Friday, June 28, 2013

Hukum Karma


As Salam

Kelmarin Akeem gigit kawan kat sekolah
Semalam dia pulak luka - tercalar kat dahi je pun sebenarnya...
Mula mula dia cool je
Tapi bila dia dah main bola tak hengat dunia
Dahi tu mulah berpeluh
DANNNNN
Mulalah nangis


"Apa ni mami, apa ni?"
HUHUHUHUHU
"Sakitlah mami sakitttttt"
HUHUHUHUHU
"Kenapa sakit ni mami?"
HUHUHUHUHUHU

Kan tak nampak pun mana lukanya... kecikkkkkk sangat....
Pandangan dekat... kan dah kata kecik sangat dah close up pun masih tak berapa nak nampak hehehe...
HAHAHAHAHA kelakar pun ada
Bila mami gelakkan dia menangis
Akeem lagilah marah
Habis dia cubit babah dia

Lukanya tak besar mana
Tak boleh dikategorikan sebagai luka pun
Hanyalah tercalar sikit je
Tapi nagis guling guling
Adesssss abang kan Boboiboy
Mana boleh nangis kalau luka sikit je!

Dia kata kawan dia cubit
Itulah HUKUM KARMA
Kelmarin dia gigit orang

Semalam kawan cubit dia pulak


Thursday, June 27, 2013

Dia, Anak Saya

As Salam

Dia
Daris Hakeem Bin Khairudin
Dia adalah anak kesayangan saya
Dia adalah cinta hati saya
Dia adalah suka dan duka saya
Dia adalah lambang cinta saya
Dia adalah segalanya buat saya

Dia
Lahir premature pada 13 Nov 2009
Dia sekarang sudah besar ya
Dia sekarang sudah pergi sekolah ya
Dia sekarang dah pandai demand nak pakai smart smart sahaja ya
Dia sekarang selalu buat saya pening kepala ya!

Dia
Semalam kena denda dengan aunty
Dia gigit kawan di sekolah
Dia cakap "kawan amik buku akeem"
Dia cakap lagi "kawan tumpahkan air kat skul"
Dia memang agak keras sedikit
Dia memang sentiasa suka menang
Dia memang sentiasa nak orang semua ikut cakap dia
Dia SANGAT SERUPA DENGAN MAMI!

Dia, anak saya!

Wednesday, June 26, 2013

Takde Mood. PUSHSTOP.

As Salam

Alaaaa tak suka lah perasaan ni
TAKDE MOOD
Semua buat tak kena
Nak ajak babah lunch sama
Dia dah pergi makan dengan opismate dia
Main gula pun tak menjadi
Asyik matiiiiiii je nyawa pun dah habis

Nak pergi shopping pun tak bersemangat
Makan pun tade mood

Owh bila makan pun takde mood ni dah kira kronik ni
Tapi mengapakah?????
PMSing? Tidak mungkin sebab baru je kawan datang melawat

Apa terapi paling baik untuk orang takde mood ek?
Sila bagi link untuk mami window shopping online
Maybe ini boleh mengembalikan pak mahmood yang hilang!

Bila dah takde mood ni semua malas nak buat
Padahal paper exam yang berlambak tu pun tak tanda lagi
Assignments students pun tak sentuh lagi
Board of Exam report pun baru jeling jeling je
Homework untuk training esok pun tak siap siap lagi!!!

Huhuhuhuhuhu
Hai pak mahmood ke mana engkau pergi?
Mami banyak kerja ni tapi takde mood nak buat


Psstttt dah lah takde mood bertambah takde mood bila wassap kita ada orang tu tak perasan. SENTAP!

