Wednesday, July 31, 2013

Bazaar Ramadhan Batu Pahat

As Salam

Mami pernah janji nak kurangkan pergi bazaar Ramadhan 
Memang kurang sangat membeli belah kat bazaar Ramadhan tahun ni
Tapi ada satu bazaar Ramadhan yang memang mami tergoyah iman kat situ
Bazaar Ramadhan kat Batu Pahat ni memang irresistibly!
Bak kata orang memang tak mampu nak menahan godaan..
Juadah yang dijual kat Batu Pahat ni memang kelllas jah!
Apa yang spesel kat sini?

BANYAK!

Tapi yang paling paling utama adalah KAMBING MASAK MERAH (iye ke kambing masak merah... tatau lah dia masak apa tapi memang best gilerrrr!!!)

Perghhhh tgk je pun dah boleh menitik air liur *slurpppp
Selain kegilaan kami pada kambing masak merah tu
Kami jugak memang peminat tegar SUP GEARBOX KAMBING kat Batu Pahat ni
Best sangat!
TERBAEK
Kalau korang penggemar air khatira, kat Johor ni lah korang patut cari
Khatira hanya ori di Johor - JDT

Air Khatira ni berasal dari Johor (itu orang Johor yang kata)
Tapi ada jugak yang cakap air Khatira tu berasal dari Singapore
Tak kesahlah sapa yang buat dulukan??
Ada mami kesahh??

Orang kata air Kathira ni boleh sejukkan badan
Maklumlah banyak herba yang digunakan
Antara herba2 yang selalu ada dalam Khatira kembang semangkuk, getah anggur (Khatira), biji selasih, halwa, gula batu dan lain lain
 
TERBAEK!!!!
Ni asam pedas spesel
Memang khas menjual asam pedas sahaja
Close up asam pedas kepala ikan merah - 25 hengget seketul ye!
Ni ayam guling best
Masa beli tu rasa macam nak beli 2 ekor... dugaan bulan puasa T__T
Ni karipap gergasi
SR tu singkatan untuk "Spesel Rusa"
Ha hambek karipap inti rusa ye uols
Karipap ni memang besar, harga pun reasonable tapi rasa takdelah spesel sangat... biasa biasa je
Tak cukup tangan membeli belah juadah berbuka uols... teruk betul!

Akeem muka dah tak boleh blah.. berpeluh lencun habis rambut panjang k-pop dia hahaha
At last babah kena dokong jugak ini budak sebab dah penat sangat nak jalan.. huhuhu
Memang sungguh kepuasan membeli belah juadah berbuka kat sini
Banyakkkkkkk sangat pilihan
Itu baru buat satu pusingan tapi dah tak cukup tangan dah tu
Bersabar lah mami
Bertabahlah babah ^__^
Berniat dan menaruh harapan untuk buat repeat terjahan ke sini
Kambing tunggu mami ye!
 



Tuesday, July 30, 2013

Balik Beraya Di Mana?

As Salam

Cepatnya masa berlalu
Sedar tak sedar kita dah di penghujung Ramadhan kan?
Dah rancang perjalanan balik kampung?
Tahun ni korang balik beraya di mana?

Mami macam biasa
Macam tahun tahun yang sudah
Tetap akan balik beraya di kedua dua belah pihak
Cuma akan buat sistem giliran untuk raya pertama akan beraya di kampung siapa
Tahun ni turn babah beraya raya pertama di kampung dia - Yong Peng, Johor
Raya ke tiga pagi pagi akan gerak pulang ke kampung mami - Chini, Pahang

Huhuhuhuhuhu
Agak sedih sedikit sebab raya ketiga baru dapat jumpa mak
Owh drama sangat kan?
Takpe lah mak kandung ke
Mak mertua ke
Sama je
Dua dua adalah mak jugak!

Tak kira lah macam mana pun
Dalam bab balik kampung ni mudah menimbulkan amarah kalau tidak berlaku keadilan di situ
Jadi mami ni seorang yang baik hati
Mami putuskan keputusan balik kampung ni dengan seadil adilnya

Malam 5hb balik Pahang kejap
Nak jugak rasa berpuasa dan berbuka dengan mak kat kampung
7hb gerak ke Johor untuk sambutan raya
10hb kembali ke Pahang untuk beraya dengan mak dan rumah barunya ^__^
13hb kembali ke home sweet home di Seri Kembangan

ADILKAN MAMI???


