Monday, May 30, 2011

Nak Pergi Singapore Nak Pergi Singapore, Pleaseeeee

Oh baru baca entry mama-chu pasal Orchard Rd dan sorrrgaaa dunia itu. Oh haruskah follow up shopping di buat kat Orchard Rd? Babah, sila jawap... love babah!

 I laikeeee!

Sunday, May 29, 2011

Shopping Kat KL

Lama sangat tak pegi KL, semalam babah ajak g KL -  dia nak beli kasut. So, mami pun agak excited maklumlah gaji dah masukkkk... yeyyyy....

Plan awal nak gerak pagi, tapi "pagi" we all adalah pukul 11.30! Masih pagi lagikan? Adoila.. payah betul nak bersiap cepat2 dengan budak kecik nih. Macam2 nak bawak!

Punyelah adventure nak beli barang ngan Akeem yg dah semakin lasak dan akhirnya dah boleh jalan tuh. Tereksesais percuma mami dan babah sepanjang tempoh beli belah kali nih.

Apa yang kitorang beli?
2 pasang kasut babah. Dia kata nak beli balik kasut jaman metrik dia.  Teringat jaman muda dia kot..

Sepasang T-Shirt Carter's , Osh Kosh Jeans (oh terlupa patut beli kat Brand Outlet je kan? - ala silap lah!), Snail & Son Jeans dan....
Sandal baru Akeem. Mahalnya barang2 budak kecik, kopak mami dia buatnya.. hehehe..
Huhuhu sedihnya takde satu pun untuk mami. Wah tak puas ati sungguh! Dah plan ngan babah nak buat follow up shopping tapi kali ni tanpa budak kecik tuh. Tak sabar tak sabar pestime mami nak buat perkara keji ni - jenjalan tanpa bawa Akeem.

Saturday, May 28, 2011

Jalan Jalan Cari Makan

Dah lama tak makan seafood tahap maksima macam ni... so, sesekali amik peluang makan (melantak tahap gaban) kat Kuala selangor sebab.... konon - kononya mami dah kurus sikit.

Ceh macam mana la nak kurus kan.. ada penurunan satu miligram melantak ya rabbi tak hengat! Cer korang bayangkan betapa kenyangnya membelasah semua food nih! Erk ALHAMDULILLAH!

Ni udang lipan or mantis hahaha mami tak tau apa nama menda alah ni... tapi best goreng bawang gini je - mantis tu kena fresh dan hidup if tak, tak best langsung!

Ketam masak telur masin - mami's fav wok!



Khas untuk Akeem - tauhu jepun

Jenahak tomyam steam - lagi mami's fav :))
Ni yang paling tak best - sayur apa tah. Demi memenuhi balanced diet / food pyramid mami order gak sayur ni... nak buktikan pada Akeem kita perlu makan makanan seimbang - biar ada vege!
Cer korang teka berapa orangkah yang menghabiskan semua hidangan di atas? Apa? Mami ngan babah je? Melampau tau la mami ngan babah ni plus size hehehe... kitorang berempat yg melahap semua tuh.. kira oraitlah kan???

Friday, May 27, 2011

Word Keramat Itu...

Tak tau lah mami nak tafsirkan perasaan mami ni - sedihkah, jeleskah, kelirukah, kecewakah...

Sampai sekarang Akeem tak pernah pun sekali panggil ..mami ni "mami" - sikit2 babah, sikit2 babah... bila suruh sebut mami dia hanya pandang mami then sengeh... ahhhhhh sedihnya... bilalah mami dapat dengar dia sebut maaaamiii.... ohhhh tak sabar menunggu saat itu...

Dah agak banyak perkataan yg dia boleh sebut;
  1. Babah (paling perrfect!)
  2. Ball
  3. Dog
  4. Cat (tapi bila kita sebut cat dia cakap Didi - cos kucing kitorang nama Didi)
  5. Bird
  6. Baru2 ni (23/5/2011) dia pandai sebut "tok".. tak tau lah kalau kebetulan... tapi berulang2 kali gak la dia sebut...
  7. Nak
  8. Nanak
  9. Yummy
  10. Hmmmmm tak hengatlah apa lagi... ngeeee
Tapi kenapa dia tak reti sebut MAMI??? Sedihnyer..... takpe mami akan sabar menunggu saat manis bila Akeem panggil mami "mami!"

Wednesday, May 25, 2011

Surat Perletakan Jawatan...

Jangan risau. Surat perletakan jawatan tu bukan untuk mami tapi untuk anak buah mami. Dia tengah tggu panggilan nak masuk IPTA/IPTS... baru abis SPM. Walaupun mami memang dah lama berhasrat nak berenti keje tapi keadaan dan waktu tak mengizinkan!

