Wednesday, July 24, 2013

Mee Pedas Mami Tiup

As Salam

Akeem ni kan suka makan mee
Sama macam mami
Eh macam pantun pulak ek hehehe

Sejak bulan puasa ni kami jarang makan kat luar
Eh jap jap
Rasa nya..................
Hmmmmm tak pernah kot makan kat luar sejak bulan puasa ni
Oh kagumnya la haiii...
Disebabkan rutin dah bertukar tak makan kat luar
Akeem jadi kacau bilau
Tiap tiap hari ajak mami dan babah makan mee pedas kat Giant

Akeem: mami nak mee pedas mami tiup
Mami: mee pedas mami tiup yang mana?
Akeem: kat Giant mami
Mami: mami masak mee tak pedas untuk Akeem ek
Akeem: huwaaaaaaa (melalak!) nak mee pedas mami tiup!!!!!!!!!!!

HAISH PENING KEPALA NAK PAHAM APALAH MEE PEDAS MAMI TIUP tu

Dan baru baru ni baru mami dapat tangkap apakah maksud Akeem itu
Mee PEDAS mami tiup tu
RUPANYA
Mee PANAS mami tiup
HOTPLATE MEE yang selalu kami makan kat Giant tu
Disebabkan mee tu PANAS (Akeem kata PEDAS) tu yang mami tiup
Jadilah kefahaman Akeem
MEE PEDAS MAMI TIUP!

Owh anakku vocabulary hancus!

Pencerahan: kan kita kata HOT tu pedas so dia direct translate HOT jadi PEDAS
So Jadilah mee yang HOT (panas) tu mee yang PEDAS (hot jugak in Eglish kan?)

Mami meniup mee yang pedas itu supaya menjadi kurang pedas

Akeem memang betul betul suka mee yang pedas itu - habis satu hotplate tu dia makan sorang!

3 comments:

  1. Ini mee...jgnkn akeem..cik Yana pun feveret gak...Mummuy..manakah n3 iftar klb potong? nk tgk pic side hang punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafkan saya Yana... hahaha tiada satu pun gambar dari pihak aku! Aku hanya bergantung harap pada MekchuN sahaja!

      Delete
  2. tu dia.. tanda2 Brainy Bunch sgt meresap dalam diri akeem...

    ReplyDelete