Thursday, January 23, 2014

Kes Budak Darjah 6 Kena Langgar Nak Pergi Sekolah

As Salam

Emosi sungguh emosi
Tak tahulah macam mana perasaan parent yang anaknya kena langgar tu
Betul itu semua qada' dan qadar
Tapi rasanya kejadian melanggar budak sekolah darjah 6 tu boleh di elakkan

Mami takde di tempat kejadian
Tapi melalui kawan mami ni yang anaknya bersekolah di sekokah yang sama dengan budak darjah 6 tu
Kami dpt tahu serba sikit insiden kejadian
Kejadian kes langgar budak darjah 6 ni SEMALAM
22 Januari 2014
Katanya budak darjah 6 tu dalam perjalanan ke sekolah
Budak darjah 6 tu lelaki
Naik basikal sendirian
Katanya dia dilanggar sebuah myvi putih
Doktor perempuan yang bawak!
Khabarnya menurut saksi dan pengakuan
Doktor perempuan tu tak pandang depan semasa kejadian
DIA SEBUK CARIK TELEFON DALAM HANDBAG!
Dammmm
Terlanggar budak lelaki darjah 6 tu
Kesian

Lepas dia terlanggar (mami guna perkataan 'ter' la sebab tak sengajakan???) *sigh
Dia cuba selamatkan budak tu
Budak tu sedar kejap pastu tak sedarkan diri
Takde kecederaan luaran
Tapi darah keluar dari mulut dia
Maybe internal injuries

Ya Allah
Walaupun budak itu tidak mami kenali
Mami pohon padaMu Ya Allah
Selamatkan lah dia
Jauhkan lah dari sengsara
Sembuhkan lah dia secepat mungkin

Terkini
Budak mangsa langgar seorang doktor perempuan itu
Sekarang dirujuk ke HKL
Moga ibu bapa mangsa tabah dengan ujian dariNya
Kepada kita semua
Rasanya kejadian seumpama ini boleh dielakkan
Kita tak mahu menjadi penyebab orang lain kehilangan orang sayang
Dan
kita tidak mahu kejadian sama terjadi pada anak2 dan orang tersayang kita!
Nauzubillah...

Teruk jugakkan impak kat kereta tu
Diceritakan kereta tersebut dipandu laju di kawasan sekolah..

3 comments: