Thursday, May 5, 2011

Jiranku Psychos

Bahan bacaan untuk 30 tahun ke atas sahaja.

Maybe tajuk entry mami kali ni agak KASAR. Bukan mami berniat jahat. Langsung tak bermaksud nak memburuk-burukkan jiran mami. SUMPAH mami tak de niat sebegitu.

Bukan niat nak jaga tepi kain orang hokey, tapi...

Ceritanya begini, lebih kurang 6 ke 5 minggu yg lepas mami ada terdengar bunyi org menangis + bergaduh + jerit2... eh sapa pasang tv kuat sangat ni... mami ingat org pasang tv kuat.. rupa2nya jiran sebelah umah (betul2 sebelah umah) bergaduh. Mami dan babah x paham apa yg digaduhkan, yg kami dengar cong ceng cong ceng je... pastu lebih kurang setengah jam bunyik hiruk pikuk hubby jiran sebelah - mami panggil "V" kena heret ngan 4 org lelaki masuk kete secara paksa. Mr V tu jerit2 cong ceng cong ceng lagi... we all punyelah panik. Tak tau nak buat apa - nak report polis takut bergaduh laki minik je, tak report karang kot2 penculikan.. ah sudah kami tak tau nak buat apa. Paling koman mami ngan babah amik no plat kete mamat2 yg heret Mr V tu.



Masih dalam mode mengintai we all nampak minik Mr V tu lak kena hangkut dlm kete Honda City itam - kitorang amik gak plat no kete tu. Kot2 la dapat membantu siasatan. Ceh mcm citer inspector conan lak. Masa tu mami pikir macam2 - mungkinkah ahlong? Genster? Rompakan? Ohhhh.... berdebar!

Sebulan gak Mr V hilang. SAH kena culik! (andaian mami). Ada sekali nampak minik dia kat umah, tp dia tak boleh cakap bahasa lain selain cong ceng cong ceng.... so tak dapat mami merisik khabar.

Baru2 ni - lebih kurang 2 minggu lepas. Mr V balik - sedikit tempang. Babah pun merisik khabar. Mula2 dia cakap pg vacation. Hmmmmm... pastu baru dia cakap mak pak dia upah genster pukul dia, then antar dia masuk pusat mental sebulan. (oh patutlah hilang sebulan!)..

Then, sekarang ni nampak dia, Mr V macam sangat psycho - pantang nampak we all mesti nak sembang (merapu2 punye). Asyik ajak outing sesama, family outing katanya. Nak ikut we all keluar makan sama2... sampaikan babah isap rokok kat luar pun sembunyik2... seringkali jugak org serupa bonzer datang dan sembang mcm nak gaduh dlm bahasa cong ceng cong ceng tu. Risau gak kot2 kita plak yg kena tempiasnye...

Heee risau pun ada ni.

2 comments:

  1. hikhik...kelakau pon ada, kesian pon ada.kelakau cite jiran ko tu.kesian kt ko 1 famili.gitu ler idup berjiran.tak pasal2.....

    ReplyDelete
  2. beb,, jejaga.. dia cong ceng cong ceng ngan korang, skali dia cong korang naya je, apa - apa hal selamatkan diri sendiri dulu.. sebab kita pun tak taukan apa kisah disebalik cong ceng cong ceng tuh

    ReplyDelete