Sunday, May 8, 2011

Kolam kat garaj pun BEST gak

Semalam, Sabtu pun kena keje - bohsan. So mami tak plan nak pegi jalan mana-mana pun Ahad ni. Cos Ahad pun mami patutnya kena keja. Sib baik dapat EXEMPTION so tak payahlah mami pegi ofis.

Lepas bekfast kat luar, balik umah layan Akeem main kolam kecik dia depan umah. Thanks to babah yg bersusah payah tiup (tiup secara manual ye) kolam Akeem. Tengok perut babah tu mami memang tak ragu kemampuan utk tiup secara manual.


Adegan tepuk menepuk air pun bermula..

Bibik baru mami ni seksi sangat la pulak..






Seronok layan Akeem main air. Takde lain yang paling best selain dari melihat kegembiraan diwajah anak tersayang. Mandi kolam kat garaj pun best gak.

Saturday, May 7, 2011

Sabtu Pun Kena Keja - Bohsan!

Nape 2009 ek? Bukankah sekarang ni dah 2011? Kena tanya org MLVK nape tak update notes..

Di sebabkan training inilah mami telah membazirkan satu hari Sabtu yang indah. Speaker pun agak bohsan - oh bosanova!

Mami pernah attend dah training ni dolu2, tapi lupa lak letak kat mana certificatenya. Tapi disebabkan tahap bosanova yg terlampau - separuh kelas tido weiii - so mami nekad ah mami mesti cari itu sijil, MESTI! 


Berkat kesabaran akhirnya mami berjaya jumpa certificate tu dlm stor - YES usaha tangga jaya... dan mami pun berjaya terkecuali dari attend itu training yg bohsan.

So, kengkawan yg terpaksa bertraining esok ucapan tulus ikhlas.. traininglah dengan bersungguh-sungguh ohkeh!

Friday, May 6, 2011

Mak, I LOVE YOU!

Besar sungguh pengorbanan seorang ibu kan? Sejak dh jadi mak org ni baru rasa macam mana perasaan seorang ibu. Baru tahu penat lelah seorang ibu untuk membesarkan anak2nya... IBU, MAK, UMMI, MOMMY, MAMA, BONDA apa jua panggilan dia adalah seorang insan yang PALING MULIA.

Kasih sayang seorang ibu tak ternilai! Bersyukur kita yang masih dapat mencium pipi dan tangan ibu kita.

Sempena hari ibu yang bakal menjelang Ahad ni, mami nak ambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu - ibu di dunia. JASAMU di kenang!

My mum (in pink) with her sister... mak la jugak - mak sedara mami.. to both of you SELAMAT HARI IBU - HAPPY MOTHER'S DAY... I LOVE YOU BOTH
Mak, saya SAYANG Mak! Sayang sangat2! Saya doakan kebahagiaan buat mak dunia dan akhirat. Terima kasih kerana sudi melahirkan dan membesarkan saya. Tak terbalas pengorbanan mak. I LOVE YOU, mak.

Thursday, May 5, 2011

Jiranku Psychos

Bahan bacaan untuk 30 tahun ke atas sahaja.

Maybe tajuk entry mami kali ni agak KASAR. Bukan mami berniat jahat. Langsung tak bermaksud nak memburuk-burukkan jiran mami. SUMPAH mami tak de niat sebegitu.

Bukan niat nak jaga tepi kain orang hokey, tapi...

Ceritanya begini, lebih kurang 6 ke 5 minggu yg lepas mami ada terdengar bunyi org menangis + bergaduh + jerit2... eh sapa pasang tv kuat sangat ni... mami ingat org pasang tv kuat.. rupa2nya jiran sebelah umah (betul2 sebelah umah) bergaduh. Mami dan babah x paham apa yg digaduhkan, yg kami dengar cong ceng cong ceng je... pastu lebih kurang setengah jam bunyik hiruk pikuk hubby jiran sebelah - mami panggil "V" kena heret ngan 4 org lelaki masuk kete secara paksa. Mr V tu jerit2 cong ceng cong ceng lagi... we all punyelah panik. Tak tau nak buat apa - nak report polis takut bergaduh laki minik je, tak report karang kot2 penculikan.. ah sudah kami tak tau nak buat apa. Paling koman mami ngan babah amik no plat kete mamat2 yg heret Mr V tu.



Masih dalam mode mengintai we all nampak minik Mr V tu lak kena hangkut dlm kete Honda City itam - kitorang amik gak plat no kete tu. Kot2 la dapat membantu siasatan. Ceh mcm citer inspector conan lak. Masa tu mami pikir macam2 - mungkinkah ahlong? Genster? Rompakan? Ohhhh.... berdebar!

Sebulan gak Mr V hilang. SAH kena culik! (andaian mami). Ada sekali nampak minik dia kat umah, tp dia tak boleh cakap bahasa lain selain cong ceng cong ceng.... so tak dapat mami merisik khabar.

Baru2 ni - lebih kurang 2 minggu lepas. Mr V balik - sedikit tempang. Babah pun merisik khabar. Mula2 dia cakap pg vacation. Hmmmmm... pastu baru dia cakap mak pak dia upah genster pukul dia, then antar dia masuk pusat mental sebulan. (oh patutlah hilang sebulan!)..

