Tuesday, June 11, 2013

Jalan Jalan Cari Pasal di GM Kelang

As Salam

Sabtu shopping lampu untuk rumah baru mak >>> klik sini dan sini
Ahad ingat nak lepak lepak rumah je
Tapi tahu je lah kan kami ni bukan boleh duduk diam terperap kat rumah
Tetiba babah ajak pergi GM Kelang
Mami tak pernah pergi pun GM tu
Asyik dengar kawan kawan je cerita
Dengan senyum lebar mami setuju nak pergi
Dasar!

Lepas sarapan merangkap makan tengah hari
Kami pun bertolak ke GM Kelang
Satu je tujuan ke sana
Nak cari baju tidur Akeem

Heeeee Akeem sekarang ni dah makin demanding - macam sapa lah tu ek????
Kalau nak tidur mesti nak pakai baju tidur
Kalau pakai baju lengan pendek mesti dia suruh tukar
Dia kata "tak nak lah baju ni, ni baju bangun"
Adeeiiiiii kalau baju lengan pendek tu dia kata baju bangun
Kalau baju bangun pakai masa main je!
Pengsan tau sehari tukar baju paling kurang 4 pasang
Bertabah sungguh bila time nak lipat baju
Baju dia sorang saja pun dah nak dua bakul
Maklumlah mami ni basuh paling rajin pun seminggu dua kali!!
Hewhewhew (^__^)

Abang Akeemm yang dah makin macam macam dan demanding

Apa yang ada kat sana?
Humang haiiiiii macam macam yang ada
Tapi bukan branded item ye
Kalau takat GUESS, GAP, CARTER'S tu banyak lah tapi yg jenis orang jual kat pasar malam tu
Kalau korang jenis beli baju anak anak kat KLCC, Pavilion tak usahlah menaruh harapan tinggi nak shopping sakan kat GM
Memang tak banyak lah choice untuk uols

Baju baby baby banyaklah terutamanya baby gegurl.... homeyyyyyy
Mainan memang banyak
Harga takde lah mahal sangat, tapi tak lah murah sangat jugak
Tapi kalau pandai tawar menawar boleh dapat murah kot
Mami malas dah nak belikan mainan untuk Akeem
Tak muat dah bilik mainan dia buat masa ni


Terkagum sekejap sebab terlampau banyak idola dia - Mebius ada, Max ada, Taro ada, Tiga ada... semua ada!

Kasik can pilih baju tidur sendiri sebab nanti tak berkenan pulak, bila tak berkenan tak nak pakai *fuhhh cerewet sungguh!
Dah besar anak mami, dah pandai pilih dan bayar baju sendiri
Yeayyyyyy dapat 3 helai jersi bola, dia panggil baju bola kampung hehehe homeyyyyy
Tapi rasanya mami tak larat nak bawak Akeem kat tempat tempat macam ni lagi
Orang boleh tahan jugak ramainya
Mami jadi gadis yang keliru bila bershopping dengan Akeem + barang yang terlampau banyak
Tak dapat nak fokus antara takut Akeem hilang dalam celah kain kain tu dan nak buat pilihan apa nak beli
Mami rasa kalau nak shopping harus pergi sendirian
Baru boleh betul betul komited dan fokus!
Heh.... ~ dasar!

Bila dah boring mulalah Akeem ada pelbagai aksi





Tak berbaloi lah rasanya berpusing pusing selama 4 jam setengah tapi tak banyak hasil tangkapan
Selama 4 jam tu hanya beli 3 pasang baju tidur Akeem RM60, 3 helai jersi RM50 (kot? tak hengat), 2 helai t-shirt gambar Shark RM30 dan 3 helai seluar kaler kaler untuk mami RM110
Mami tak berapa berani nak beli online seluar kaler kaler tu sebab takut takde saiz  T__T

Hoh memang betul betul jalan jalan cari pasal je
Tak berbaloi sangat lah kan???




3 comments:

  1. Gm ni sama mcm kenangan mall/ jln hang tuah kat KL tu ker?aku selalu pergi hang tuuah..dia mcm wholesale ..geramnya menengok baju budak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Yana... konsep yg sama... baju bdk gegurl byk betul comel2 gerammmmmm mujur takde baby gegurl

      Delete
  2. pi sini masa bday bebudak utk belikan brg2 goody bag, mmg berbaloi2 la

    ReplyDelete