Tuesday, May 28, 2013

Little Rock Star

As Salam

Ehemmm
Anak bujang mami dah besar
Walaupun tetap jauh di sudut hati mami berdoa supaya biarlah Akeem jadi baby selamanya
Nanti mesti rindu nak gomol gomol dan buli dia!

Tengoklah tu aksi anak bujang mami.. bergaya ala ala rock star sebelum pergi sekolah
Walaupun dah lambat semalam - maklumlah pukul 8.35am masih hegeh nak pakai baju ye
Tapi kalau dia nak macam macam terpaksa ikutkan jugak
Kalau tak layan boleh sentap dan meraung tak nak pergi sekolah
Untuk tahun ni mami dan babah layan kan je lah
Tahun depan koserrr mami nak layan lebih lebih tau!

Gitar tu beli kat Ayer Itam je pun
12 hengget je
Mami ni jenis tak belikan Akeem menan yang mahal mahal
Bukan kedekut tapi rasa tak berapa berbaloi nak beli yang mahal
Akeem bukan main lama sangat pun
Kejap je dah boring

Sekarang ni dia tengah kusyuk layan Bola Kampung
Semua nak tema bola
Baju bola
Main bola
Main gitar pun nyanyi lagu Bola Kampung!

 





2 comments:

  1. Nampak mahal gitar tu..mummy belikan satu!
    Suara babah yg lebih dalam tu..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana RM12 je ... lapan pun ko boleh beli!

      Delete