abah mertua dan Akeem jalan jalan sini (2013)
Bersama atok, nenek dan babah tengah tengok swan
Rasanya ini swan yang sama dari tahun 2007 hingga 2013.. agaknya lah sebab samaaaaa je (^_^)
Aktiviti wajib bagi makan fish

Berjinak jinak dengan rabbit -- tapi adakalanya takut takut gak haish

Mungkinkah kali keenam bersama Akeem dan Akeemah pulak?
Hahahaha pengsan!

Friday, October 25, 2013

Teduhan Kasih | Kecil tapi Bermakna #2

As Salam

Makan, minum dan tidur berkampung kat depan pintu rumah ni ha...

Dah sebulan sekecik ni menumpang teduh kat porch rumah mami
Nak halau kesian
Tak halau kang jiran2 marah
Serba salah dibuatnya
Nak benarkan dia masuk rumah nanti babah pulak tak suka

Dia ni memang makan, tidur kat rumah mami dah
Tido beralaskan alas kaki gebu kat depan pintu tu
Apa yang DIDI makan *DIDI tu kucing mami
Itu jugaklah yang dia makan
Takpelah doakan mami murah rezeki ye meow

Cuma pesan mami
Kamu jangan berak merata rata tau nanti orang marah
Kalau orang dah marah nanti mami tatau nak buat apa...

Semoga kamu berbahagia menumpang kasih di sini
2 minggu lepas mami dah mandikan dia
So kira bersihlah juga
Nantilah nak hantar vet untuk vaccine dan dewormed kan dia

Jangan lupa tau meow doakan mami murah rezeki
So mami boleh bagi kamu makan best best

Walaupun sumbangan mami hanyalah sebesar kuman
Tapi sungguh bermakna buat mami
Sebab mami pecinta kucing!

Wednesday, October 23, 2013

Drama

As Salam

Sejak Isnin nenek belah Pahang Akeem (mak mami) datang
Aduyaiiiiii tiap tiap pagi bertambah drama nak bangun - mandi - dan pergi sekolah
Bila dia tahu ada orang kat rumah bertambah tambah lah drama tak nak pergi sekolah
Isnin mami relakan dia tak pergi sekolah
Selasa dengan paksaan hantar jugak ke sekolah.. tengah hari dah amik
Kan main suka mami datang pukul 12.30 semalam
Akeem cakap "Akeem good, Akeem no cry"
Huh padahallllll abis keluar air mata air hidung semua!
Lepas tu boleh pulak dia tanya "kenapa mami lambat?"
Ewahhhhh selalunya ko balik 6.30 petang paling awal ye anak!
 
Beginilah keadaan pagi pagi kalau nak ke sekolah pffftttt (terima kasih babah kerna banyak berkorban demi mami dan Akeem -- masihkah berani nak tambah lagi satu? ^_^)
Semalam mami saja tak bagi tahu aunty dia yang mami nak amik Akeem awal
Masa mami sampai tu anak2 comel tu tengah makan lunch
Ada sorang budak tu about 3 year old kot tengah nangis sebelah Akeem
Lepas tu nampak macam kena arahkan tinggalkan meja
Budak tu (Aqashah kot namanya) bawa bowl rice dia pergi makan kat bilik sorang2

Sedih pulak mami tengok keadaan tu
Mesti Aqashah rasa helpless
Mami doakan yang baik baik saja untuk anak2 comel itu semua

Okeh berbalik semula pasal drama boy mami ni
Sejak semalam dia merengek "Akeem nak duduk rumah aje.. Akeem tak nak school"
Mami buat dek je malas nak layan
Pujuk jugak suruh dia pergi school hari ni
Sampai ke malam protes tak nak tido atas ngan mami
Nak tidur kat bawah ngan atuk dan nenek
Pujuk punya pujuk
Paksa  punya paksa tetap tak makan saman ini budak
Melalak lalak tak nak naik atas sebab tak nak tidur
Dia ingat dengan tak tidur dia tak payah pergi school.. pffttt!
Kesian pulak tengok dia dah kul 11 malam
Mata pun dah kuyu tapi tetap lawan tak nak tidur sebab tak nak pergi school
Mami beralah
"OK ESOK NO SCHOOL, tapi kena janji bla bla bla..."
Teruss tidur!

