Tuesday, April 19, 2016

Danial Haris Khairudin | My Buah Hati Kecik

As Salam

Tak pernah lagi update cerita pasal Haris
Haris  ni anak kedua mami
Dah nak masuk setahun dah usianya
Kejap je masa berlalu
Beranak kan dia 16 June 2015
Sekarang dia dah 10 bulan

Ingat anak kedua ni tak manja
Hmmmmm anje jugak!
Muka comel macam ni memang tak sampai hati tak manja manjakan!
Layankan je la sementara kecik ni kan?

Abam buli letak spender kat kepala pun comel!
Ingatkan dah nak bersara
Malas dah nak kelek baby kecik lagi
Maklumlah dah seronok lepak lepak bertiga
Abang pun dah besar
Tapi bila fikirkan si abang ni dah terlebih manja
So berdoalah dan berusahalah supaya ada adik
Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan

Abang mami bersalin secara caesarean
Adik mami bersalin secara normal
Ohmaiiiiii rupanya dua dua sakit
Tapi semua orang cakap bersalin normal ni MEGIK
Dan memang betul betul MEGIK
Lepas je sakit berjam jam tu
Keluar je baby terus tak sakit
Memang MAHA HEBAT KUASA ILLAHI
Subhanallah!

Ada anak kecik ni mula lah runsing semula
Risau sapa lah nak jaga masa kita pergi kerja
Dilemma masa abang kecik kecik dulu muncul semula
Bibik ke? Taska ke? Babysitter ke?
Masing masing ada pro and con
So lepas puas berfikir decided hantar adik ke babysitter
Mujur babysitter masa abang kecik dulu ok je
Sudi nak jaga adik

Tapi itulah walaupun mami ni bukan ibu mithali
Bukan lemah lembut dan berjiwa halus macam ibu ibu lain
Tetap rasa jaga anak sendiri lagi baik dari orang lain
Babysitter tu OK nak kata tiptop tu takdelah
Kadang kadang ada masa buat buat bersabar je lah
Mujur nenek Pahang rajin datang jaga cucu
Terima kasih mak!

Ye lah nenek kesian tengok cucu
Setiap kali nenek jaga seminggu dua
Bambam dan sado jadinya
Hantar babysitter 3 hari je dah nampak susut
Maybe dia tak menang tangan nak jaga
Dia pun ada anak 1 year plus
Sebabkan kesian kat dia (atas sebab sebab peribadi)
Mami pun keep on hantar kat dia berharap
Supaya dia jaga Haris elok elok

Tuhan tu Maha Kaya
Tuptup dia kena pindah jauh sikit dari rumah asal dia
So mami gunakan alasan tu untuk tak hantar dah Haris
Puas juga cari bibik or taska
Last last hantar daycare kat area rumah tu

Pengsan masing masing harga boleh tercekik
Survey 3 taska kat area D Atmosphere Equine Park
Orange, Cherrie Hearts dan AmanKidsZone

Orange  RM800 monthly
Tak jadi hantar sebab bila survey tengok facilities tak worth dengan harga
Cherrie Hearts memang professional dan well equipped
Canggih dan selesa la
Tapi harga terlebih budget – RM1450 – sebulan gaji mami!

So akhirnya mami hantar AmanKidsZone RM650 sebulan
Setakat ni puas hati dengan jagaan yang diberikan
Semoga mereka ikhlas menjaga buah hati mami baik baik

Tapi bila duduk taska ni hmmmmmm bertabah je la
Selsema, demam dah jadi mainan
Ada tak sesapa nak jadi nanny jaga Haris?

Kalau ada bagitau ye J

Buah hati bucuk msham kesayangan mami!

Thursday, April 14, 2016

15.3.2016 - 15.4.2016 | Genap Sebulan Di Tempat Baru

As Salam

Sejak mulakan kerjaya pada tahun 2002
Ni kali pertama mami rasa sukarnya nak menerima perubahan
2002 Olympia College
2004 Shahputra College (masa tu) sekarang dah jadi kolej universiti. Tahniah
2006 Limkokwing University
2016 Tempat baru nama dirahsiakan atas sebab keselamatan puiiiii #poyo

Pejam celik pejam celik
Dah sebulan mami kat tempat baru
Tapi masih terindu rindu tempat lama
Betullah orang kata tempat jatuh lagikan dikenang
Inikan pula tempat jatuh terguling berguling
Dan pelbagai lagi aksi
Yang pastinya tempat lama selamanya di hati

10 tahun mami kat tempat lama
Rindu pasti terasa
Lagipun rasanya jiwa mami di sana
Kawan kawan mami di sana
Di sini pun kawan kawan tapi lain ragamnya
Masih belum boleh baca jiwa masing masing

I have decided to challenge myself - than take the challenge mami!
Tunaikan janji ditempat baru
Berkhidmat dengan setia
Sesetia mencurah bakti di tempat lama!

Terlalu banyak kenangan di tempat lama
10 tahun mengutip pengalaman
Dewasa di situ
Beranak pinak pun di situ
Moga di tempat baru membina semangat yang sama.
Move on.


Thursday, April 7, 2016

Enggang dan Pipit Masakan Terbang Seiring

As Salam

Tak mo sedih sedih
Tak mo
Hidup ni singkat je
Buat apalah nak sedih

Tapi manusia
Suka duka amarah terhina terluka
Semua asam garam di dunia

Selama ni sumpah mami sayang semua kawan kawan mami
Tak sangka gurauan senda yang biasa biasa
Yang dah jadi lumrah dan asam garam
Ada yang tetiba jadi terlalu sensitif
Berjauh hati
Merajuk duka
Sampai sanggup buang persahabatan yang terbina

Takpelah
Mami ikhlas berkawan dengan dia
Sayang seikhlasnya
Tapi sekarang saya pipit tiada kuasa
Tinggallah sendirian membawa hiba

Kalau dia membaca
Ketahuilah saya memang berjauh hati dan rasa hiba

Gurauan yang sama dulu ketawa
Gurauan yang sama sekarang berduka
Gurauan yang sama
Ayat yang sama
Tetapi kenapa sekarang tak suka?

Oh sedarlah diri awak pipit
Masakan dapat seiring bergelak dan senda bersama enggang lagi!

Mohon maaf seikhlas hati sekiranya
Gurauan yg semata mata tiada maksud tersembunyi
Di salah tafsir dan erti
Saya tak mampu mencari awak di Padang Mahsyar nanti
Kalau jumpa di Padang Mat Sirat no problemo!

OK IBUMUDA USAHLAH EMO
HIDUP KITA SEKEJAP JE
ENTAH ESOK ENTAH KAN LUSA
KITA PERGI BUAT SELAMANYA.