Nak layan gambar kami yang lama lama
Kot kot jap lagi mood datang kembali (mami takde mood nak upload gambar sempat upload yang sekeping ni je)
Sungguh parah kes takde mood hari ni

Geram kat muncung tu nak picit picit je rasanya! Hehehe
OHKEH mari kita kembali bekerja!
Walaupun takde mood tapi tanggungjawab kena kita laksanakan
(Apalah yang mami merepek ni takde mood punya pasal jadi ntah hapa hapa ntah)
Huwaaaaaaaaaaaa
Okeh takde mood. PUSHSTOP!

Tuesday, June 25, 2013

Puasa Pun Belum Lagi Biskut Raya Dah Meninggi

As Salam

Wah bukan main bersemangat nak raya tahun ni
Akeem pun asyikkkkk lah tengok upin ipin edisi raya
Bila dia tengok baju melayu je dia cakap "Ni baju raya kan mami"?
Bestnya Akeem dah ada semangat nak raya
Tapi dia masih takut kat mercun
Macam mana nak main mercun raya ni nanti???
Takde mercun tak meriah lah kan.... (aksi ibu yang tidak boleh dicontohi)

Korang semua mesti dah tempah baju raya kan?
Mami ni bab bab baju sangat bersederhana
Tak pernah nak tempah bagai
Beli kain ela masa bertunang dulu pun tak tempah tempah lagi
Babah pun dah warning tak bagi beli kain ela lagi
Beli pun tak tempah nak buat apa beli kannnn????

Disebabkan semangat raya tu lebih sikit
Tahun ni mami memasang niat nak buat biskut raya
Resepi dah siap salin
Nanti dah jadi mami buat entry
Kalau jadi ek hehehehe

TAPI kan
Belum sempat mami nak test skill buat biskut raya
Tempahan cookies raya dan kuih raya berderet deret masuk
Alahaiiiii puasa pun belum lagi biskut raya dah meninggi kat depan mami ni
Apa lagi ngap ngap ngap, dap dap dap
Sedap betul makan tat nenas tu
Korang nak ker?
Ha boleh order dari opismate mami ye

Ni pulak sample yang mami dah ngap dua jenis. Nak Order boleh contact Pn Rohaya klik sini

Ni tat nenas yang hampir 10 bijik dah masuk dalam perut mami. Nak order boleh contact Cik Nadia klik sini

Ni kuih gunting Cik Nadia bagi untuk food sample... rasa jangan tak rasa... ni resepi rahasia dari MIL Nadia tau!
Nanti mami buat biskut raya mami korang kena order dari mami pulak ye
HAHAHAHAHA kalaulah mami berjaya buat biskut tahun ni
Mau terpengsan babah agaknya
Kagum sangat dia binik dia yang ayu ni berjaya buat biskut raya

Raya, raya jugak ek kawan kawan
Yang tak abis ganti puasa lagi tu cepat cepatlah ganti (hehehe kereks mami dah abis ganti)
Dah tak lama dah nak puasa
Harap mami dapat bertemu Ramadhan kali ini

cut and paste je ni


Monday, June 24, 2013

Jerebu




As Salam

Topik hangat buat masa ni adalah JEREBU
Semua orang bercakap pasal JEREBU
Ramai yang tak suka dengan keadaan sekarang
Cuma budak budak sekolah je yang suka sebab diorang tak payah pergi sekolah

Ni semalam jerebu masih tak terlalu teruk. Disebabkan jerebu maka kami ke jusko (patutnya jerebu kena stay kat rumah je ni terpergi jusko pulak - ini adalah tindakan luar kawal)
Ni view KL pagi ni dari bangunan PNB (opis kawan babah) KL tanpa masalah jerebu ni pun dak teruk kualiti udaranya ni kan pulak bertambah teruklah dengan ancaman jerebu ni..

