Monday, October 21, 2013

Aidil Adha | Seminggu sudah berlalu

As Salam

Adoi masih terasa kepenatan lagi ni
Walaupun dah seminggu aidil adha berlalu
Sesungguhnya raya korban tahun ni menuntut pengorbanan yang besar
Daripada wassap wassap sebelum raya dengan group tok gajah
Kami dah plan nak buat nasik arab
Hamek!
Sendiri ter berani berjanji nak buat nasik arab
Sendiri tanggunglah
Almaklumlah mami ni waima masak nasik goreng pun terasa lelah!

Tahun ni punyalah kalut
Tengah bersalam raya ada tetamu sampai
Terus tak sempat nak bergambar raya
Huhuhu


HAHAHAHAHA ini sebenarnya gambar raya puasa aritu

Sebelum balik kampung survey blog blog masakan nak cari resepi
Print siap siap sebelum balik
WAJIB ikut resepi yang ada
Takut nanti daripada nak buat nasi arab terus jadi nasi tak boleh arap! (harap)

SIAP! Tak ingat plak amik kat blog mana... terima kasih tuan blog...
Malam menjelang raya tu prepare siap2 bahan bahan untuk nasi, kambing dan ayam
Kambing masak dua cara: Kabshah dan BBQ grilled (wah kan main!)
Ayam masak mandhi style (ini sebenarnya resepi belasah aje janji siap)
Pagi2 raya tu patutnya awal2 pagi kena bangun
Sebab beras basmathi tu kena rendam 30 minit sebelum masak
Mami cakap kat babah "kejut mami kul 5 ye"
Hoh mahaplah..... kul 7.30 baru terjaga, hengko!
Dasar!
Nasib lah kakak kakak mami ni memang super rajin
Memang sangat boleh diharap
Along siap terbangun pukul 4 pagi semata mata risau takut lambat nak rendam beras!
Bertuah dapat kakak kakak yang super rajin!

*tiada gambar menu raya sebab terlampau sedap kena masak second round


Abang Akeem yang  bergembira dapat ikut babah pergi masjid solat raya

Abang Akeem suka sangat dapat balik kampung
Semakin besar semakin ligat budak anak nan sorang ni
Tapi mami suka tengok dia explore macam macam
Masa kat kampung takde langsung mintak Ipad
Kalau kat rumah sendiri pantang jejak kaki ke rumah terus rekues nak Ipad
Heeeee geram betul!
Mami macam biasa lah selalu tak sempat nak bersembahyang raya
Kami adik beradik ni selalu jadi bibik 
Masak kemas masak kemas
Ituuuuuuu je lah kerjanya
Tapi kami suka

Tahun ni first time abang Akeem ikut babah pergi sembahyang raya
Macam tak percaya cepatnya dia membesar *ah mulalah nak tacing2 ni T_T
Tapi bila sampai kat masjid dia tak solat sama sama
"Akeem tak pandai solat ni" katanya
So dia duduk je lah sementara tunggu babah solat

Aktiviti raya takde lah apa sangat
Biasalah lepas masak sendiri kami makan sendiri
Ramai jugak tetamu yang datang
Letih woooo nak sediakan hidang dan kemaskan hidang
Nasib ada dua orang anak buah yang mami kerah jadi runner
Tak larat nak ke depan ke belakang
Maklumlah rumah mak mami ni panjang macam keretapi
Bertingkek tingkek pulak tu (rumah kampung gituler)

Petang dalam kul 5 zasssss gerak ke Johor pulak
Kena berlaku adil
Dah beraya kat Pahang kena jugak beraya di Johor
Humang haiiiiiii pentanya usah ceritalah
Kereta pun banyak - letihhhhhhhh
Rabu malam mami balik KL
Khamis kerja huh rasa cam nak MC je (^_^)
Tapi ku gagahkan jua pergi kerja sebab ada hal nak settlekan sikit

Walaupun senantiasa cuti raya akan jadi cuti yang memenatkan
Tapi mami puas
Sebab dapat jumpa dan berkumpul dengan adik beradik dan keluarga
Sayang my family ketat ketat!

1 comment: