Thursday, June 13, 2013

Kebaikan Bermain #Candy Crush Saga

As Salam

HAHAHAHAHA ~

Tajuk entry macam tajuk karangan darjah 6
OHKEH
Sapa setuju bermain games terutamanya kat komputer, TV, talipon dan Ipad ada jugak kebaikannya?
Hah kamu tak setuju.
kamu pun.
Eh eh kamu juga???
Eh kenapa yang ramai yang tak setuju bahawa bermain games juga ada banyak kelebihan

Mari sini mami huraikan satu persatu kenapa mami kata bermain games pun ada juga kelebihan dan kebaikan
Ohkeh mami ambil contoh main #candy crush saga
Sapa main game tu?
BAGUS ada lapan ratus ribu orang tengah main

Apa kebaikan #candy crush tu?

Hehehe terjumpa ni kat FB... phenomena sungguh game ni kan?
Kebaikan #1_POSITIVE ATTITUDE
Sejak menceburi secara serius permainan ni mami menjadi lebih positif
Kalau tak berjaya pada percubaan pertama mami akan cuba lagi sampai berjaya
Mami menyokong penuh ungkapan usaha tangga jaya
Dan memang terbukti bila kita berusaha kita akan berjaya
Mula mula mami stuck kat level 29 - 3 hari hengko stuck kat situ!
Tapi dengan prinsip usaha tangga jaya
Dan tanpa rasa putus asa mami berusaha bersungguh sungguh
Habis nyawa rekues
Habis nyawa rekues
Habis nyawa rekues
Habis nyawa rekues
Dan akhirnya mami berjaya
BUKAN KAH ITU BAGUS?

Kebaikan #2_MENGUKUHKAN IKATAN PERSAHABATAN
Bila dah habis nyawa mami akan terasa dekat sangat dengan kawan
Maklumlah bila habis nyawa je terpaksa rekues nyawa untuk sambung perjuangan
Jadi secara tak langsung ini akan memupuk semangat setiakawan dan saling tolong menolong
Mami paling stress bila nak unlock level
Terpaksa tunggu 3 orang kawan untuk unlock
Alhamdulillah setakat ni semua kawan kawan mami ikhlas dan pantas menolong!
BUKAN KAH ITU BAGUS?

Kebaikan #3_MENGASAH MINDA MENJADI LEBIH TAJAM
Ini adalah kenyataan bukan rekaan
Bila kita main candy crush ni kita akan lebih fokus
Fokus nak kejar level yang lebih tinggi
Selain daripada tu kita akan sentiasa melatih minda untuk fikir strategy untuk mengalahkan cokelat yang jahat dan jelly yang sangat menyampah itu
Jadi secara tak langsung kita telah melatih minda kita menjadi lebih tajam
BUKAN KAH ITU BAGUS?

Kebaikan #4_MASA LAPANG SUDAH TIDAK BORING LAGI
Selain mengasah minda menjadi lebih tajam - ceh iye ke???
Masa lapang kita akan lebih ceria dan berfaedah
Mami selalu penuhi masa lapang sperti di dalam meeting, di dalam training dan juga semasa menunggu traffic light dengan bermain candy crush
Jadinya masa lapang lebih bermakna
BUKAN KAH ITU BAGUS? 

Sekarang ni babah pun dah terjebak sama
Dia lagi kronik sehari dekat pat puloh kali mintak nyawa
Nasib lah kami ibu dan bapa yang muda ini terjebak bermain game yang banyak kebaikannya
Bukan game yang sia sia
HAHAHAHAHAHA

SETUJU TAK uols????

pssttttt perkataan dalam bentuk bold itu adalah perkara perkara yang positif.
terpulang pada diri sendiri untuk mempercayainya ^__^

5 comments:

  1. setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuu bak nyawa!

    ReplyDelete
  2. aku tak tau kenapa..aku mmg x minat main game..tp ada satu..minesweeper..itulah game yg aku boleh main dr dulu smpai skrg..old school tak aku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minesweeper tu x pwrnah dlm senarai aku minat... susah nak mamp*s

      Delete
  3. setuju sangat..tak taulah kenapa ngan candy crush ni boleh melekat pulak..sebelum ni game apa2pon memang tak reti main..mohon copy gambo tu ye..

    ReplyDelete