Kali ni rasanya kali pertama mami bercuti paling lama dalam sejarah
Bukan suka sangat nak cuti lama
Tapi sekolah Akeem tu tutup DUA MINGGU uols!
Adoiiiiii sesak napas memikirkan nak kena cuti 2 minggu
Bukanlah suka sangat nak pergi kerja punnnnn
Tapi mami sayangkan cuti mami yang hanya berbaki 16 hari tu
Huhuhuhu
Ingat nak simpan cuti untuk cuti cuti Malaysia hujung tahun ni ^__^
Jarang dapat peluang ronda ronda hujung tahun
Coz most of the time babah on stenby
Cuma kali ni nasib baik babah tak kena stenby

OK uols pulak macam mana?
Balik beraya di mana tahun ni???

Walau di mana pun kita menyambut syawal
Paling penting jaga keselamatan diri
Pandu dengan berhemah
Ingatlah orang orang tersayang ye semua!

Selamat Membuat Persiapan Raya dan Berhati hati Memandu ye Kawan Kawan! **gambar tiada kena mengena dengan suasana persiapan raya.

Monday, July 29, 2013

Dah Diaper Free Walaupun Belum 100% Lagi

As Salam

Tajuk entry bukan main panjang
Langsung tak tricky
Baca tajuk terus tahu kesimpulan seluruh entry
Bagus jugak kan
Iyelah bulan bulan puasa ni ramai yang mengantuk
Mesti tak kuasa nak baca entry panjang merapu tah hapa hapa
Entry ni bagus baca tajuk je dah tahu apa mami nak cerita

Betul tak korangsss???

OK Akeem dah 3 tahum 8 bulan plus plus
Dah besar panjang anak bujang mami sorang tu

Bila pakai baju bola mesti dia rasa hensem sangat... bila rasa hensem sangat mesti dia posing cenggitu... alahaiiii comelnya anak mami hehe... soon this November genap 4 tahun anak bujang mami ni!
 Apa??? Dah nak masuk pat tahun pun masih belum diaper free 100%???!!!
Ye ye ye.. *sambil menundukkan muka
Ye ye ye... anak korang umur setahun pun dah diaper free 

Mami akui mami ni malas sikit (plus takde masa nak train diaper free --> alasan!)
Pernah train dia sekali dua kali gitu
Pastu mami macam malas nak teruskan usaha
Sebab mami tahu sangat Akeem tak payah train train bagai
Kalau dia nak mesti dia terus je buat (alasan mami yang sangat kukuh utk malas berusaha)

Baru baru ni mami ada belikan dia underwear
Akeem panggil "pender"
Comel je bunyik nya
WAH!!!!
Sangat bangga denagn anak mami yang sorang ni
Sejak ada pender baru terus berjaya diaper free tanpa terkucil lagi

Pender baru Akeem (opsss jangan kategorikan pender seksi Akeem ni sebagai gambar 18SX ye)

Mula mula mami agak berdebar jugak
Maklumlah 1st day trial day diaper-free terus ke Jusko
Tanpa pempes hanya pakai pender je
Akeem berajaya dengan cemerlang
Tapi 3 kali jugaklah babah ulang alik ke toilet sebab dia kepit kepit bebird sambil cakap nak shishi lah
Huh mami pulak yang cemas dan nebes masa tu!
Terus offer dia pakai pempes
Tapi dia tak nak
"Nak pakai pender lah mami!"

OK baik, mami kena berjiwa lebih kental lagi lepas ni

2nd day tak pakai pempes kami ke Giant pulak
Jenuh jugak babah ulang alik ke toilet
Sebab aksi dia macam nak shishi je
Haishhhhhh buat mami cemas lagi sekali
Tapi anak mami yang hebat tu berjaya lagi sekali dengan cemerlang!
Congrats Akeem ^_^

Buat masa ni ke sekolah masih pakai pempes
Tapi lepas ni mami nak pesan biar aunty dia train dia to diaper free pulak
Nak kena shopping pender untuk Akeem banyak banyak lah lepas ni
Sukanyaaaaa anak mami dah jadi orang bujang


Akeem dah diaper free walaupun belum 100% lagi
Iyalah malam malam masa tidur mami pakai kan pempes jugak
Tu yang belum 100% diaper free tu
TAPI

Mami sangat gembira
Bangga pun ada
Tak payah train
Tetiba dia nak diaper free dengan sukarela

Tahu tak sayang
Mami sangat bangga dengan Akeem


Wednesday, July 24, 2013

Mee Pedas Mami Tiup

As Salam

Akeem ni kan suka makan mee
Sama macam mami
Eh macam pantun pulak ek hehehe

Sejak bulan puasa ni kami jarang makan kat luar
Eh jap jap
Rasa nya..................
Hmmmmm tak pernah kot makan kat luar sejak bulan puasa ni
Oh kagumnya la haiii...
Disebabkan rutin dah bertukar tak makan kat luar
Akeem jadi kacau bilau
Tiap tiap hari ajak mami dan babah makan mee pedas kat Giant

Akeem: mami nak mee pedas mami tiup
Mami: mee pedas mami tiup yang mana?
Akeem: kat Giant mami
Mami: mami masak mee tak pedas untuk Akeem ek
Akeem: huwaaaaaaa (melalak!) nak mee pedas mami tiup!!!!!!!!!!!