Setakat hari ni, 24 June 2013 IPU kebanyakan negeri negeri yang terlibat tak banyak berubah
IPU masih tinggi dan menunjukkan bacaan tidak sihat


Petunjuk bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara)
Setakat hari ni pagi ni Port Dickson, Negeri Sembilan terjejas teruk dengan bacaan IPU 335* pada pukul 7am dan turun sikit ke 292* pada pukul 11am tadi
Melaka pun teruk jugak berjerebu sejak semalam pagi ni turun sikit ke 260*
Selangor pun dah mula berjerebu
Hadoiiii tak best sungguh penglihatan terhalang
Hilang nikmat melihat gunung ganang yang menghijau (cesss macamlah banyak sangat gunung ganang kat Selangor ni kan?)

for more detail sila ke link ini http://www.mysumber.com/berita/bacaan-terkini-indeks-ipu-jerebu-24-jun-2013-seluruh-negeri
Walau apa pun kesihatan perlu diutamakan ye uols
Jangan banyak terdedah dengan aktiviti luaran
Kepada sesiapa yang ada sejarah dan masalah respiratory dan athma elakkan terdedah terlalu lama pada jerebu ni
Minum banyak air masak
Tak payah makan kat luar lah buat masak ni
Mami yang malas tahap dewa ni pun terpaksa masak malam ni sehingga jerebu pulih
Kalau anak anak kecik batuk cepat cepat bagi makan ubat dan rujuk pada doktor immediately
Kalau terpaksa jugak ke luar rumah jangan lupa pakai topeng muka ye!

Sebagai peringatan buat kita semua


Kami di Wisma SHELL Cyberjaya

As Salam

Berpeluang meneroka wisma SHELL di Cyberjaya adalah satu pengalaman yang sangat mengujakan
**Wah ayatttt kan main hehehe tersampuk kah? Ini bukan mami yang menulis ni..

Sabtu 22 June 2013
Mami dan Akeem berpeluang masuk opis babah
Kalau tanpa jemputan jangan harap selain pekerja nak masuk bangunan tu
Pak guard dia strict gilessss
Tak bagi langsung orang luar masuk - bagus pak guard bekerjalah penuh dedikasi!

Ada yang tertanya tanya Akeem nak pergi mana pakai carseat bagai ni (selalunya Akeem jarang pakai car seat ye)
Akeem nak pergi opis babah je
Opis babah ni strict sikit
Kalau drive dalam kawasan opis kena pakai seatbelt dan kanak kanak mesti duduk dalam car seat
Jauh betul bezanya dengan opis mami
Heh kat opis mami korang nak drive macam bawak kereta F1 pun ohkeh!

Dulu susah betul nak suruh dia duduk dalam car seat, skrg dah OK maybe dia rasa syok kot macam orang besar sebab ada kerusi sendiri dan boleh nampak semua view

Kami kat wisma SHELL ni sempena SHELL Family Day
Ada beberapa acara mainly untuk anak anak lah
Akeem macam biasalah mula mula susah nak panas
Tak nak join acara yang ada
Itu mula mula lah..

Sebelum apa apa kena register dulu
 Lepas tu bermula acara
Mula mula berfikir jap.... "hee tak minat lah naik main ni"
Yeyyyy selepas mami paksa dia berjaya jugak masuk dan bermain - tapi jap je.. memang dia tak minat main kat dlm tu
Yang ni tak payah paksa dia main. Nampak je ball terus nak sepak sampai tak nak bagi orang lain sepak... moga moga satu hari nanti Akeem bola jadi Beckham ye dear!

Terus ke gawang gollllllll... terror anak mami ni main ball!
Apa lagi yang ada ek... hmmm ada puppet show, ada magic show, face painting
Fun jugaklah
Ramai budak budak yang terbahak bahak ketawa
Akeem je yang tak ketawa dia asyik tanya "nape mami?"
Hahahaha kesian anak mami tak paham lagi orang buat lawak

Akeem tak suka clown ni... so dia tak nak duduk dekat. Sib baik clown tu bagi jugak "sword" kat Akeem

Malew malew tengah tunggu uncle lukis karikatur Akeem. Bila dah siap hoh bukan main masam muka bergambar dengan karikatur sendiri hehehe... pemalu macam mami lah Akeem ni
 
Cak! Enjin sudah panas so dah mula main sampai tak nak berenti
 
Ada POOH... aduhaiiii mami dah menyorok belakang babah pun tetap nampak gagah.. tak sabar nak tunggu bulan puasa nak menjalankan projek D (huh harapan nak kurus tu tipis ye mami!)

