Thursday, March 14, 2013

Kami Ke Melaka Mencari Coconut Shake Ori

As Salam

Sebenarnya pergi ke Melaka ni adalah pada 2 March lalu
Lama dah nak buat entry ni
Tapi asyik tangguh je

Takde tujuan utama untuk ke Melaka ni
Saja jalan jalan
Dan nak mencari Coconut Shake Ori sahaja

Niat asal nak pergi PD
Nak duduk Lexis tu
Bukan apa
Kan Akeem suka ikan
So nak bagi dia nikmati suasana percutian berdekatan dengan ikan
Tapi Lexis PD tu fully booked pulak - takde rezeki
Maka kami menukar plan lepas melawat menantu terus ke Melaka

Kat Melaka kami stay kat tempat biasa biasa je
Kami ni bukan orang ada ada
So, kami stay kat Shah Village Resort-- takdelah resort sangat, macam chalet je pun
Room dia ok ok jelah
Tapi environment nya adalah best
Macam suasana desa gitu
Depan bilik ada ala taman
Budak budak boleh main buai hayun hayun yang macam kat kampung tu
Best jugak berayun ayun ditiup bayu laut -- ecewahhhh!

Kami stay kat Melaka 2 hari 1 malam je
Sampai Melaka pun dah dekat pukul 4 lebih
Lepas check in lepak lepak jap
Pastu terus keluar balik
Niat nak cari coconut shake
Malas nak pergi jauh jauh
Sebab ada nampak coconut dekat area resort or lebih tepat chalet kami tu
Nak try kat sini dulu sebelum pergi ke tujuan utama
Nak cuba try test coconut shake original Klebang

Hmmmm rasa coconut shake adalah sangat menghampakan
Dengan suasana yang panas nak mamp@$
Panas terik membahang
Berliter liter dah peluh Akeem keluar
Servis pun lambat nak mamp@$
Order mee rebus sampai ke sudah tak dapat -- cessss!!!!
PANGKAH
Tak nak datang dah kedai ni!
Dah berkilat kilat berpeluh anak mami sorang ni... servis sangat lambat mujur budak ni dah mula rajin nak melukis so layankan dia lukis shark dulu
Cendul RM5 (tak sedap), coconut shake RM4.50 (juga tak sedap)

Lepas siap makan (tak abis pun - tak sedap!)
Sambung acara lepak lepak tepi pantai pulak
Nak bagi Akeem biasa sikit dengan outdoor activities
Dia ni jenis tak berapa nak suka main kat luar

Mula mula susah jugak nak paksa dia pijak pasir tu
Tapi bila dah syok 
Lepas tu OK je
Teragak agak nak pijak pasir... saja pakaikan seluar panjang karang kalau jatuh takde la calar balar (over plak mami nih)
Dah mula OK sikit, tapi masih ragu ragu

Last last mami suruh dia nyanyi supaya dia lupakan fokus pada pasir tu..

Yeayyyy berjaya Akeem dah tak ingat dah pasir tu... tu tengah nyanyi lagu tiger tiger auummmm aummmmm (entah lagu apalah)
Bersama mami (gambar tidak boleh close up - tangan dah mcm ahli gusti, besarrrrr)

Bersama babah

Sudah puas bermain di tepian pantai
Ketiak pun dah belengit (itu adalah term rahsia mami untuk describe persaan melekit dan hangit)
Masa untuk balik dan luruskan pinggang
Tapi anak bujang mami ni tak nak pulak
So acara di teruskan dengan mandian di kolam renang
Macam macam aksi renang keluar
Mami setakat jadi penonton saja - malewww nak join sekaki!

Excited nak main air

Tadaaa dah mula pandai nak jalan sorang sorang (dulu takut air).. maaflah ye Akeem mami lupa nak bw swimming suit Akeem, next time mami janji itu benda pertama mami pack!

Belajar renang dengan coach babah

Malam tiada acara menarik
Mula mula ada juga terniat nak makan kat Parameswara Ikan Bakar
Tapi rasa malas pulak
So kami pergi makan dekat area food court berdekatan sahaja
Best jugak nikmati makan malam di tiup bayu laut
Lepas makan terus balik bilik - tido.