HAISH PENING KEPALA NAK PAHAM APALAH MEE PEDAS MAMI TIUP tu

Dan baru baru ni baru mami dapat tangkap apakah maksud Akeem itu
Mee PEDAS mami tiup tu
RUPANYA
Mee PANAS mami tiup
HOTPLATE MEE yang selalu kami makan kat Giant tu
Disebabkan mee tu PANAS (Akeem kata PEDAS) tu yang mami tiup
Jadilah kefahaman Akeem
MEE PEDAS MAMI TIUP!

Owh anakku vocabulary hancus!

Pencerahan: kan kita kata HOT tu pedas so dia direct translate HOT jadi PEDAS
So Jadilah mee yang HOT (panas) tu mee yang PEDAS (hot jugak in Eglish kan?)

Mami meniup mee yang pedas itu supaya menjadi kurang pedas

Akeem memang betul betul suka mee yang pedas itu - habis satu hotplate tu dia makan sorang!

Monday, July 22, 2013

Rindu Ini Budak!

As Salam

Sejak dua menjak ni abang Akeem (heheh dia dah suka org panggil dia abang) seringkali lah bangun lambat
Selalu mami tak dapat nak peluk cium Akeem sebelum mami pergi kerja
Mami rindu nak peluk cium Akeem seperti dulu dulu
Mami kena pergi awal sikit sekarang ni sebab dengan peningkatan jumlah kereta yang ketara maka berlaku peningkatan kesesakan jalanraya yang melampau
**Pssstttt mami boring tahap gaban ni ayat pun dah jadi weng weng!

Abang Akeem
Mami rindu kamu tau!

Semakin hari semakin hensem lah Abang ni..heheh


Friday, July 19, 2013

Kasut Raya Yang Dah Tak Jadi Kasut Raya

As Salam

Babah beli kasut baru untuk Akeem
Kononnya kasut raya lah
Hmmmmm tak sempat nak pakai raya
Dah sebuk nangis nangis pergi school nak pakai kasut baru!
Dasar!

Demi nak pujuk dia pergi school mami bagi je lah dia pakai
Terpaksalah beli kasut baru lagi utk raya ni
Mujur mami ni tak suka beli yang mahal mahal mcm uols
Lepas ni terus sorok kasut dia jangan bagi dia nampak ^_^

Kasut baru akeem yang dah standby depan pintu

Tuesday, July 16, 2013

Khas Untuk Babah!

As Salam,

Awak...awak tahu tak arini ari apa...
Selasa..ye..ari selasa...
Itu maknanya dah 7 hari kita berpuasa...


Awak, saya janji
Tengok tapak tangan saya ni (sambil angkat ikrar)
Saya janji..
Saya janji akan masak yang sedap sedap untuk awak
Saya janji akan sentiasa kejut awak bangun sahur tanpa jemu
Saya janji akan cuba kurangkan PARAM tahun ni
Saya janji akan jadikan Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya

Awak, saya janji tau!

PANGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!

Tak payah bajet comel sangatlah
Janji, janji, janji
Janji kena tepati ohkeh
Bukan janji di capati 
Macam babah selalu tak tepati janji.... buwekkkkkkk :p

SAYA JANJI TAU AWAK..... (HAHAHAHA tapak tangan lebih besar dari muka!)


 

Friday, July 12, 2013

MeeGoBa Meriah

As salam

Selamat berbuka untuk hari yang ke #3
Lepas berbuka ni gerak balik Johor
Semua dah pakat nak buka kat kampung minggu ni
Jadi sebabkan nak gerak jap lagi
Mami masak menu berbuka simple je
MeeGoBa meriah

Meriahkan?????
Jadiklah mami ni bukan terror memasak cam uols
Ini je yang termampu
Walaupun nampak tak best tapi best tau...
Bestkan babah
*babah angguk angguk kan kepala ^_^

Akeem @ Kidszania

As Salam

Sekejap je masa berlalu kan?
Pejam celik pejam celik dah sampai dah masa Akeem ke Kidszania dengan kawan kawan dia
Mula mula tu mami agak berat hati nak bagi dia pergi naik bas tanpa mami
Tapi mami yakin Akeem PASTI BOLEH!

