Tuesday, October 29, 2013

Kalau Dah Suka

As Salam

Korang pernah tak mengalami situasi ini
Kalau suka kan sesuatu buat berulang kali pun sanggup
Pergi tempat yang sama berulang kali pun tak jadi hal
Pernah tak?

OK mami, babah dan Akeem selalu buat macam tu

Mami tak tahu kenapa
Suka sangat pergi Colmar Tropicale, Bukit Tinggi tu
Maklumlah nak ke Perancis enggak mampu
Dapat pergi sini pun best jugak
Dapat jugak merasa french-themed architecture
Terasa macam kat French kan? Kan?
Ini kali pertama mami ke sini tahun 2007
Zaman baru kawen ngan babah
Hanya berdua -- masih bewajah remaja masa ni..
Romantik tau dikala malam suasana kat atas tu...
Ahad akan ada show ala ala princess gitu
Ini kali kedua ke sini tahun 2012 (Akeem dah wujud)
Ni tak plan sebenarnya
Singgah masa balik dari kenduri kawen kat Raub
Kalau tak salah ni tahun 2012
Kali ketiga mami, babah dan Akeem tidur sini (2012)
BEST
Memang rasa nak repeat banyak kali
Suasana sejuk
Akeem pun boleh lari sana sini tanpa kawalan dan tanpa kerisauan
** puas cari gambar tapi dah tak ingat simpan kat mana huhuhuhuhuhu.. belek belek album terjumpa gambar lama ni**
Cepatnya Akeem membesar.. rindu saat itu... tapi now enjoying every moment dia membesar!
 Ini kali keempat pergi bawa mak abah dan Akeem jalan jalan (2013)
Ni kat Japanese Garden... best bawak Akeem sebab ada ikan Koi menanti diberi makan.. ikan Koi tu gemuks gemuks semuanya sama besar cam peha mami tu ha *peha hengko!!!!
Ces hero dah mula offer diri untuk didokong atok
Takut takut nak dekat dengan rabbit tu sebenarnya
Lama jugak lepak lepak kat rabbit farm ni sebab best menikmati cahaya matahari dan ditiup angin sepoi sepoi bahasa yang nyaman -- entry fees RM3 per adult, budak bawah 2 years free
Atok yang sentiasa cool dan mak mami

Kami
Ini kali kelima bawa mak dan abah mertua dan Akeem jalan jalan sini (2013)
Bersama atok, nenek dan babah tengah tengok swan
Rasanya ini swan yang sama dari tahun 2007 hingga 2013.. agaknya lah sebab samaaaaa je (^_^)
Aktiviti wajib bagi makan fish

Berjinak jinak dengan rabbit -- tapi adakalanya takut takut gak haish

Mungkinkah kali keenam bersama Akeem dan Akeemah pulak?
Hahahaha pengsan!

2 comments:

  1. tempat deting jugak ni dulu2.. naik kancil.. hahahaha... ehh minggu dpn BG pegi sini.. tp dia tak ajak aku lerr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiseh ikutla mama... syok tau tido kat atas tu..
      *masa deting dlu x mampu nak naik atas sana

      Delete