Pagi tadi sedang mami tengah mandi
Babah cakap Akeem dah turun bawah (tak perlu dikejutkan pun)
Terus baring sebelah atuk
Katanya kaki sakit tak boleh pergi school
Pandailah kamu anak!
Terus melepek tak boleh bangun
Padahal semalam bukan main sihat menendang bola sana sinun!
Sungguh berdrama.. tsk tsk tsk

Pagi tadi terus melepek tak mampu bangun -- sakit kaki katanya (huh alasannnn)
Adakah sesiapa di luar sana yang mengalami situasi sama?
Apakah tindakan?
Perlukah membuat sedikit siasatan tentang sekolah?
Atau biarkan saja?
Tolonglah.....

Tuesday, October 22, 2013

Dua Ekor Ikan Berharga RM200

As Salam

Lokasi: Bagan Tengkorak, Tanjung Karang Selangor
Misi: Mencari Ikan Merah, Jenahak *mata ke atas*
Ahli: Geng2 Pemancing Amatur *sangat*
Tarikh: 19 Oktober 2013 - 20 Oktober 2013
Kos: 1800 sewa bot (RM200++ sorang)
Hasil Tangkapan: Babah bawa pulang 2 EKOR IKAN GERUT GERUT

Muka ada pucat sikit (baru muntah ke) hehehehe... beraksi dengan ikan merah
Nampak tak bertapa mahalnya harga ikan tu
2 ekor pun tetap kena bayar RM200++
Kalau mami beli kat pasar borong RM200++ dah boleh beli 2 tong besar ikan

Kalau dah minat kan
Semua pun OK
Tidur di lambung ombak - bereh, takde hal
Makan malam hanyalah roti semata - bereh, takde hal
Muntah hijau sebab mabuk - bereh, takde hal
Tak dapat ikan - bereh, takde hal

Bot yang sang pemancing idamkan babah kata next trip nak naik bot ni pulak (RM2000 per night)
Ini bot yang dinaiki sang pemancing... not bad tapi nampak macam agak uzur jugak bot ni boleh muat 8-10 orang ikut saiz badan sang pemancing lah
Ruang berehat, memasak dan bekerja
Apalah yang tengah diperbincangkan? Nak share share hasil tangkapan kot

Ada katil double decker... disebabkan cuaca tak berapa elok (laut sangat bergelora disebabkan hujan lebat dan ribut) kul 9 babah dah tido... syok kot tido dibuai ombak?
Si baju oren tu dulu dikenali sebagai Lomu tapi sejak dah bersara ni tukar hobi ke laut pulak..

Mami tak menghalang
Menggalakkan pun tidak
Kalau itu sudah minatnya
Mami biarkan saja
Cuma kala dia berkepergian
Hati tetap berasa risau dan galau jua
Doa mami panjatkan
Agar dia pulang seperti sediakala

Cuma
No more fishing trip till next year ye
Cuaca tak menentu sekarang
Harap tunda lah segala perancangan
Sayam babah ketat ketat!


Monday, October 21, 2013

Aidil Adha | Seminggu sudah berlalu

As Salam

Adoi masih terasa kepenatan lagi ni
Walaupun dah seminggu aidil adha berlalu
Sesungguhnya raya korban tahun ni menuntut pengorbanan yang besar
Daripada wassap wassap sebelum raya dengan group tok gajah
Kami dah plan nak buat nasik arab
Hamek!
Sendiri ter berani berjanji nak buat nasik arab
Sendiri tanggunglah
Almaklumlah mami ni waima masak nasik goreng pun terasa lelah!

