Friday, February 28, 2014

Sakit.

As salam

Sakit betul hati ini
Bila kita takde kuasa nak ubah apa apa
Sakit betul hati ini
Bila kita takde suara mengawal situasi
Sakit betul hati ini
Bila kita takde kebebasan memilih
Walhal kita hidup di negara demokrasi

Sakit sangat sakit
Bila kita terpaksa akur walau itu bukan kehendak kita
Sakit sangat sakit
Bila memikirkan hari ini esok lusa akan tetap sama sahaja

Tolonglah
Jika benar saya tiada pilihan
Bagilah sedikit saya bebas dari kesengsaraan

Tolonglah
Jika benar itu tersurat untuk saya
Bagilah saya sedikit ruang bernafas bahagia
Saya tak mampu derita bersama mereka yang katanya pandai
Katanya bijak
Katanya bagus
Tapi semuanya hampas belaka

Tolonglah
At the very least hargailah
Reconize kebaikan kaum sendiri!
Mereka lebih bagus dari mereka mereka yang katanya bijak pandai dan bagus ini!!!

Thursday, February 27, 2014

Sekitar Event Limkokwing International Debate Competition

As salam

Dari 20 Feb - 23 Feb Limkokwing jadi host utk pertandingan perbahasan untuk sekolah satu Malaysia. Mami xde peranan sangat utk event ni. Sekadar buat2 busy aje ^_^

Tugas utama mami dan rakan2 fakulti adalah utk pastikan good rapport dan establish relationship with those yg participated with this event. Kena lah buat muka manis dan mesra pelanggan gitu. Mereka mereka ini could be our potential students next year. Amin.

Cuma yg mami tak mampu nak bertahan dgn cuaca panas ni. Tak larat nak ke hulu ke hilir dgn baju hitam dlm cuaca yg panas membahang. Pitam! Abis cair mekap ai.... tapi demi tugas walaupun dah lemau macam biskut meri terendam air kopi, hospitality kena tip top.. tak gitu puan bos? Huhuhuhu bertabahlah walaupun badan sikit lagi nak sama bau ngan kambing gurun. Bacen sudah...

********************** Gambar sekitar Event LIDC **************************
 

Dinner served by the pool... meriah uolsss...
Sepanjang event berlangsung mami and the geng bertanggungjawap menjaga makanan untuk budak2 sekolah tu supaya semuanya cukup. Bukan setakat pastikan tapi kami menjadi tukang serve makanan terus -- terus bertukar menjadi makcik kantin! Kami tak kesah yang penting event berjalan lancar.  Begitulah nasib kami yang bukan jelitawan ni huhuhuhu

Makcik makcik kantin waktu lunch
Makcik makcik kantin waktu dinner
Tengoklah ynag jelitawan boleh posing kat pool (tapi tetap kena jadi makcik kantin)

Hadiah dia berbaloi hengko. Grand prize dapat RM10,000 dan free belajar satu semester kat Limkokwing London! Jeles ai!






Tuesday, February 18, 2014

Akeem Sedih, Akeem Takde Kawan

As Salam

Pilu dengar rintihan anak bujang mami

"Akeem sedih
Akeem takde kawan
Akeem nak adik"

Erkkkkkk

Tangisan dan ratapan pilu tu bukan apa
Sejak Sabtu dia ada geng main
Suka sangat dia
Pandai dia melayan adik Cica dia
Kemana saja berkepit berdua
Sindrom tak nak bergambar dah muncul
Abang sedang mengasuh adik.. eh eh adik sedang mengasuh abang ni...
Sebak betul tengok seharian menangis sebab adik Cica dia dah balik
"Akeem sayang adik, Akeem sedih" 
"Akeem nak adik, Akeem dak takde kawan"


 ADA SESAPA TAK SUDI PINJAMKAN ABANG AKEEM ADIK GEGIRL???
PLEASEEEEE.... (^_^)

Friday, February 14, 2014

Kisah Hari Ahad

Ini aktiviti Ahad lepas, 9 Feb 2014

Bila babah asyik standby
Tak banyak aktiviti boleh buat
Paling jauh pergi jusko dan giant
Tak glamer langsung!
Daripada pergi giant dan jusko tu
Baik tolong babah cabut rumput kat laman
Keluasan laman berumput hanyalah 4x2
Tsk tsk tsk sedih je tengok

Thursday, February 13, 2014

Sambutan Maulidur Rasul

As salam

Ini kisah Khamis, 30 Jan 2014
Punyalah lama buat pekasam
Peram tak publish
 
Auntie pesan "datang sekolah esok 7.30 ye"
Aduyaiii berdebar mama eh dgr kena antar 7.30 pagi
Pastu mami tanya
"Kenapa 7.30 ye.. event start pukul berapa?"
Dasar!
Mak liat nak bangun pagi anak pun ikut sekali!
Bila auntie kata tak pe puan hantar macam biasa
Phewwww lega

Harini mami cuti
Nak attend majlis maulidur rasul Akeem
Mami kalau boleh tak nak terlepas satu pun event Akeem kat sekolah
Bukan apa
Itu lah satu satu sokongan moral yang mami boleh bagi
Supaya dia rasa even mami busy
Tetap attend event sekolah dia
Mami nak dia tahu
Dia lah keutamaan mami
Not work not money!
Ecehhhh panjang pulak bebelan

Pagi mcm biasa liatttttt nak kejut Akeem bangun
Bila tunjuk baju melayu
Then puji kata dia hensem bila pakai baju melayu
Baru lah sengih sengih kambing
Asyik nak kena puji je lotih mak!
Sampai sekolah bila tengok semua kawan2 pakai baju melayu
Barulah lajuuuuuu je masuk sekolah
 
Lepas antar tu babah balik rumah semula
Dalam kul 11 baru kitorang pergi sekolah Akeem
Mami intai dari jauh nampak OK jeeeee
Bila nampak mami terus peluk mami
Pastu nangis -- nape mami lambat??
Alahhhh anja nya abang ni.. ^_^
 
Bila nampak babah pun camtu gak
Peluk kaki babah pastu nangis
Sedih le tu mesti ingat mami dan babah tak datang
Mami dan babah akan sentiasa ada di sisi Akeem
Jangan sedih sedih tau!

*************** Sekitar Acara Makan Makan ********
 

Monday, February 3, 2014

Mandi Kolam Then Terus Demam

Ini kejadian hari Khamis
Lepas acara makan makan sempena Maulidur Rasul kat school Akeem
Hari tu memang panas
Membahang
Akeem dah 30 kali kot rekues nak mandi kolam
Dalam kul 5 mami approve la rekues
Suka sangat le tu
Macam aksi keluar
Ini bersama surf board jerungnya
*mana la muat kolam tu nak oiii


Mami bagi can dia berendam
Kan panas
Tapi
Malam tu rasa badan Akeem agak suam suam
Aiseh mandi kolam
Terus demam pulak..

Harini 3 Feb, Isnin masih demam
Tapi tak tinggi la temp takat 37.5°C je
Cuma batuk berkahak tapi tak keluar
Akeem suka sebab tak yah pergi school
Mami tak suka sebab nanti rekod kerja buruk sebab
Nanti bosses cakap "eh ko sorang je ke ada anak?.. anak sakit sikit pun tak datang keje?"
Tapi paling haru kerja den banyak ni tak siap lagi!!!

Ingatkan lepas hantar dia jumpa doktor nak antar dia pergi school.. tapi tak sampai hati pulak