Okeh berbalik pada cerita anak buah mami ni. Sementara dia tunggu mana2 panggilan IPTA/IPTS mami paksa dia kerja kat LKW ni dulu. Dapat gak buat duit belanja kan? Ye lah daripada dia merempit ke hulu ke hilir lebih baik buat keje part time ada gak faedahnya. Dapat gak dia cuci mata kat sini.

Dia keje apa? Hahaha takat kelulusan lepasan SPM apa lah keje yg dia boleh buat. Jadi balaci kat Makanlah! at LKW. Kat LKW ni ada cafe konsep foodcourt so dia keje kat situ lah jadi food attendant. Dapat gak lah dia RM1000.

Dah dapat panggilan buat Offshore Engineering Julai ni. So kena la dia berenti. Dia ni budak pandai. Masuk boarding skool tapi ntah mana silapnyer form 4 dia keluar boarding skool. Mami punyerlah kecewa! So bila dia dapat SPM tak sehebat mana baru dia tahu apa yang mami marahkan dan bebelkan selama ni banyak benarnya.

Takpelah kekadang failure leads us to success. Hope he will be much better person. Hope he has learnt from his hard lesson. Hope everything will be fine. Hope and only hope je lah yang mami boleh buat utk dia selain doakan yang terbaik untuk dia... oh touching lah pulak!

HandiBoy..

Budak2 memang suka sangat kan try semua benda baru... adaaa je yg dia nak cuba... tengoklah Akeem tu sibuk nak tolong babah dia pasang shelf baru mami... beli nak letak kat opis dah terlampau berserabut meja so terpaksa invest beli rak sendiri... :-((

Nampak... busy je dia tolong babah...

Bukan posing tapi excited nampak tepon mami


Wah beriya-riya dia godek2 skru tu...
Terima kasih Akeem, Babah cos pasangkan rak mami!

Tuesday, May 24, 2011

Akeem Nak Try Makan Pakai Sudu, Garfu...

Wah wah wah macam dah besar sangat si Akeem ni. Mami, babah pakai sudu ngan garfu dia pun nak sama. Tak bagi kang melalak, biarlah dia nak cuba makan sendirik tapi huhuhu kotor dan habis bersepah... tapi mami tak kisah biar, terkena kotoran demi pengalaman...

Lihatlah aksi - aksi Akeem yang begitu kusyuk nak guna sudu dan garfu... pestime guna kedua-duanya selalunya dia guna sudu je..






Hahaha habis bersepah mapley tuh... sib baik bukan kat rumah mami... tapi kat rumah pun dia makan bersepah sangat sangat :-((

Monday, May 23, 2011

Training Yang Pening

Rasanya macam tak berfaedah pun mami pergi training Oracle tuh... happah pun tak paham...
Terlampau boring masa training, tak tau nak buat apa - decided tangkap gambar kaki sendirik - hasilnya mami sangat KECIWA... oh besarnya PEHA!!! Dem...

Tak menahan duduk depan sekali, tapi langsung tak fokus...

Wah canggihnyer CSI tuh!!!

Tuesday, May 10, 2011

Ayam Percikku Ke Mana?

Plan arini memang cantik. Lepas baca blog mama-chu citer pasal makan sedap sedap di rumah nenek labu mami pun teringin nak masak sedap sedap macam nenek labu.

Mami plan nak masak ayam percik - wah tak menahan nak masak ayam percik tuh! Macam lah balik kul 2... tapi masak ayam percik ala segera la panggang atas dapur gas je.

So, sampai je rumah terus prepare barang - ayam, serai, santan, cili giling - ohkeh semua ada...

 Dah nak start masak babah cakap.. masak simple simple je lah mami, sian mami penat.. oh ye ke? So mami pun cakap ohkeh mami masak nasi goreng sotong je lah..

Keluar kan sotong nak buat nasi goreng
Tapi, oh alangkah sedihnya (yeke?) baru je nak ceduk beras nak masak nasi baru mami perasan.. alamak babah, beras HABIS lah... kui kui kui
Tong beras (yang hanya muat 10kg beras - itu pun jenuh nak abis) yang kekosongan... lupa daa mau beli beras!

Akhirnya mami "masak" kat sini.. Selera Abah, Seri Kembangan
Hehe hilang terus ayam percik ku...


Monday, May 9, 2011

Akeem Yg Kool

Jarang mami  drive ngan Akeem tanpa babah. Ni first time dia duk car seat kat belakang sorang - sorang sambil mami drive kete.

Mula2 Akeem cool je duk kat belakang sensorang.. blurr lah pulak, susah wooo drive sambil amik gambar kat belakang - sangat berbahaya!

Ah sudah! Start nak melalak bukan apa Akeem mesti histeria kalo nampak tepon grrr.... susah lah mami nak tangkap gamabr dia bebanyak.