Tahun ni punyalah kalut
Tengah bersalam raya ada tetamu sampai
Terus tak sempat nak bergambar raya
Huhuhu


HAHAHAHAHA ini sebenarnya gambar raya puasa aritu

Sebelum balik kampung survey blog blog masakan nak cari resepi
Print siap siap sebelum balik
WAJIB ikut resepi yang ada
Takut nanti daripada nak buat nasi arab terus jadi nasi tak boleh arap! (harap)

SIAP! Tak ingat plak amik kat blog mana... terima kasih tuan blog...
Malam menjelang raya tu prepare siap2 bahan bahan untuk nasi, kambing dan ayam
Kambing masak dua cara: Kabshah dan BBQ grilled (wah kan main!)
Ayam masak mandhi style (ini sebenarnya resepi belasah aje janji siap)
Pagi2 raya tu patutnya awal2 pagi kena bangun
Sebab beras basmathi tu kena rendam 30 minit sebelum masak
Mami cakap kat babah "kejut mami kul 5 ye"
Hoh mahaplah..... kul 7.30 baru terjaga, hengko!
Dasar!
Nasib lah kakak kakak mami ni memang super rajin
Memang sangat boleh diharap
Along siap terbangun pukul 4 pagi semata mata risau takut lambat nak rendam beras!
Bertuah dapat kakak kakak yang super rajin!

*tiada gambar menu raya sebab terlampau sedap kena masak second round


Abang Akeem yang  bergembira dapat ikut babah pergi masjid solat raya

Abang Akeem suka sangat dapat balik kampung
Semakin besar semakin ligat budak anak nan sorang ni
Tapi mami suka tengok dia explore macam macam
Masa kat kampung takde langsung mintak Ipad
Kalau kat rumah sendiri pantang jejak kaki ke rumah terus rekues nak Ipad
Heeeee geram betul!
Mami macam biasa lah selalu tak sempat nak bersembahyang raya
Kami adik beradik ni selalu jadi bibik 
Masak kemas masak kemas
Ituuuuuuu je lah kerjanya
Tapi kami suka

Tahun ni first time abang Akeem ikut babah pergi sembahyang raya
Macam tak percaya cepatnya dia membesar *ah mulalah nak tacing2 ni T_T
Tapi bila sampai kat masjid dia tak solat sama sama
"Akeem tak pandai solat ni" katanya
So dia duduk je lah sementara tunggu babah solat

Aktiviti raya takde lah apa sangat
Biasalah lepas masak sendiri kami makan sendiri
Ramai jugak tetamu yang datang
Letih woooo nak sediakan hidang dan kemaskan hidang
Nasib ada dua orang anak buah yang mami kerah jadi runner
Tak larat nak ke depan ke belakang
Maklumlah rumah mak mami ni panjang macam keretapi
Bertingkek tingkek pulak tu (rumah kampung gituler)

Petang dalam kul 5 zasssss gerak ke Johor pulak
Kena berlaku adil
Dah beraya kat Pahang kena jugak beraya di Johor
Humang haiiiiiii pentanya usah ceritalah
Kereta pun banyak - letihhhhhhhh
Rabu malam mami balik KL
Khamis kerja huh rasa cam nak MC je (^_^)
Tapi ku gagahkan jua pergi kerja sebab ada hal nak settlekan sikit

Walaupun senantiasa cuti raya akan jadi cuti yang memenatkan
Tapi mami puas
Sebab dapat jumpa dan berkumpul dengan adik beradik dan keluarga
Sayang my family ketat ketat!

Friday, October 11, 2013

Oh Terkejutnya!

Phewwwww nasib baik tak sakit jantung mami arini
Berniat nak keluar awal sikit hari ni
Nak shopping shopping sikit
Maklum lah dah dekat nak raya kan
Sebelum sampai ke kereta pergi singgah shishi jap
Keluar dari toilet alamakkkkkk
Hujan lebat lah pulak
Cesss potong sungguh!

