Wednesday, September 4, 2013

Cerita Raya Kami

Sebenarnya dah published pun entry ni
Tapi tatau kenapa boleh tetiba 'hilang' pulak
Mami cuba memerathon kan entry ni sepadat mungkin
*banyak dah lupa apa yang mami tulis sebelum ni #faktorusia

KAMI
Tahun ni turn beraya 1 Syawal kat kampung babah dulu
Biasanya bila raya kat Johor boleh jalan satu kampung
Mami dah standby baju glams nak beraya
TAPI............ huhuhuhu

Cerita Sebelum Raya

Sekolah Akeem mulai tutup sejak 5 Ogos lagi
Mami pun bercuti secara automatik mulai 5 Ogos juga
Plan asal ingat nak balik Pahang dulu then baru balik Johor
Aiseh potong!
Sebab adik mami nak datang KL petang 5 Ogos tu (Isnin) untuk amik kereta baru dia
Takpelah plan asal bertukar

Tadaaaa
Adik jantan mami bersama family dan kereta barunya
Sebelum ni pakai Myvi tapi maklumlah bila ada anak pinak ni Myvi dah terasa sangat kecik
Kami ni jenis keluarga yang suka hangkut segala macam dalam kereta
Kalau ikutkan perasaan bas tu mau tak muat kot! pfftttt

Cerita 1 Syawal

Adik ipar mami keguguran pada pagi 1 Syawal
Tak sampai hati pulak nak beraya sakan
Hilang mood masing masing nak beraya
Nak pergi beraya pun masing masing tunggu Elin dan suaminya balik dari hospital dulu
Takpe ye dik, sabar
Dugaan dariNya buat hambaNya
Belum rezeki lagi nak bergelar ibu dan bapa

Gambar seisi keluarga - tak cukup ahli sebab 2 orang masih dihospital Batu Pahat
Balik dari hospital baru sempat mereka berdua ni nak bergambar
Dah petang pun
Jadi takde lah gambar lengkap satu family tahun ni


Kat Johor selalunya kami akan pergi beraya rumah snak saudara
Inilah masanya yang mami tunggu
Maklumlah ini je lah peluang nak kutip duit raya untuk Akeem!
Tunggu, menunggu dan menunggu
Sudahnya sampai ke malam tak keluar pun beraya
Huhuhuhuhuhu sadisssss
Lepas Maghrib baru keluar
Dah malam so tak semangat dah lah nak pakai baju glamsss
Sedih!

Cerita 2 Syawal

Pagi raya kedua pun masih tidak ke mana mana
Mungkin mood beraya tahun ni tak berapa nak menjadi
Lepas bertungkus lumus masak sarapan
Mami relaks relaks kemas barang
Siap siap nak balik Pahang


On the way nak balik Pahang ni
Semangat sungguh pakai baju pun tema itam putih!
Hidup Tok Gajah!
Dalam kereta sibuk berwhatsapp dengan Family TokGajah
Wah meriahnya mereka tengah sebuk masak sup kaki lembu
Family kami bab makan memang champion
Tengok saiz badan lah kan... pfftttt!

Kaki lembu dalam proses pembikinan sup kaki
Bermain mercun - Akeem bersembunyi di dalam bilik... haish sungguh tak kool lah Abang ni!
Cerita 3 dan 4 Syawal

Meneruskan aktiviti makan makan dan makan
Hanya beraya ke rumah jiran jiran je

Jom raya kami dah ready - Akeem dan Abang Ijoi kesayangannya


Abis beraya diorang plak beraya dengan Ipad - dari kiri: Akeem, Ijoi dan Ajam
Cerita 5 Syawal

Semua dah pulang ke rumah masing masing
Tinggal mami je yang masih di kampung
Petang bersiap siap balik KL
Apalagi melepaskan gian makan roti canai mamak spesel lah!
Muak sudah dengan rendang dan ketupat lemang semua


Nanti mami apdet cerita beraya ke rumah kawan kawan

p/s: banyak cerita telah diringkaskan *den x hengat sudah apa yg berlaku

2 comments:

  1. mengelat nampak.... mana aci cerita marathon cenggini..

    ReplyDelete