Lepas sarapan lagi seround Akeem mandi kolam
Kali ni mami join sekaki
TEMPTING! Nak jugak berendam hehe (so takde gambar renang hari kedua)

Selain mencari coconut shake best
Memancing adalah antara tujuan kami ke Melaka
Jadi babah dengan macho nya membantu Akeem dalam usaha memancing ikan
Ada gaya tak seorang pemancing professional

Lepas check out
Misi utama diteruskan -- MENCARI COCONUT SHAKE KLEBANG ORIGINAL
Kat sini memang sangat famous
Kalau datang time peak hour
Confirm kena beratur panjang
Mami nasihatkan datanglah waktu macam we all ni
Seawal kedai di buka kami terus terpacak kat situ - kami memang tak mampu bersabar jika kena menunggu! Tidak sama sekali!

Kat sini air lain takde
Korang duduk je
Kurang dari 5 minit pasti akan ada brader yang datang bawak dulang penuh dengan coconut shake
Cakap je nak berapa
Brader tu akan letak kat meja kita
Kami minum 2 je - memang best!
Tak cukup pulak
Babah tapau lagi satu hehehe
Ramai yang kata nasi lemak dia best
Kami try la satu tapi maybe sebab perut masih lagi kenyang
So tak rasa lah kesedapannya sangat - just OK Ok je kot

Tapi coconut shake dia memang terbaek! BEST!
Recommended
Jelas terasa sedapnya
Lebih lebih lagi cuaca kat Melaka adalah sangat panas!
Over pulak promote macamlah dapat komisyen kan???
Terliur tak? Terliur tak?
Selesai. Tak cukup. Order untuk tapau pulak. But seriously ice cream dia memang sangat sesuai ngan taste coconut tu. Sangat light but yet refreshing!

On the way nak balik singgah kejap kat taman rama rama
Ni kali kedua lawatan kami ke taman rama
Mami suka pergi sini
Sesuai untuk family yang ada anak baya baya Akeem
Persekitaran yang friendly untuk budak budak
Bukan takat ada rama rama je
Monkey ada
Ostrich ada
Crocodile ada
Snake ada
Tortoise ada
Birds ada
Fish ada -- arapaima pun ada!
pendek kata banyak jugaklah haiwan haiwan yang ada
Berbaloi kot bayar RM12 for adult (Akeem masih percuma)
Cuma cuaca adalah agak panas

Kat sana kami
Jalan jalan tengok rama rama

Babah posing ala ala terminator.. hehehe... time ni Akeem masih takut takut lagi kat rama rama tu yang lepak kat kerusi tu dulu, kasik dia panas enjin dulu..

Sampai ke sudah tetap takut kat rama rama, terpaksa babah yang gagah banyak menggunakan kekuatan untuk mendokong Akeem... haipppp tak patut tak patut...

Jalan jalan tengok ikan
Tengah terpegun tengok ikan

Masih lagi terpegun dan kagum

"Tak tahan.. tak boleh jadi ni... rasa nak masuk je tangkap ikan".. kata Akeem. Hahah tipu itu adalah dialog rekaan mami samata!

Tengok itu ini hehe malas nak tulis dah...
Hehehe chumel je berpimpingan tangan dengan babah... ni nak menuju ke area Ostrich

Kat Ostrich... tidur pulak Ostrich nih... Akeem tu takut takut tu. Itu adalah aksi nak melarikan diri

Ada tortoise

Ni tengah tengok birds sebenarnya... Akeem tengah tutup telinga. Dia kata "bisinglah birds ni" huhuhu apakah anak ku ini anti aktiviti luaran?

Secara kesimpulan
Kami sangat happy dan puas hati dengan lawatan kali ni
Akeem siap nangis nangis tak nak balik rumah besar
Dia kata "Akeem nak rumah kecik"...
Anak...
Babah beli rumah kecik tu untuk satu malam je ye..
Nanti kita pergi rumah kecik lagi ohkeh??







2 comments:

  1. review mmg ikhlas..haha..tak sedap ke coconut shake yg 1st tu..presentation ok..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya menulis secara ikhlas hahaha... tak berapa sedap la yana yang first tu... tambah tambah servis lambat terus jadi 'lagi tak sedap'... hehe tapi yg satu lagi tu memang best..

      Delete