Friday, May 6, 2016

Tragedi April | Sek Keb Cyberjaya

As Salam

Alhamdulillah
Hampir setengah tahun dah sekolah
Nampaknya Akeem is coping very well
Tapi bila part homework dan kerja sekolah tu
Kadang kadang rasa nak menangis mami
Dia kurang focus
Sambil lewa
Tak ambil berat
Kadang kadang ada yang tak sempat salin kat whiteboard
Tatau la macam mana dia kat dalam kelas
Harap dia well behaved

Sejak El Nino melanda ni
Banyak betul kes budak budak kena patuk ular
Sampai meragut nyawa
Ralat mengenangkan insiden ni
Walaubagaimanapun Dia lebih sayangkan arwah
Arwah sedang berbahagia menanti di Syurga

Disebabkan hal ni - kes banyak budak kena patuk ular
So sekolah Akeem pun kerap berpesan kat murid murid diorang
Supaya extra careful
Kalau pergi toilet tengok betul betul tempat yang gelap or lembap
Hati hati takut ada menatang tu

Tak tahu lah macam mana
Pesanan cikgu suruh berhati hati tu jadi disalahtafsirkan
Akeem bagitahu
.
.
“Ada ular sawa dalam tandas sekolah”
.
.
“Ada kawan dia dengar bunyi macam ular tapi tak nampak”
.
.
“Akeem nampak ular sawa dalam tandas”.
.
.
Nampak..... dah jadi lain pulak!

Demi keselamatan mereka
Cikgu pesan kalau pergi tandas kena ramai ramai
Biar berteman

Nak jadi cerita
25 April, Isnin petang
Dapat whatsapp dari Teacher Anisah

Huhuhuhu kelakar budak budak ni... tsk tsk tsk
Dah la saspen takut ular dalam tandas
Ada pulak tukang sakat
Buat bunyi HANTU wakakakaka
Berterabur lah 3 sekawan lari
Akeem yang nak tershishi pun tershishi la dalam seluar
Aduh bertuah betoi anak anak!
Hehehehe kelakar budak budak ni

Mama Hadi Hakimi beriya mohon maaf
(Hadi Hakimi yang buat bunyik hantu tu)
Takde apalah mama
Mami langsung tak marah
Budak budak gitulah lumrah dan fitrahnya
Bergurau mengusik
Hehehehe

Esoknya teacher call lagi
Katanya Akeem nak shishi tapi tak nak pergi toilet
Suruh kawan teman pun tak nak
Last last Teacher Anisah yang tolong temankan
#tabahlahcikguAkeem

TERIMA KASIH TEACHER
Bertabahlah demi anak bangsa.






No comments:

Post a Comment