Jangan risau. Surat perletakan jawatan tu bukan untuk mami tapi untuk anak buah mami. Dia tengah tggu panggilan nak masuk IPTA/IPTS... baru abis SPM. Walaupun mami memang dah lama berhasrat nak berenti keje tapi keadaan dan waktu tak mengizinkan!
Okeh berbalik pada cerita anak buah mami ni. Sementara dia tunggu mana2 panggilan IPTA/IPTS mami paksa dia kerja kat LKW ni dulu. Dapat gak buat duit belanja kan? Ye lah daripada dia merempit ke hulu ke hilir lebih baik buat keje part time ada gak faedahnya. Dapat gak dia cuci mata kat sini.
Dia keje apa? Hahaha takat kelulusan lepasan SPM apa lah keje yg dia boleh buat. Jadi balaci kat Makanlah! at LKW. Kat LKW ni ada cafe konsep foodcourt so dia keje kat situ lah jadi food attendant. Dapat gak lah dia RM1000.
Dah dapat panggilan buat Offshore Engineering Julai ni. So kena la dia berenti. Dia ni budak pandai. Masuk boarding skool tapi ntah mana silapnyer form 4 dia keluar boarding skool. Mami punyerlah kecewa! So bila dia dapat SPM tak sehebat mana baru dia tahu apa yang mami marahkan dan bebelkan selama ni banyak benarnya.
Takpelah kekadang failure leads us to success. Hope he will be much better person. Hope he has learnt from his hard lesson. Hope everything will be fine. Hope and only hope je lah yang mami boleh buat utk dia selain doakan yang terbaik untuk dia... oh touching lah pulak!
No comments:
Post a Comment