DANNNNN ada juga hero kesayangan ramai... BOBOIBOY! Hahahaha Akeem muka malu malu kena himpit dengan Boboiboy
Hallamakkkk hero mami nangis pulak takut kat Boboiboy...
Yang bestnya ada makan makan
Tapi food kira OK OK je lah takde lah superb sangat (heh ada makan makan pun dah kira OK lah tu kan?)

Ini je (ini je???) yang mami makan... tak puas pulak rasanya.. heheehe

Wah terkagumnya tengok opis babah
Rasa oh sedih dan kerdilnya diri ini
Opis mami dengan opis babah ni macam langit dengan bumi
**Tak payah lah nak banding sangat mami buat sakit hati je nanti T__T

Best ada indoor garden ni Akeem terkagum jap sebab ada banyak batu dan kolam... dia memang obses dengan batu dan kolam sebab dia ingat kalau ada kolam mesti ada ikan... heh!


Apa yang best pasal opis babah?
Hmmm malas nak cerita panjang cer baca kat sini :: petikan artikel daripada Kosmo!Online

Ada opis tour tapi pukul 2.00 tapi tak sempat nak pergi sebab pukul 1.30 babah dapat duty call
Babah tengah stenby wiken ni
So sebab tak dapat pergi formal tour babah ajak naik tengok opis dia je lah
Best ada opis macam ni
Rasa macam tetiba bersemangat nak pergi kerja (kalaulah opis mami cantik macam ni)

Tengok di sebab kan suasana best Akeem pun tetiba ada mood nak keje
Apa apa pun kami semua seronok kat wisma SHELL hari ni
Walaupun nampak macam kedekut sikit (ahemmm yelah kannn ajak makan makan pun kat opis je)
Tapi yang paling best kami dapat spend masa sama sama
Wiken ni babah on stendby so jangan ada menaruh harapan lah nak pergi jenjalan jauh jauh

Eh dah lama kita tak tido rumah kecik ek babah?
Panas panas ni best jugak kalau pergi Cameron makan strawberry.... (menaruh harapan)

Friday, June 21, 2013

Yeayyyyy Hari Ni Last Ganti Puasa

As Salam,

Akhirnya berjaya jugak menguatkan semangat menghabiskan puasa ganti
Alhamdulillah tahun ni ada peningkatan
Berjaya habiskan ganti puasa 20 hari sebelum Ramadhan
Tahun lepas rasanya dah dekat nyawa nyawa ikan baru habis ganti puasa!
Teruk betul

Esok nak makan ketupat dan rendang lah
Semangat rasa macam nak sambut raya pulak
Suka sebab dah habis ganti puasa
Doakan mami tetap tabah untuk buat puasa sunat Isnin, Khamis ye
Nak kena berlatih sebelum Ramadhan tiba ^__^

Cessss macam budak umur 7 tahun je nak berlatih puasa pulak kekdahnya!

Pada kawan kawan yang tak habis lagi ganti puasa
Selamat berusaha
Chaiyokkk uols can do it!

 

Rasa Sayu Tetiba!

As Salam

Baru baru ni mami ada terima email dari Brainy Bunch inform pasal Progress Report Day
Bukan itu yang buat mami rasa sayu tetiba
TAPI
Pemberitahuan tentang field trip Akeem ke KidZania
HUHUHUHUHUHUHUHU
Sebaknya
Sayunya
Syahdunya
Tetiba terasa macam..... OH ANAK MAMI YANG BABY ITU SUDAH BESAR
Dah nak pergi his first field trip!