Aunty cakap bas depart kul 8 pagi
So kena kejutkan abang akeem awal sikit dari biasa
Mandi agak beremosi sikit - nangis!
Bila nak pakai baju emosi adalah terlampau!
Babah gagal memujuk dia pakai baju sekolah
Terpaksa mami campur tangan
Dahsyat sungguh amukan tak nak pakai baju sekolah.... sekali tengok macam kena dera pun ada... bertabahlah mami, bartabahlah babah!
Ini lah dilemma mami dan babah setiap hari
Susah betul nak suruh dia pakai baju sekolah
Baju mesti ikut pilihan hati abang akeem
Owh anakku!
 
Sampai sekolah dia tak nak masuk pulak
Maybe dia dapat rasa yang mami tak work sebab tak pakai baju hitam
Mujur last week dah train dia naik bas
Dan sejak semalam cuba bercerita keseronokan naik bas dengan nada yang sangat excited
Sejak semalam lagi mami asyik nyanyi "geng geng bas sekolah"
 
Aunty Adilla tengah pujuk Akeem dan pakaikan name tag
Susah betul mami nak suruh dia masuk dalam pagar sekolah
Dia tahu mesti ada yang tak kena
Dia memang dah rekues nak naik bas dengan mami
Mami pun tatau nak buat acane
Bila cakap "Akeem pergi dengan kawan kawan ye.. BESTTTTTT"
Dia tak nak - ahhhh sudahhhh......

Ada satu tip dari seorang ibu ni
"buat macam hari hari biasa je -  hantar, salam, kiss dan tinggalkan dia" 
Kalau buat macam biasa dia pun akan OK
Tapi kalau kita over over atau luar biasa dia akan perasan mesti "ada yang lain ni"
*setiap pagi babah yang hantar dia, ni bila mami dan babah hantar bersama dia tahu yang mami tak kerja (lebih lebih lagi mami tak pakai baju hitam)
Aksi memujuk nak bagi dia rasa best dan nak masuk dalam sekolah
Mami tunggu kejap dengan babah pastu buat buat berlakon nak pergi kerja
Kiss dan salam
Pastu terus tinggalkan akeem dengan aunty
Hohohoho berlaku sedikit rusuhan - nangis nak ikut mami lah tu!
Kami terus jalan je
Tak pandang belakang dah
Alah kejapan je nangis pastu OK dah - ini semua poyo je, mami dah tak terpedaya dah dgn tektik akeem -  mami sudah berhati kering!
Masa diorg line up nak naik bas mami sembunyik2 snap gambar dia
Babah mengintai dari jauh.. kena nyorok bahaya kalau dia nampak..
Dari kejauhan mami mengintai Akeem... steady je tapi muka masih masam! Cuba curik curik jugak dtang dekat nak amik gambar
Ahhhhh sudah dia nampak pulak!!! (kelam kabut mami amik gambar ni) Sebaik je dia nampak mami berdezupp dia lari keluar pagar... huhuhuhuhu... mami kiss dan hug dia then cakap "OK Akeem line up with your friends, mami wait here ya" cakap denagn nada sehabis tenang.. nasib dia OK dan masuk balik dalam barisan *phewwwww
Lepas kejadian tu mami dah tak berani datang dekat
Just tunggu dari jauhhhhhhh je

Sedang berjalan dalan barisan dan berpimpinan tangan - hmmmmm dah besar anak mami! tsk tsk tsk *mami menagis dalam hati (terharu tengok dia dah pandai independent)
Walau berhujanan mami dan babah tetap setia menunggu sampai bas bergerak
Bye bye....
Have fun my dear sayang!

Lambaian 'suram' dari Akeem... hehe masih tak berapa OK walaupun secara fizikalnya teramatlah OK...
Sebelum mampu melambai mami inilah yang berlaku - kelihatan di pujuk oleh aunty Aida dan mengesat air matanya.. (aunty Aida dokong dia dari depan bas sampai ke seat dia kat belakang tu) THANKS AUNTY AIDA!


Mami tak ikut dia ke Kidszania
Makanya tak banyaklah gambar masa Akeem kat sana mami nak tepek kat sini
Semua gambar kat bawah ni adalah from FB Brainy Bunch Equine Park Center
Thanks all aunties kerna telah menjaga anak mami dengan baik!






Balik dari Kidzania semua pengsan ketiduran
Penatlah tuuu!
Mami terpaksa menggunakan otot otot mami yang gagah perkasa untuk mendokong Akeem
Mujurlah nak mami kamu ni gagah dah perkasa heh!