Ha dah comel semula. Akeem dah kool balik. Hahaha mami buat bodow je bila dia melalak.

Potong Rambut Lagi

Panas membahang cuaca sekarang. Kesian tengok Akeem basah lencun rambut dia. So mami dan babah sebulat suara setuju potong rambut Akeem. So, lepas bekfast terus g potong rambut kat kedai gunting rambut.

Wajib cari kedai yang ada kete... umpannnnnn....


Usapan kasih sayang seorang babah.. mula2 Akeem cool, pastu tu tak lama coolnye terus melalak... hehehe kelakar mula2 nangis senyap2 pastu hah berpeluh ketiak nak mujuknya!
Sorry sayang mami suka gonjengkan rambut Akeem. Mami tak tahan tengok rambut Akeem lencun bila Akeem busy main. Mami loves you!

Sunday, May 8, 2011

Kolam kat garaj pun BEST gak

Semalam, Sabtu pun kena keje - bohsan. So mami tak plan nak pegi jalan mana-mana pun Ahad ni. Cos Ahad pun mami patutnya kena keja. Sib baik dapat EXEMPTION so tak payahlah mami pegi ofis.

Lepas bekfast kat luar, balik umah layan Akeem main kolam kecik dia depan umah. Thanks to babah yg bersusah payah tiup (tiup secara manual ye) kolam Akeem. Tengok perut babah tu mami memang tak ragu kemampuan utk tiup secara manual.


Adegan tepuk menepuk air pun bermula..

Bibik baru mami ni seksi sangat la pulak..






Seronok layan Akeem main air. Takde lain yang paling best selain dari melihat kegembiraan diwajah anak tersayang. Mandi kolam kat garaj pun best gak.

Saturday, May 7, 2011

Sabtu Pun Kena Keja - Bohsan!

Nape 2009 ek? Bukankah sekarang ni dah 2011? Kena tanya org MLVK nape tak update notes..

Di sebabkan training inilah mami telah membazirkan satu hari Sabtu yang indah. Speaker pun agak bohsan - oh bosanova!

Mami pernah attend dah training ni dolu2, tapi lupa lak letak kat mana certificatenya. Tapi disebabkan tahap bosanova yg terlampau - separuh kelas tido weiii - so mami nekad ah mami mesti cari itu sijil, MESTI! 


Berkat kesabaran akhirnya mami berjaya jumpa certificate tu dlm stor - YES usaha tangga jaya... dan mami pun berjaya terkecuali dari attend itu training yg bohsan.

So, kengkawan yg terpaksa bertraining esok ucapan tulus ikhlas.. traininglah dengan bersungguh-sungguh ohkeh!

Friday, May 6, 2011

Mak, I LOVE YOU!

Besar sungguh pengorbanan seorang ibu kan? Sejak dh jadi mak org ni baru rasa macam mana perasaan seorang ibu. Baru tahu penat lelah seorang ibu untuk membesarkan anak2nya... IBU, MAK, UMMI, MOMMY, MAMA, BONDA apa jua panggilan dia adalah seorang insan yang PALING MULIA.

Kasih sayang seorang ibu tak ternilai! Bersyukur kita yang masih dapat mencium pipi dan tangan ibu kita.

Sempena hari ibu yang bakal menjelang Ahad ni, mami nak ambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu - ibu di dunia. JASAMU di kenang!

My mum (in pink) with her sister... mak la jugak - mak sedara mami.. to both of you SELAMAT HARI IBU - HAPPY MOTHER'S DAY... I LOVE YOU BOTH
Mak, saya SAYANG Mak! Sayang sangat2! Saya doakan kebahagiaan buat mak dunia dan akhirat. Terima kasih kerana sudi melahirkan dan membesarkan saya. Tak terbalas pengorbanan mak. I LOVE YOU, mak.

Thursday, May 5, 2011

Jiranku Psychos

Bahan bacaan untuk 30 tahun ke atas sahaja.

Maybe tajuk entry mami kali ni agak KASAR. Bukan mami berniat jahat. Langsung tak bermaksud nak memburuk-burukkan jiran mami. SUMPAH mami tak de niat sebegitu.

Bukan niat nak jaga tepi kain orang hokey, tapi...

Ceritanya begini, lebih kurang 6 ke 5 minggu yg lepas mami ada terdengar bunyi org menangis + bergaduh + jerit2... eh sapa pasang tv kuat sangat ni... mami ingat org pasang tv kuat.. rupa2nya jiran sebelah umah (betul2 sebelah umah) bergaduh. Mami dan babah x paham apa yg digaduhkan, yg kami dengar cong ceng cong ceng je... pastu lebih kurang setengah jam bunyik hiruk pikuk hubby jiran sebelah - mami panggil "V" kena heret ngan 4 org lelaki masuk kete secara paksa. Mr V tu jerit2 cong ceng cong ceng lagi... we all punyelah panik. Tak tau nak buat apa - nak report polis takut bergaduh laki minik je, tak report karang kot2 penculikan.. ah sudah kami tak tau nak buat apa. Paling koman mami ngan babah amik no plat kete mamat2 yg heret Mr V tu.