13 November 2009, hari pertama Akeem melihat dunia... kecik sangat masa tu berat pun 2.14kg je
Sekarang dah besar panjang dah tak muat riba babah dia (tengah tunggu kereta siap dibasuh pun sempat beriba!)
Ohkeh berbalik pada cerita field trip Akeem ke KidZania tu
Kena bayar RM100 setiap sorang anak - mujur masih seorang lagi anak buat masa ni
Tapi mami rasa macam a little overcharged kan?
Mami pun masih tak pasti lagi samada bagi dia ikut atau tunggu next year baru bagi dia ikut field trip sekolah
Bukan sebab kena bayar RM100 tu tapi mami rasa kurang yakin pulak nak bagi dia ikut
Hmmmmm tengoklah macam mana nanti
Nak bagi ke tak
Nak bagi ke tak
Nak bagi ke tak
Nak bagi ke tak
Apa kata korangs??

Mami rasa berdebar nak menunggu saat itu
Tapi mami tahu Akeem hebat
Mesti dia akan gembira dengan kawan kawan dia
Cuma itu adalah pengalaman pertama dia naik bas tanpa mami dan babah
Take care tau *kalau Akeem pergilah ^__^
Pstttttt aunties please give a good care to mereka mereka yang kami sayang ye!


Selama 6 bulan ni dia bersekolah nampak dah perubahannya
Walaupun masih super manja tapi dah banyak di boleh buat sendiri
Dah pandai mandi dan sabun sendiri
Gosok gigi sendiri
Pakai baju dan seluar sendiri (pilih baju pun sendiri)
Dah boleh kira one to twenty
Dah boleh baca simple doa sendiri
Dah pandai ambil wudhu'
Dah boleh solat berjemaah (sempat rakaat pertama je, rakaat kedua dah cabuttttt)

Gambar ni gambar lama rasanya bulan Feb aritu masa ni baru belajar solat.. sekarang Alhamdulillah dah tahu solat dengan betul siap denagn bacaan sekali... suka mami tengok (gambar selalu tak sempat nak tangkap haish rugi betul!)

Walaupun sangat gembira dengan perkembangan positif dia
Tapi tetap jauh di sudut hati rasa sayu
Hmmmmm cepatnya dia membesar
Dulu kecik je
Sekarang dah hensem macam orang bujang

Hensem tak?? Dah macam orang bujang anak mami sorang ni

Hadoiiii dilemma sungguh nak bagi ke tak bagi ni?????
Kalau Akeem pergi maybe mami pun pergi sama (parents are allowed to accompany their child okeh... tapi kena bayar RM50 ye)

Thursday, June 20, 2013

Syiling Itu dan RM150

As Salam

Ini adalah sambungan dari kisah semalam >>> klik sini 

Kita hanya merancang Tuhan yang tentukan
Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari
Owh sedihnyaaaaaaaaa
Harapan untuk memiliki RM150 hasil daripada penukaran syiling dengan Encik Lee telah berkecai!

RM150 yang telah terlepas dari tanganku.... grrrrr sayang sungguh!!

Huhuhuhuhukkkkk
Kau kijam Encik Lee
"Apakah tidak sudi memberiku hadiah saguhati?"
Boleh lah ye bolehlaaaaa
"apakah kamu hengat ini adalah pertandingan? manyak cantik muka lu mau saguhati bagai"

Ini hasil perbualan wassap antara mami dengan Encik Lee

Mami wassap tanya syiling ni accepted tak?

Dia taknak! Dia nak yang bergigi yang mami jumpa tu yang berbelah... huh KECEWA!

Semalam petang dia ada wassap "harlo" katanya
Mami agak excited kot kot lah dia tukar fikiran nak jugak bagi saguhati
Dapat RM100 pun mami suka
TAPI tetiba dia tanya "where you fron?" HOH SPELL FROM pun typo!
Hah usah nak menggatal tanya dari mana ku datang
Arghhhhhh berambus
Tak kuasa lagi nak cari duit syiling tuh!

