Friday, June 21, 2013

Rasa Sayu Tetiba!

As Salam

Baru baru ni mami ada terima email dari Brainy Bunch inform pasal Progress Report Day
Bukan itu yang buat mami rasa sayu tetiba
TAPI
Pemberitahuan tentang field trip Akeem ke KidZania
HUHUHUHUHUHUHUHU
Sebaknya
Sayunya
Syahdunya
Tetiba terasa macam..... OH ANAK MAMI YANG BABY ITU SUDAH BESAR
Dah nak pergi his first field trip!

13 November 2009, hari pertama Akeem melihat dunia... kecik sangat masa tu berat pun 2.14kg je
Sekarang dah besar panjang dah tak muat riba babah dia (tengah tunggu kereta siap dibasuh pun sempat beriba!)
Ohkeh berbalik pada cerita field trip Akeem ke KidZania tu
Kena bayar RM100 setiap sorang anak - mujur masih seorang lagi anak buat masa ni
Tapi mami rasa macam a little overcharged kan?
Mami pun masih tak pasti lagi samada bagi dia ikut atau tunggu next year baru bagi dia ikut field trip sekolah
Bukan sebab kena bayar RM100 tu tapi mami rasa kurang yakin pulak nak bagi dia ikut
Hmmmmm tengoklah macam mana nanti
Nak bagi ke tak
Nak bagi ke tak
Nak bagi ke tak
Nak bagi ke tak
Apa kata korangs??

Mami rasa berdebar nak menunggu saat itu
Tapi mami tahu Akeem hebat
Mesti dia akan gembira dengan kawan kawan dia
Cuma itu adalah pengalaman pertama dia naik bas tanpa mami dan babah
Take care tau *kalau Akeem pergilah ^__^
Pstttttt aunties please give a good care to mereka mereka yang kami sayang ye!


Selama 6 bulan ni dia bersekolah nampak dah perubahannya
Walaupun masih super manja tapi dah banyak di boleh buat sendiri
Dah pandai mandi dan sabun sendiri
Gosok gigi sendiri
Pakai baju dan seluar sendiri (pilih baju pun sendiri)
Dah boleh kira one to twenty
Dah boleh baca simple doa sendiri
Dah pandai ambil wudhu'
Dah boleh solat berjemaah (sempat rakaat pertama je, rakaat kedua dah cabuttttt)

Gambar ni gambar lama rasanya bulan Feb aritu masa ni baru belajar solat.. sekarang Alhamdulillah dah tahu solat dengan betul siap denagn bacaan sekali... suka mami tengok (gambar selalu tak sempat nak tangkap haish rugi betul!)

Walaupun sangat gembira dengan perkembangan positif dia
Tapi tetap jauh di sudut hati rasa sayu
Hmmmmm cepatnya dia membesar
Dulu kecik je
Sekarang dah hensem macam orang bujang

Hensem tak?? Dah macam orang bujang anak mami sorang ni

Hadoiiii dilemma sungguh nak bagi ke tak bagi ni?????
Kalau Akeem pergi maybe mami pun pergi sama (parents are allowed to accompany their child okeh... tapi kena bayar RM50 ye)

4 comments:

  1. Sayu kan bila anak makin membesau.
    kadang sy selalu pikir,
    masa skrg leh kita cium2 n gomoi2 anak, tp bila dia dh besau nanti dpt x kita gomoi nti... sah diorg malu kan sebab dh bujang... erm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mama, gomol2 dan cium puas2 sekarang sementara masih kecil...

      Delete
  2. Darin pun pegi Kidzania last year. Setakat last year, dia dah pegi balai bomba then hujung tahun pegi Kidzania. Terkejut jugak sebab tadika dia tak mintak duit. Dia kata dah termasuk dengan semua yuran yang kita orang dah bayar. Bagilah dia pegi Zam.. Itu je masanya kita nak test cikgu dia dan diri dia sendiri. Bagi pakai kasut yang sesuai.

    ReplyDelete
  3. masa akan sentiasa terbang untuk seseoarang yg selalu sentiasa menghargai setiap detik dlm kehidupannya!

    ReplyDelete