Mami sebenarnya tak sabar nak jumpa Akeem. Happy sangat nampak dia semula!
Kesian Akeem kepenatan - tapi one of the aunty told that he had sooo much fun there!


Muka kepenatan yang amat dan sambung tido dalam kereta



Thursday, July 11, 2013

Sahur Kedua Yang Sadis

As Salam

tsk tsk tsk *menangis teresak esak
 
Sahur tadi bangun kul 5 pagi
Panaskan nasik lebih berbuka
Panaskan sayur lebih berbuka
Dan siap siap nak masak sambal telur
TUP TUP gas habissssss
Jadilah sahur kedua yang sadis
Makan telur rebus letak kicap je sebagai lauk
Itupun nasib telur dah rebus masa sebelum tidur tu
Kalau tidak bersahur dengan nasik  dan sayur bening je lah

 


Tau tak sayur bening tu apa?
Orang Jawa panggil sup sayur tu sayur bening
Campak campak je sayur dalam tu then rebus - siap sayur bening
Mami ni orang Pahang bukan orang Jawa
Yang jawa itu adalah encik Babah - babah Jawa tok tok tak tahu cakap Jawa sepatah haram pun!


Dah takde gas ni macam mana nak masak berbuka?
Hmmmmmmm
Baru je bersemangat nak menjauhi bazaar ramadhan

TAPI
Apakan daya
Kita hanya merancang
Dia yang menentukan
Jadi terpaksalah petang ni terjah PARAM...

Apa nak beli ek...
Hehehe rasa nak makan ayam percik, tepung pelita dan juga murtabaklah untuk berbuka petang nanti



Tepung pelita ni faveret babah

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Berpuasa Semua!

As Salam

Hari ni 1 Ramadhan
Puasa pertama
Mami berharap semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya
Malam tadi dah masak siap siap untuk sahur
Takut terbabas kesian babah tak bersahur nanti
Hehehe teringat lagi masa mula mula kawin dulu
Kesian kat Babah
Kadang kadang terpaksa makan roti (dah expired) dengan air kosong je
Kes binik dia tak biasa bangun sahur!

Babah
Mami janji akan cuba buat yang terbaik kali ni
Niat di hati nak kurangkan beli makanan kat bazaar Ramadhan
Nak masak juadah berbuka sendiri
Moga niat tulus ikhlas mami ni tertunai (ada tak hadiah henbeg raya untuk mami, babah?)

Haippp
Jangan gugel resepi juadah berbuka lagi
Nanti terliur!

Kawan kawan semua
Di kesempatan ini mami nak memohon maaf
Terlanjur kata
Terlajak perbuatan
Maaf dipinta seikhlas hati

Selamat menunaikan ibadah puasa
Semoga kita semua beroleh keberkatan di bulan yang sungguh mulia ini

taken from gugel

Friday, July 5, 2013

Have Fun Sayang!

As Salam

Pagi pagi mami dah terbangun
Al maklumlah hari ni Akeem nak pergi first field trip sekolah dia
Wah sekejapan je dah sampai masa nak pergi lawatan sekolah

Have fun at Kidzania sayang!

Thursday, July 4, 2013

Wish Me Luck!

As Salam

Banyak unexpected things berlaku lately
Uols wish me luck!
Wish luck untuk apa?
Nanti mami story ohkeh...


Wednesday, July 3, 2013

Entry Entah Hapa Hapa

As Salam

Mami ni sebenarnya banyak kerja
Tapi penyakit M dah datang
Makanya merapek entah hapa hapa entah

Semalam lah babah belek belek tepon mami
Tetiba kami terperasan benda kelakar ni - tak tahu lah korang rasa kelakar ke tak ^_^
Kan kat Note II (tak taulah tepon lain pun sama juga) kalau kita tangkap gambar akan keluar kotak kat muka untuk face tagging
Kotak tu akan recognise tu muka sapa

Contohnya;

Ni gambar Akeem, so kotak tu akan recognise itu adalah muka Akeem
Tapi kadang kadang face tagging tu tak berapa bijak juga ia akan salah tag
Contohnya;
Ini adalah muka Baby Arissa (anak adik jantanku) TAPI kotak tu recognise sebagai mami - ooooh mami sedar muka ku adalah baby face...
Tak salahkan face tagging tu sebab muka mami memang baby face
Tapi kan hehehe kesian kat babah
Ada ke patut dia recognise kabinet TV sebagai  muka babah!
Entah hapa hapa hentah
Kesian laki mami yang hensem tu di katakan kabinet TV!
Kuikuikuikui tak boleh blah betul

HAHAHAHAHAHA laki ku yang hensem itu adalah umpama KABINET TV aje!