Maybe En Lee tu ingat mami ni gadis suweet 17 kot
Maklumlah bila guna wassap gambar profile kita orang boleh nampak kan??
Huh nak tukar profile picture terus!
Saya adalah ibu muda beranak satu yang masih hot oh yeahhhhh
Buwekkkkkkk! Silalah muntah uols....

Inilah wajah ibu muda beranak satu yang ramai orang ingat masih gadis simanis 17!!! ^__^


Wednesday, June 19, 2013

Ghairah

Mula mula rasa macam "alah malas nak layan add tu"... tapi tetiba rasa bersemangat dan ber ghairah pulak pabila terjumpa duit syiling 50 sen tahun yg di kehendaki oleh En Lee pengumpul syiling tu...
Kalau add ni tak palsu heheheheh terbayang RM150 dalam genggaman ^_^
Apa lagi uols.. ibu dan bapa muda sekalian
Jom tengok tabung anak memasing mana lah tahu ada rezeki nak dpt durian runtuh...
Heh!

Alamak lupa nak bagi salam
Punyalah ghairah nak cari duit syiling
As Salam korangs
Sayang betul ada satu tabung akeem yang sebesar peha mami ni
Tabung ben 10
Tapi tabung tu tak boleh bukak
Kalau nak bukak kena potong. .. haiyaaaa potong betul!
Korek korek jumpa ni je duit syiling yang ado!

Alahai sikitnya syiling.... yang lain ada kat dalam tabung yang tak boleh bukak tu.. punah harapan

Mami terjumpa iklan ni kat FB
Kawan mami yang share kat wall dia
Terus teruja nak cari syiling


Cari punya cari terjumpalah duit syiling tahun 1967 seperti yang di kehehendaki oleh En Lee
Mami terus wassap dia dan wassap gambar sekali
Senyap takde jawapan
Tunggu lagi  
Dannnnnn tengah hari semalam En Lee balas

Syiling yang berharga RM150
Jeng jeng jengggggggg
Dapatkah mami RM150 seperti yang dijanjikan 
Yang mana En Lee advertised nak  tukar RM150 dengan sesiapa yang ada syiling 50 sen tahun 1967
TUNGUUUUUUUUUUU..... 

 

Monday, June 17, 2013

Kereta Korang Tak Sehebat Kereta Mami

As Salam

Tajuk entry adalah berbaur riak
Eh mestilah nak tunjuk kehebatan kereta mami tu
Kereta korang boleh bawak kuda tak?
Tak boleh? ??
 
Kan mami dah kata kereta korang tak sehebat kereta mami
Apa yang hebat kereta mami tu?
 
Kereta mami ni dah boleh kalahkan kontena tau
Boleh bawa kuda
Boleh bawa senapang
Boleh bawa segala peralatan mainan akeem
Kadang2 akeem nak jadi askar - senapang tersedia
Kadang2 akeem nak jadi supa strikas atau Iwan hero bola kampung - bola dah stenby
Kadang2 akeem nak jadi cowboy - kuda sedia ditunggang
Kadang2 akeem nak jadi pirate - teropong sentiasa ada
HEBAT kan kereta mami
 
Cowboy in the car
Boleh masak masak dalam kereta
Potong! Nak jugak bola gambar ikan... haish...

Library di dalam kereta
Tahu kah apa tu uols??? Itulah teropong Akeem... kalau hilang boleh berlaku amukan pocong tau... tahu tak uols mana datangnya teropong itu? Ha cer teka cer teka..
Macam macam ada
Dah macam stor bergerak!
Phewwwww tak glamor lah kereta mami yang ayu ni... ^_^

Yang paling hebat dia suka sangat jadi over heated
Bukan sekali ye
Berkali kali 
Hebat tak??
Kereta ku yang selalu over heated - terlebih hotttt...
DAN BOLEH JUGAK MENJADI KATIL UNTUK AKEEM...