Then, sekarang ni nampak dia, Mr V macam sangat psycho - pantang nampak we all mesti nak sembang (merapu2 punye). Asyik ajak outing sesama, family outing katanya. Nak ikut we all keluar makan sama2... sampaikan babah isap rokok kat luar pun sembunyik2... seringkali jugak org serupa bonzer datang dan sembang mcm nak gaduh dlm bahasa cong ceng cong ceng tu. Risau gak kot2 kita plak yg kena tempiasnye...

Heee risau pun ada ni.

Kerja Lebih Masa

Keje oh keje.. kekadang rasa nak marah jugak bila arahan dikeluarkan untuk stayback. Ye lah kan kita yang beranak pinak ni nak kena buat arrangement ngan babysitter, ngan taska, ngan childcare...

Semalam pagi2 terima arahan kena pergi Shangri-la Hotel, KL untuk attend function.. pleaaseeeee lah next time kasi tau awal2 ye!
Shangri - La (alamak terbalik la pulok!)

Mami, Kak Rohaya, Aida - Hotttttt mommies..

Hahahahahaha syok sendiri - buat2 mcm best dlm hati eeeeee.... (teringat kat Akeem kat umah, apa la yg dia buat ngan babah)

Kembar tak seiras..

Nak jadi RAIN pelakon Korea yg cute tu... (still available)

Mami lagi! Muka mcm "agak" kerek la pulak... haishhhh...
Walaupun mami keberatan nak pergi tapi nak buat cam mana terpaksa jua rela dan pergi event tu. Sib baik babah sangat memahami then setuju nak jaga Akeem yg comel tu (thanks babah... sorry ek this weekend pun mami kena keje - so as usual babah kena jaga Akeem lagi!)

So, di sebabkan kena paksa mami and the gang pun pergilah ke KL - Aida (opismate drive -heee mami takut nak drive kat KL).. Mujur pergi ngan kengkawan so "enjoy" la jugak kan...

Inilah event yg TERPAKSA pergi tu....

Wednesday, May 4, 2011

Kesian Kereta Babah

Sejak bertiga ni Gen 2 babah tu rasa kecik lak. Mana taknye bila berjalan macam2 benda nak bawak. Paling kritikal time balik kampung tak kiralah sama ada balik Pahang or balik Johor - penuh sesak! terus rasa nak beli MPV... hmmmm....

Pakai Gen 2 tu dah 6 tahun kot tapi kesian sangat keadaan Gen 2 tu macam - banyak minor injuries... Gambar2 kat bawah adalah antara reason rasa nak tukar kete baru..
Kecederaan pertama: handle driver tercabut


Haha kantoi siap berlipas kete... partly Akeem menyumbang kepada 'pet' babah ni cos Akeem selalu tumpahkan makanan dlm kete babah...

Akeem kalo tido mesti nak baring sakan, so mami yg nak duk mana? Most of the time mami akan duduk siiikiiitttt je... huhu... nampak tak keadaan seat tu yg dah tenat.. haruskah tukar leather?

Stereng yg disayangi... 
Ikutkan perasaan memanglah dah lama tukar kete, tapi bila baca entry mama chu rasa jeles lak dia dah abis bayar si kenari biru tu. Betul gak kan kereta adalah liabiliti tapi mungkin dalam kes mami ni tukar kereta adalah keharusan... hahaha apa komen babah?

Tuesday, May 3, 2011

Budak Kecik Kepenatan dan Ketiduran

Labor Day baru2 ni kemana korang?

Mami kunun ingat nak ajak babah jenjalan kat Seremban - nak attend opismate wedding, terlanjur sampai Seremban ingat nak sangat jumpa idola mami - Mama Chu - mama si Mi Cah.

Niat di hati nak gerak awal sikit so berkesempatanlah jumpa Mama Chu, so, kemas punya kemas, bersiap punya bersiap tup tup tengok jam dah kul doblas. Ya Allah cepatnya masa berlalu! Sedar tak sedar dah tengah ari. Kensel plan nak meronda ke Seremban - sob sob sob tak dapek den nak jumpo idola den...

Lepas MIL (mother-in-law) gerak ke Ampang, kami pun gerak ke Seremban 2. Jemla pulak sib baik si kecik Akeem ni tido, so bertenanglah sikit mami dlm kete. Sempat gak lelap jap. sampai umah pengantin terus kasi Akeem mamam. Adoiiii ampun sejak dua menjak dah dapat kaki ni berpeluh mami nak layan dia. Tak sanggup nak snap gambar diri sendiri masa tengah jaga Akeem kat kenduri tuh - segala liang abis berpeluh! Ligat semacam je si Akeem sekarang.

Bukti bertapa penatnye main, tak cukup minum botol kecik! Siap nak minum kat botol BESAR punye.. hahaha

Peratikan rambut - basah kuyup. Dah panjang sikit ingat esok nak potong rambut dia. Tak tahan mami tengok berpeluh - peluh!
 Lepas berhempas pulas kat Seremban mami dan babah (dan Akeem) teruskan perjalanan ke Ampang rumah SIL (sister-in-law). Celebrate 6th anniversary diorg kat Cerana Seafood, Cheras. Best kat sini cos ada life band, environment pun cantik - food ok ok je lah. **not in the mood to snap photo** SORRY!

Akeem terkangkang kepenatan dalam car seat dia - syiok punye tido. *jangan tiru aksi ini - mami tak sampai ati nak pakaikan sit belt cos tengok syok je dia tido. Ok lah tak jauh sangat dari Ampang - Cheras je.