Masih dalam mode mengintai we all nampak minik Mr V tu lak kena hangkut dlm kete Honda City itam - kitorang amik gak plat no kete tu. Kot2 la dapat membantu siasatan. Ceh mcm citer inspector conan lak. Masa tu mami pikir macam2 - mungkinkah ahlong? Genster? Rompakan? Ohhhh.... berdebar!

Sebulan gak Mr V hilang. SAH kena culik! (andaian mami). Ada sekali nampak minik dia kat umah, tp dia tak boleh cakap bahasa lain selain cong ceng cong ceng.... so tak dapat mami merisik khabar.

Baru2 ni - lebih kurang 2 minggu lepas. Mr V balik - sedikit tempang. Babah pun merisik khabar. Mula2 dia cakap pg vacation. Hmmmmm... pastu baru dia cakap mak pak dia upah genster pukul dia, then antar dia masuk pusat mental sebulan. (oh patutlah hilang sebulan!)..

Then, sekarang ni nampak dia, Mr V macam sangat psycho - pantang nampak we all mesti nak sembang (merapu2 punye). Asyik ajak outing sesama, family outing katanya. Nak ikut we all keluar makan sama2... sampaikan babah isap rokok kat luar pun sembunyik2... seringkali jugak org serupa bonzer datang dan sembang mcm nak gaduh dlm bahasa cong ceng cong ceng tu. Risau gak kot2 kita plak yg kena tempiasnye...

Heee risau pun ada ni.

Kerja Lebih Masa

Keje oh keje.. kekadang rasa nak marah jugak bila arahan dikeluarkan untuk stayback. Ye lah kan kita yang beranak pinak ni nak kena buat arrangement ngan babysitter, ngan taska, ngan childcare...

Semalam pagi2 terima arahan kena pergi Shangri-la Hotel, KL untuk attend function.. pleaaseeeee lah next time kasi tau awal2 ye!
Shangri - La (alamak terbalik la pulok!)

Mami, Kak Rohaya, Aida - Hotttttt mommies..

Hahahahahaha syok sendiri - buat2 mcm best dlm hati eeeeee.... (teringat kat Akeem kat umah, apa la yg dia buat ngan babah)

Kembar tak seiras..

Nak jadi RAIN pelakon Korea yg cute tu... (still available)

Mami lagi! Muka mcm "agak" kerek la pulak... haishhhh...
Walaupun mami keberatan nak pergi tapi nak buat cam mana terpaksa jua rela dan pergi event tu. Sib baik babah sangat memahami then setuju nak jaga Akeem yg comel tu (thanks babah... sorry ek this weekend pun mami kena keje - so as usual babah kena jaga Akeem lagi!)

So, di sebabkan kena paksa mami and the gang pun pergilah ke KL - Aida (opismate drive -heee mami takut nak drive kat KL).. Mujur pergi ngan kengkawan so "enjoy" la jugak kan...

Inilah event yg TERPAKSA pergi tu....

Wednesday, May 4, 2011

Kesian Kereta Babah

Sejak bertiga ni Gen 2 babah tu rasa kecik lak. Mana taknye bila berjalan macam2 benda nak bawak. Paling kritikal time balik kampung tak kiralah sama ada balik Pahang or balik Johor - penuh sesak! terus rasa nak beli MPV... hmmmm....

Pakai Gen 2 tu dah 6 tahun kot tapi kesian sangat keadaan Gen 2 tu macam - banyak minor injuries... Gambar2 kat bawah adalah antara reason rasa nak tukar kete baru..
Kecederaan pertama: handle driver tercabut


Haha kantoi siap berlipas kete... partly Akeem menyumbang kepada 'pet' babah ni cos Akeem selalu tumpahkan makanan dlm kete babah...

Akeem kalo tido mesti nak baring sakan, so mami yg nak duk mana? Most of the time mami akan duduk siiikiiitttt je... huhu... nampak tak keadaan seat tu yg dah tenat.. haruskah tukar leather?

Stereng yg disayangi... 
Ikutkan perasaan memanglah dah lama tukar kete, tapi bila baca entry mama chu rasa jeles lak dia dah abis bayar si kenari biru tu. Betul gak kan kereta adalah liabiliti tapi mungkin dalam kes mami ni tukar kereta adalah keharusan... hahaha apa komen babah?