Mami masuk ofis semula
Lepak dalam setengah jam gitu
Then berniat nak keluar semula

Wallet - ada
Tepon - ada
Eh eh mana kunci kereta??

Berfikir sejenak
*
*
*
*
Alamak alamak mesti tertinggal kat toilet ni?
SAH tertinggal kat toile!!



Panik sekejap

Maklumlah kami ni bukan ada personal toilet
Guna common toilet je
Kadang kadang students pun guna jugak toilet yang sama

Alamakkkkkkkkkkkk
Kalau hilang acane?

Rushing pergi toilet
Alhamdulillah
Masih berada di tempat yang mami tinggalkan tadi
SELAMAT!


Aduyai usia makin meningkat agaknya (^_^)

Monday, October 7, 2013

Mood Sangat Tak OK!

Grrrrrrrrrrrrrr


Tolong berikan daku kekuatan
Tolong berikan daku kesabaran
Tolong.... tolong.... tolong!

Mood tak pulih pulih sejak Sabtu hari tu
Kenapalah cepat sangat naik darah ni?
Tolong bagi petua supaya tak mudah naik darah

OK
Kenapa mami marah?
Entahlah makin lama makin tak terbendung perasaan menyampah ni
Tak suka sila berambus betul tak?
Tapi mami masih belum ada kekuatan untuk berambus lagi
Tunggulah
Satu hari pasti tercapai juga cita cita itu

Wahai dugaan
Tolong lah be nice to mami ohkeh

Ahhhhh takde pape sebenarnya
Cuma bila mood sedikit terganggu
Perkara kecil pun sangat mengganggu

Sebenanrnya punca hangin mami adalah kerna seorang budak dari Timur Tengah yang dopod
Tak paham paham bahasa
Tak reti nak paham apa orang cakap
Diaaaaaa je yang betul
Kamu berada di negara ku
So please behave dan sadar diri
Ini tidak!
Berlagak macam kita kena ikut cakap dia
Dah lah bengap tahap gaban
Tak nak dengar cakap orang
Heeeeeeee ikutkan hati mau ku hempuk saja itu budak grrrrrrrrrrrrrrrr

Takpe lah
Abaikan
Life goes on

**Owh indahnya jika dapat tengok cerita Korea sekarang
*** Psttttt bos saya mau pulang, boleh?



Friday, October 4, 2013

PUJIAN | Kecil Tapi Bermakna #Pertama

As Salam

Semua orang suka kena puji kan?

"Eh cantiklah kau nyahh"
"Baiknya lah ko ni"
"Sedapnya kau masak"
"Eh betul ke miss ni dah 30an? Lahhh macam sweet 17 lah" *mami senyum sipu sipu ^_^

Pendek kata
Segala apa bentuk pujian mesti semua orang suka dengarkan?
Tak kira lah apa bentuk sekali pun

Semalam
Mami cakap nak masak nasik goreng
Senyum sampai telinga bila babah cakap
"Nasi goreng pun sodap!"
Terus bersemangat nak masak waima hanyalah nasik goreng

Percayalah
Sesetengah perkara walau kita anggap kecil tapi ia lebih bermakna
Tambahan perkara perkara kecil itu diungkapkan dilakukan diluahkan oleh INSAN TERSAYANG kita!

Kalau babah cakap
"Mami masak apa pun memang sedap"
Bertambah bermakna pujian itu hehehe ^_^

Abaikan gurauan manja untuk melempang suami ku itu heheh tapi nak highlightkan yang babah puji mami masak sedap

Makanya
Marilah kita sentiasa bercakap perkara yang baik baik dan berunsur pujian
Bukan untuk membodek
Tapi dengan pujian kita mungkin mampu menggembirakan hati yang galau

Mulai hari ni mami nak sentiasa hargai perkara kecil yg memberi makna
Thanks Yana sebab mencetuskan idea ni untuk kongsi perkara kecik tapi bermakna